Selamat Datang Ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
Assalamualaikum.. Riang gembira hati menulis sekarang sebab kini dah meninggalkan bumi Kuala Lumpur yang penuh kisah ranjau duka, selamat tiba di Melaka tepat jam 2 petang tadi dan kini bersama keluarga tercinta.. This is just heaven..
Eh.. Apa pasal duduk selamat datang ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) eh? Aku dah tukar proffesion dan menjadi guru pula ke? Kalaulah boleh tukar begitu saja, dah lama aku buat.. Tak larat nak menempuh dunia perubatan.. Heh.. Tak apa, lupakan kejap, balik semula kita ke IPPM.. Apa cerita eh?
Kredit gambar kepada SITE INI |
Kepada para peminat Cahaya Yang Riang Gembira, wahai adik-adik bakal cikgu sekalian, walaupun anda semua dah bercuti dan tak berada di IPPM, tapi sekembalinya anda ke IPPM, anda semua akan mendapat ahli keluarga baru, iaitu Cik Cahaya Yang Riang Gembira dan keluarga.. Haaa.. Happy tak? Happy tak? Haha.. Budget macam artis, popular ke?
Salah satu tujuan kepulangan aku kali ini, bukan saja balik bercuti selama 6 hari, tapi juga sebab nak tolong mengemas apa yang patut, angkut barang itu ini, sebab hujung bulan November ini, InsyaALLAH akan berpindah masuk ke IPPM dan tinggal di kuarters yang mana rumah kami adalah di Tingkat 3.. Memang masaklah aku nak naik turun tangga, lif pun tak ada..
Alangkah bagusnya kalau barang-barang boleh dicampak dari bawah ke atas, shoot terus ke balkoni.. Tak payah susah-susah naik tangga.. Huwaaa!! Automatically, my father will become the warden for that block.. Adik-adik semua, mari kita bekerjasama ya.. Keh keh keh..
Dah namanya Institut Perguruan Perempuan, makanya pelajar-pelajar di sini semua adalah gadis-gadis ya.. Jadi, okaylah juga aku rasa perpindahan kali ini.. Suasana baru, keadaan baru, orang-orag baru.. Alangkah bagus kalau aku boleh buat benda yang sama di Kuala Lumpur.. Kurang sikit perit yang ditanggung.. Tapi tak apalah, orang kata, hati akan jadi numb lama-lama nanti.. Tak rasa apa dah..
Okaylah.. Jom sambung packing barang.. Kesibukan boleh merawat kerunsingan dan kedukaan.. Heee.. Selamat malam semua.. Happy selalu.. Assalamualaikum..
Ulasan
Penat tuuuu nk kemas2..fuh!
sepet org melaka .. n umah sepet x jaoh pon dr maktab kt durian daun tuh...ade rezki kite jumpe ye...boley sepet bawak kamu g jln2 kt mlaka :)
ekekekeke =)
Rabak laa kalau balik tiap2 minggu..
wah bahagianya jadi warden disitu, sya pun mahu apply.
Blog GF berpindah: http://toadjitsu.blogspot.com
sowi lah dikk dah lama x mai sini .. akak punn dah lama x online uhuhuh
dapat rasa kegembiraan ekau bila den baca entry nih