Park Ji Sung Kata : Tak Kacak Tak Apa
Assalamualaikum..
Ewah ewah ewah.. Pandai Abang JS Park cakap bahasa Malaysia.. Abang siapalah tu kan.. (Abang SAYA!) =p
Haih.. Ini semua pengaruh episod Park Ji Sung dalam Running Man.. Dah agak lama aku tak gelak pecah perut ketawa guling-guling jatuh katil sambil ada perasaan seronok tak terhingga bila tonton Running Man.. Sekali dalam sekala sahaja barangkali.. Mungkin sebab dah immune dan lali dengan Running Man barangkali.. Tapi episod dengan Park Ji Sung kali ini, Psychic Soccer berjaya mengembalikan segala perasaan yang ditulis di atas tadi.. (Over statement kau kan Farhana.. Kekeke..)
Terima kasih Abang Park Ji Sung.. ^^
Somehow aku rasa Park Ji Sung ada sisi lawak dia.. Aku boleh katakan dia material yang sesuai untuk variety show.. Teringat aku masa zaman tonton Family Outing, Dae Sung tak ada rupa mana pun, tapi dia excel dalam variety show, sebab dia lawak..
Mungkin Park Ji Sung boleh pertimbangkan untuk ceburi dunia variety show bila dah bersara nanti.. Tak kacak tak apa.. Asalkan lawak.. Bagi diri aku sendiri, seorang lelaki itu nampak 'kacak' di mata aku jika dia seorang yang lawak.. For me, funny attitude do bring positive vibes toward a character.. And my vote will certainly goes to a funny guy rather than a good looking, handsome guy.. (This statement that I made, it is if these two qualities are compared, of course other good qualities should also be present in a man) ^^
Sekian, terima kasih.. Sayang anda semua.. Take care.. Assalamualaikum.. Have a great day..
P/S : Malam semalam aku mimpi orang yang sangat selebet.. Tak kacak kot.. Ber-T-shirt biru, kasut lusuh coklat tanah.. Di sebuah kedai makan, berdiri di kaunter bayar.. Siap main jengah-jengah, sorok-sorok.. Lawak kan? *Unknowingly, I'm smiling.*
Yours sincerely,
An apple with a smile.
Ulasan
tiba2 rasa nak tengok