Ini Kisah 1 April 2013

*All pictures are taken from Google*

Assalamualaikum.

Berfikir dua tiga kali, mahu menulis, tak mahu menulis. Malas terasa sampai ke jari jemari, tapi hati meronta-ronta inginkan ubatnya. Rindu barangkali nak menulis. :)

Ini kisah 1 April 2013. Hari yang seperti hari-hari biasa. Cumanya hari itu adalah hari untuk aku membuat rawatan susulan di Pain Clinic selepas 2 minggu aku menelan 3 papan Tramadol berulamkan Celebrex.

Well, ini kisah pakar anestesiologi, Dr. Harijah, Dr. Afif Arith, HO yang bakal bergelar MO tidak lama lagi dan juga Far to the H to the Ana, pesakit yang sakit.


Pertama sekali, terima kasih tak terhingga dari aku untuk pihak team Pain Clinic yang merawat aku secara radikal jika nak dibandingkan dengan team-team yang lain, yang bagi aku banyak yang sambil lewa dan macam nak tak nak saja merawat. Pesakit ini terasa hati okay, sedih.

Pertama kali aku datang ke Pain Clinic, walaupun sesinya agak lama, hampir 3 jam, tapi keseluruhannya aku berpuas hati. Basically, Dr. Harijah telah cover seluruh aspek tentang cara untuk manage penyakit aku. Terima kasih. Rata-rata pesakit di situ adalah golongan veteran yang mengalami sakit kronik seperti Osteoarthritis, back pain dan juga pesakit-pesakit kanser. Rasanya, aku yang paling muda. Haih. Malu malu. Dan kebanyakan masanya, aku hanya tunduk memandang lantai bila makcik-makcik dan pakcik-pakcik pesakit memandang aku. =.=


Aku diberikan beberapa jenis ubatan kerana ubatan lama yang aku makan, kini tak lagi berkesan mengurangkan sakit. Boleh aku katakan memang tiada kesan langsung. Makin hari aku terasa makin sakit pula. Jadi dari NSAIDS aku beralih pada OPIOID. Aku begitu berharap sakit aku akan hilang tapi sangkaan aku meleset sama sekali.

3 papan Tramadol tak memberikan kesan pada aku. Jujur aku kata, sakit aku banyak dah lunturkan semangat aku. Buat aku putus harap, putus asa ditambah lagi dengan pudarnya passion aku pada kerja, menjadikan aku macam dahan kayu yang begitu mudah patah. Dan akhirnya aku suarakan pada Dr. Harijah, "saya dah tak sanggup menanggungnya, saya rasa macam nak quit." Dan ketika itulah bermula segalnya.


Dr. Harijah dengan suaranya yang agak tinggi berkata pada aku, "inilah dia HO zaman sekarang, ada masalah sikit, terus nak quit. Awak tak boleh ikut suka tengkuk awak, awak ingat bila awak quit, masalah awak akan selesai? Awak tahu betapa kecewanya nanti mak ayah awak lepas bertahun-tahun awak belajar, tiba-tiba sebab masalah begini, awak nak quit."

Pang!! Ayat-ayat itu terasa seperti ada yang menampar pipi ini. Aku tak sedar yang air mata aku dah mula mengalir walaupun di dalam bilik consultation itu ada seorang MO, HO, seorang fisoterapist, dan seorang staff nurse. Tapi air mata itu memang tak tahu malu dan mengalir terus.

Dr. Harijah sambung lagi, "Awak tak boleh bergantung harap pada pihak kita saja, awak sendiri kena berusaha. Ubatan bukan jawapan untuk sakit awak. Awak kena kuat semangatlah. Awak kena ingat mak ayah awak, macam mana susah payah mereka. Awak anak sulung. Awak kena kuat semangat, okay?" 


Aku mengangguk. Dalam hati aku, aku dah rangka apa yang perlu aku buat. Aku perlu rajin pergi fisioterapi. Aku kena diet dengan lebih strict. Dan paling penting, aku kena belajar kuat semangat. Aku sendiri tertanya-tanya, macam mana aku dulu, yang pernah dua kali kecundang dalam peperiksaan final tapi kerana semangat, aku berjuang sampai aku grad, tapi sekarang bayang diri aku yang seperti dulu pun aku tak nampak, aku gagal cari dia semula. Hmm.

Tapi aku yakin, aku percaya, Farhana itu ada dan masih ada dalam diri aku. Aku cuma kena terus bertahan. Terima kasih pada yang menyedarkan aku. Terima kasih pada mak abah yang walaupun runsing melihat keadaan aku tapi sentiasa ada di sisi aku. Terima kasih untuk segalanya.

Oh ya. Pada Dr. Afif Arith, terima kasih kerana tak bersikap judgemental dan buat aku rasa senang dengan sikap kau yang sempoi walaupun pada hakikatnya aku segan untuk berjumpa dengan rakan-rakan HO satu hospital. Sebab aku rasakan yang diri aku amat teruk sekali sebagai seorang HO.

Bertabahlah dan terus berjuang. Assalamualaikum.

Ulasan

musibah satu anugerah, orang lain mungkin sukar nak hadapi, tapi Allah SWT tahu kita boleh, dan mungkin ujian ini buat kita lebih menggigatiNya itu tanda Allah sayang pada kita...moga bersemangat ya doc..
@SITI NASUHA ABD MUTALIB Yeah! Bersemangat! Terima kasih Siti Nasuha. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?