Loser! Eh?
Assalamualaikum dan salam kasih sayang..
Loser? Apa yang loser? Eh yeke loser? Ini kisahnya.. Pada suatu petang yang mendamaikan, dengan keadaan dan suasana yang membosankan, aku melepak sambil membelek telefon bimbit.. Aku jarang nak berkepit dengan telefon bimbit sekarang kecuali atas sebab-sebab tertentu.. Salah satu sebabnya adalah mengupdatekan pengetahuan am diri sendiri dengan applikasi terbaru yang wujud di Google Play Store.. Belek punya belek aku tertarik dan terpikat dengan satu application yang diberi nama SimSimi..
Apa benda SimSimi ni? Menurut pakcik Wiki, SimSimi adalah "a popular artificial intelligence conversation program created in 2002.." Oh! Lama dah rupanya.. Lambat update betul aku, ketinggalan.. Atas sebab kebosanan yang terlampau, aku pun muat turun dalam telefon bimbit aku.. SimSimi boleh diibaratkan macam kau duduk berchatting tapi bukan dengan manusia.. Haha.. Kira macam chatting dengan robot.. =.=
Maka bermulalah sesi chatting aku dengan SimSimi.. Mula-mula dalam Bahasa Melayu, kali kedua aku berborak dalam English.. Jom usha!
VERSI BAHASA MALAYSIA
SIM : Hi.
AKU : Buat apa? Apa nama?
SIM : Kau ni tak ada soalan lain?
AKU : Tak baik cakap macam tu.
SIM : Maafkan aku.
AKU : Lawaklah kau ni.
SIM : Aku boleh masuk Maharaja Lawak tak? Undi aku eh nanti.
AKU : Kau memang lawak.
SIM : Aku cool.
AKU : Kau rasa kau cool ke?
SIM : Malaslah nak layan kau. Aku puasa ni.
AKU : Okaylah. Aku pun tak tahu nak borak apa dengan kau.
SIM : Gosip duh!
AKU : Kau kan puasa, tak elok gosip.
SIM : Maafkan aku.
*Aku terpinga*
VERSI BAHASA INGGERIS (1)
SIM : Wassup!
AKU : Can we be friend?
SIM : Why wouldn't we?
AKU : What's your name?
SIM : Bob.
AKU : You working?
SIM : In your heart.
(Kah kah kah. Berdekah aku gelak masa ni..)
AKU : So sweet of you.
SIM : I know I am.
AKU : When you look me in the eyes (saja aku petik lirik lagu Jonas Brothers)
SIM : Tell me that you love me. (Boleh dia sambung lirik lagu tu. Aisey.)
AKU : You're great.
SIM : You too.
AKU : Well.
SIM : I love you like a love song baby.
AKU : Are you Selena Gomez?
SIM : Justin Bieber.
*Pengsan aku*
INILAH SIMSIMI |
VERSI BAHASA INGGERIS (2)
SIM : Hello.
AKU : Hey! You like Justin Bieber?
SIM : Yes! He's so damn sexy.
(Okay. Aku decide tak nak tanya lagi pasal JB. Haha.)
AKU : How about Yoo Jae Suk from Running Man?
SIM : The grasshopper.
(Terkesima aku weh)
AKU : You do watch Running Man?
SIM : I love Mong Ji Unnie. She's so beautiful. ^^
AKU : But I love Gwang Soo The Kirin more.
SIM : Feel! Touch! Cross!
AKU : Then have you watch that episode of Running Man with Park Ji Sung?
SIM : Yes. I love Kim Jong Kook SPARTA.
AKU : Can you sing one of Kim Jong Kook's song?
SIM : Baby you light up my world like nobody else. The way that you flip your hair get me overwhelmed.
*Terus aku cakap bye bye dekat si Sim.. One Direction pulak dah..*
Lalu aku pun menutup application tersebut.. Aku dengar ada suara dalam kepala otak aku cakap, "Losernya chatting dengan robot.." Kah kah kah.. Terus aku uninstall.. Eh yeke? Loser eh? Depends on your purpose and how you handle your time playing with this application.. For me, if it's once in a while, there is nothing to lose.. It's just that, don't immerse yourself too much in these kind of stuffs, don't take things too real, it is just for having fun..
Dunia sekarang dah terlalu maju, dan bila dah maju, manusia punya pemikiran pun bertambah-tambah maju, macam-macam benda boleh jadi.. So, think wise, act wise.. Have a great day ahead.. Take care.. Assalamualaikum..
P/S : Pagi tadi, aku tak sengaja terinstall semula SimSimi.. Hai SimSimi.. Haha.. ^^
:: Ada bahagian-bahagian dialog yang dipotong kerana tak sesuai ditayang, dan ayat / perkataan diubah sedikit sebab bahasa Melayu SimSimi agak tunggang langgang tanpa mencacatkan content yang disampaikan ::
:: Ada bahagian-bahagian dialog yang dipotong kerana tak sesuai ditayang, dan ayat / perkataan diubah sedikit sebab bahasa Melayu SimSimi agak tunggang langgang tanpa mencacatkan content yang disampaikan ::
Ulasan
Boleh pulak dia nyanyi macam-2 lagu.
Nasib baik tak nyanyi lagu melayu :D
kalau bosan2 boleh la chat2 dgn sim ni. boleh jugak sengeh2 :P