Another Chapter

Assalamualaikum..

Tarik nafas panjang dan dalam.. Bersyukur pada DIA masih lagi sihat dan bernafas di bumiNYA ini.. Hari ketiga telah berakhir dan hari keempat pula akan menjengah esok.. Hari keempat bergelar penjawat awam.. Bersyukur juga tak terhingga kerana ditempatkan di Hospital Melaka.. Walaupun dalam diri masih berperang, tapi paling tidak ada mak abah dekat denganku untuk jadi tiang dan sokongan, manalah tahu ada saat dan ketika nanti aku mungkin terjatuh tersadung, mereka ada untuk aku.. =)

Hospital Melaka dan rumahku syurgaku ibarat tanda arah di bawah.. Bertentangan saja duduknya.. Kalau memandu memang tak sampai 5 minit.. Harapnya dapat terus teguh berdiri.. Mudah-mudahan.. =)


Okay! Ini hanya selingan.. Lewat petang tadi, aku menghadiri satu ceramah tentang keselamatan dalam pekerjaan.. Penceramahnya seorang jejaka lewat 20an barangkali.. Saat dia masuk, aku cukup terkejut.. Wajahnya, senyumnya, seiras sungguh dengan seseorang.. Walhal seseorang itu tak pernah aku jumpa depan mata.. Ibaratnya aku seolah kali pertama berjumpa dengannya (tapi dalam identiti orang lain).. Kah kah kah.. Mereng sudah.. Paling buat aku tersenyum lebar bila mendengar namanya.. NAMA SAMA.. Dush dush.. Dalam kepala otak aku, okay okay okay.. Mungkin ejaan tak sama sebab selalunya yang aku kenal nama mereka guna huruf W.. Kebetulan yang indah, nama encik tersebut tak ada huruf W tapi huruf U.. Haihhh..


I guess I miss that someone..

Hmm.. Okaylah.. Sampai sini saja.. Perut lapar, dah 2 hari tak sumbat nasi.. Nak mencekik maggi.. Okay semua.. Jaga diri okay.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

Ulasan

azuan berkata…
dah bertahun baca blog ni..tak jumpa lagi tuan punya blog dengan someone tu kan...lama bebenor...hehe
@azuan Ayat ni ada banyak interpretasi dan makna. Huhu.

Mungkin someone tu terlalu 'jauh' kot. Kalau ada jodoh, jumpalah agaknya suatu hari nanti. Huhu.
Adziim berkata…
Rumah dekat pun tak sempat nak menjamah nasi
Unknown berkata…
alalalalla
aku windu someone ek??
hehehe swwweeeettttt!
abangfaizul berkata…
nama dia safwan ye?

*teka2 plak

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?