Tips Mencari Pasangan Versi Ultraman


Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa untuk semua dan selamat bekerja.. Eh, ke ada yang buat-buat cuti umum sendiri? Ekeke.. Apa pun, kerja elok-elok ya.. Jangan mengular.. 

Pagi ini cukuplah entry pendek.. Sweet and simple.. Perihal mencari pasangan.. Status di bawah ini aku baca di dinding mukabuku seorang sahabat lama ketika di sekolah rendah.. Nak gelak aku membacanya.. Tapi, makna dia mendalam.. Jom usha..

* * *

找男朋友,要求不要太多了,又帅又有车的,那是象棋。有钱又有房的,那是银行。有责任心又有正义感的,那是 Ultraman。又帅有车有钱有房又有责任心与正义感的,那是在银行里下象棋的 Ultraman

* * *

Okaylah.. Aku tolong translatekan tapi tak adalah sejibik sejibun.. Aku ambil intipati saja..

"Kalau nak cari teman lelaki, permintaan tak perlu tinggi melangit.. Nak yang kacak bergaya berkereta, itu dah macam catur.. Nak banyak duit dan berharta, itu bank.. Nak yang bertanggungjawab dan adil, itu pula dah macam Ultraman.. Nak kacak bergaya berkereta, banyak duit berharta, bertanggungjawab dan adil, itu dah macam Ultraman yang main catur dalam bank.."

Serious nak gelak aku baca.. Mesti ramai yang tertanya apa kena mengena kacak bergaya berkereta dengan catur kan? Sedikit trivia yang aku nak kongsi, kalau nak tahu, dalam catur Cina @ dam Cina, ada buah-buah catur yang diatasnya bercopkan perkataan "KACAK" dan juga "KERETA".. Itu sebabnya status itu ditulis sebegitu..

Kesimpulan yang cuba disampaikan, mengikut pandangan akulah, dalam mencari pasangan, jangan terlalu picky, cerewet, nak yang betul-betul macam pesen gini, nak yang sebiji macam pesen gitu, sebab bukan senang.. Macam yang ditulis di atas, nak yang semua pakej TERBAIK, ibarat macam Ultraman main catur dalam bank.. Mungkin ada ultraman begitu tapi kebarangkalian nak jumpa atau situasi yang menyebabkan ultraman bermain catur dalam bank, adalah teramat kecil.. Sedangkan ultraman itu sendiri pun tak wujud kan..

Aku ada baca, cari pasangan, salah satu petuanya adalah biar pilihan kita itu sebaik-baiknya adalah seorang yang boleh MEMAHAMI, MEMAAFKAN dan MEMOTIVASIKAN kita.. Itu yang sebaiknya.. Atau kita fikirkan kembali perkara yang selalu kita dengar orang kata, yang kita selalu baca.. Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara..

1) KERANA HARTANYA
2) KERANA KEDUDUKAN / KETURUNAN
3) KERANA RUPA
4) KERANA AGAMA

Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tapi akak!
sy tak setuju!
kita kena memelih..
psgn tok masa depan kowt..
nak sehidup semati!
nak tdo sebantal..
nak mandi sebilik air..
adeyh!
NoraChan berkata…
Ultraman main catur dalam bank= pasangan perfect!!
nak cari Ultraman lah.. hihihi...^__^
sofea berkata…
memilih pasangan xpe tapi jgn cerewet sangat, hhehe

ana mau kawen
penaberkala berkata…
memilih tu kena ada, tapi jgn terlampau dan overdose
nanti tak laku, hah sape susah

kita manusia biasa, tak sesempurna mana, khilaf diri mungkin ada, ada ruang utk perbaikinya

apapun, hanya doa dapat menemukan kita dgn jodoh terbaik

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.