Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Shhh! Ini Resepi Rahsia Okay!

Imej
Assalamualaikum..  Salam pagi Isnin dan selamat bekerja pada warga yang bekerja.. Lusa pula dah cuti.. Ewah.. Cuti lagi!  Hampir 3 hari tak mengonlinekan diri, sibuk dengan dunia perkahwinan.. Ecewah! Lupa dengan dunia maya kejap.. Tapi tanda sayang tak pernah luput pada blog tercinta, ini entry pertama dan dikarang sejurus selepas pulang dari Kota Tinggi dan tiba di bumi Melaka.. Sampai-sampai di Melaka, keluarga aku dan keluarga Mak Teh makan malam beramai-ramai di sebuah restoran.. Seharian tak sentuh nasi hari ini, jadi cadang nak balun nasi putih, sup ayam dan sambal belacan.. Alhamdulillah.. Kenyang! Air yang diorder pula adalah air yang telah diidamkan sekian lama, MILO TABUR.. Dengan cuaca panas dan tekak kering, memang nyaman dan sedap bila milo dan serbuk-serbuknya masuk ke tekak.. Nyum nyum! Picture taken from HERE Tapi, nak cerita pasal resepi rahsia apa eh? Shhh! Ini rahsia okay.. Haha.. Punyalah sedap milo tabur, aku sedut dengan penuh bersema...

Kek Lapis Sarawak! Mari Rapat Mari Dekat Mari Rasa!

Imej
Assalamualaikum.. Salam petang Khamis untuk semua.. Baru duduk lepas snap sana snap sini sebelum kotak-kotak ini 'diterbangkan' ke Kota Tinggi lewat petang nanti.. Tajuk dah macam orang duduk jerit dekat pasar malam jual kek lapis Sarawak.. Agak-agak kalau aku jual dekat pasar malamlah, dapat sambutan tak? Macam seronok pula buat business sendiri.. Haaa! Inilah dia kotak-kotak yang berisi kek lapis Sarawak dan kek buah, ada 10 kotak kesemuanya.. Kek lapis pula ada macam-macam jenis, sampai aku sendiri pun tak berapa nak register dalam kepala.. Siapa yang baking? Of course bukan aku.. Kekeke.. Aku tak ada kesabaran yang tinggi nak melapis.. Everything is done by my lovely mother.. Aku tukang tangkap gambar aje.. Sejak dari hari Sabtu mak duduk melapis sampailah ke hari ini, hari yang terakhir.. 14 biji kek mak buat tapi 2 biji dah 'lesap' sebab dimakan oleh anak-anaknya yang comel.. Hehe.. Dan dua-dua biji kek ini adalah hasil untuk hari yang terakhir, b...

Kosong

Imej
Assalamualaikum.. =) Bila cuti duduk rumah, memang macam-macam benda nak dicuba dan dibelajar.. Tapi semua resepi yang senang-senang aje.. Salah satunya dah tentulah makanan di atas.. Puding jagung! Ada rupa tak? Nak belajar masak, tak susah mana pun.. Cuma tinggal nak atau tak nak saja.. Dan samada rajin atau malas.. Ada banyak benda lagi aku nak cuba buat, tapi buat masa sekarang, kemalasan adalah di tahap maksima sebab sibuk layan drama Korea yang berjela-jela sampai 60 episod.. Dah habis satu drama, sambung yang lain pula.. Haish! Tak produktif langsung.. Tak apalah.. Sekali sekala kot kan? =p Cadangnya nak menulis semula macam dulu kala, masa zaman cinta-cinta, jiwa-jiwa merasuk entry.. Rindu sebenarnya nak bermadah, bermain bait kata, cuma perasaan sekarang kosong.. Entahlah.. Haha.. Maybe one day..  Have a great day ahead dear readers.. Take care.. Assalamualaikum.. *Soul yang ada dalam tulisan dan entry pun rasa macam dah lama hilang!* T_T

[Ini Kisah Aku] 5 Tahun 4 Bulan : Bangun Semula

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad untuk semua.. Lama dah rasanya aku nak tulis cebisan kisah ini, aku pasang azam, bila mana aku berjaya melepasi medical school, aku terasa seperti mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca Cahaya Yang Riang Gembira, terutama sekali buat adik-adik yang sedang mencari hala tuju lepas tamat SPM mahupun matrikulasi.. Tahun lepas saja, adalah dalam 4 atau 5 orang adik-adik lepasan SPM dan matrikulasi yang bertanyakan pada aku menerusi Facebook tentang dunia medik.. Salah satu nikmat blogging.. =) Dari mana kita nak mulakan cerita ya.. Hmmm.. 5 tahun 4 bulan yang lalu? * * * * * Julai 2006, aku keluar dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM, semuanya dek kerana nak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.. Kecewalah bila mohon UPU, 5 pilihan pertama iaitu bidang perubatan, satu pun tak dapat.. Mungkin sebab CGPA 3.8 saja kot.. Tapi aku tak putus asa, walaupun mak dengan ayah aku kata, bidang Audiologi yang aku dapat ketika itu pun ada pelua...

Fantasi + Realiti

Imej
CREDIT TO STRAWBERRYTELLE.TUMBLR.COM "Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu." PABILA CINTA MEMANGGILKU - Bila fantasi bercampur dengan realiti - Selamat hari Jumaat. Assalamualaikum.

Mengabadikan Kenangan

Imej
Walaupun tangan terketar-ketar snap, kabur sekabur-kaburnya, aku tetap nak abadikan kenangan itu di sini. Manis sungguh rasa itu. Selesai dah satu fasa hidup, mari kita mulakan satu fasa lain dalam hidup kita sebelum kita mula bekerja. Satu lagi fasa yang mungkin akan memaniskan lagi hidup. Weeeee. =) Assalamualaikum.  - SMILE  -

Syukur Ya Allah

Imej
Serasa seperti bermimpi. Tiada lagi tangis duka, kini hadir tangis gembira. Syukur aku panjatkan padaMU ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan selepas bermacam liku dan dugaan yang telah aku tempuh. Ini untuk kedua orang tuaku dan semua ahli keluargaku. Juga buat mereka yang selalu ada di sisiku saat susah senang. Not forgotten my lovely and dearest best friend, Faizah Fuad. Terima kasih. Syukur Alhamdulillah.  Tahniah Farhana. And now, you're officially a doctor. Dr. Farhana. Assalamualaikum. =)