Ceritera Epal Merah Abang Asmara Ini

Assalamualaikum..

Weehoo! I'm back again.. Semenjak dua menjak dengan cuaca yang panas terik begini, tekak teringin dengan benda-benda yang bersuhu rendah saja.. Kalau ada yang bersuhu paras negatif lagi bagus.. Beku sikit tekak dengan perutku ini.. Heh!

Dan memang jadi kemestian, asal cuaca panas saja, tekak akan menginginkan buah-buah lebih daripada makanan-makanan lain.. Terutama sekali buah tembikai, buah lai madu, buah pear, buah oren dan semestinya yang paling penting, buah epal! Tambah lagi bila buah-buah ini dah diletakkan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk-sejuk.. Masyuk habis dalam cuaca panas begini..

Dah lama aku tak selitkan perihal epal dalam entry-entry aku.. Orang pun mesti dah lupa si epal merah dengan senyuman ini agaknya.. Hehe.. Okay okay, aku saja nak kongsikan kegemaran aku terutama sekali bila makan epal.. Epal merah okay! Sebab selalunya orang akan makan epal hijau atau buah oren dan ditaburkan dengan sedikit garam sebab nak neutralkan sedikit rasa masam yang ada supaya tidaklah terlalu masam dan sedap bila dimakan.. 

Credit picture to SUSUSEJAT.COM
Tapi aku pula lebih gemarkan epal merah.. Heee.. Epal merah terutama sekali Royal Gala.. Sebab kadang-kadang dia ada rasa masam manis.. Masamnya pula tak adalah masam sangat.. Sedang elok saja.. Epal merah pesen beginilah yang aku suka makan bubuh garam halus.. Tabur sedikit saja, jangan terlalu banyak, nanti SAKIT! Fuji Apple pula aku agak kurang sedikit jika nak dimakan dengan garam sebab macam kurang umph rasanya.. 

Epal merah ini dia ada rasa manis, sedikit masam, dan bila ditabur garam, terasa sedikit masinnya.. Memang bila masuk dalam mulut, betul-betul membuka selera dan membangkitkan setiap deria rasa yang ada dalam lidah kita.. (Amboi ayat! Penangan Masterchef Selebriti Malaysia katanya!) Perut aku memang ada masalah sedikit semenjak dah meningkat usia ni, dia cepat masuk angin, indigestion, sebu selalu dan bila ini terjadi aku akan rasa loya yang teramat sangat.. Jadi untuk atasi rasa loya, aku akan makan epal merah ditabur sedikit garam, rasa loya itu akan perlahan-lahan berkurang.. Tapi itu untuk sistem perut aku sajalah, aku tak pasti adakah ianya diaplikasi secara world wide.. Hehe..

Bagi yang memang dah biasa makan epal epal hijau atau buah oren dengan garam, kali ini cubalah guna epal merah (preferably Royal Gala) dan ditabur sedikit garam.. SEDIKIT SAHAJA OKAY! Nanti tak pasal-pasal orang kata doktor ajar cara pemakanan tak sihat.. Tak elok tu! Cubalah dan akan rasakan perbezaannya di dalam mulut anda.. Adik bongsu aku, rasa sekali terus tersangkut.. Mungkin lepas ini anda pula angkat tersangkut? Haha.. Okay semua.. Selamat berhari Ahad.. Jaga diri.. Jaga pemakanan, jaga kesihatan.. Senyum selalu..

Assalamualaikum..


P/S : Dato' Fazley a.k.a Abang Paji Asmara Ini! Entah kenapa saya boleh tersokong abang.. Mungkin sebab dengar mak asyik puji, Abang Asmara Ini sangat humble dalam Masterchef walaupun bertitle 'Dato'.. Tengok tak ayat entry saya pun dah ala-ala Chef? Kekeke.. I wish you all the best dan berjaya jadi Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama.. Fighting! ^^



*Kenangan weh! Kenangan*


Ulasan

Adziim berkata…
pergh..makan buah pun dgn garam. Tak pernah2 aku buat. Selalu ngap terus je.
PuanPepel berkata…
ada 2 biji epal lg dlm peti....akan di'ngap' selepas memblog..hehe
farhana berkata…
Okeh..akan try chef! Ehhh?! =P

Sokong Karl Shafiq. Sebab....dia cute! =P
mr.syazwan berkata…
tragedi buah epal

kak nitaaaaaaaaa
profmie berkata…
1st time singgh sini..wah nmpk sedp je epal tu.huhuu..
profmie berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
profmie berkata…
jOm singh blog..huhuu

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?