Encik, Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad..

Tanggal 1 Muharram 1433 H.. Bersamaan 27 November 2011.. Salam Maal Hijrah buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot? 

Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aku takdir dia, kami berkenalan dan menjadi sahabat.. Bila dicongak-congak, rasanya perkenalan dan persahabatan ini sudah mencecah 2 tahun setengah.. Syukur..

Sepanjang mengenalinya, bagi aku dia seorang yang misteri, kadang pelik, dan tak banyak berbicara dan bercerita pada awalnya.. Makin lama mengenali dia, baru aku tahu apa makna loyar buruk dan kartun yang sebenarnya.. Seorang yang selalu bikin aku tersenyum dan marah pada waktu yang sama..

Perkara-perkara yang paling aku ingat berkaitan dengan dia dan sampai bila-bila pun aku takkan mungkin lupa, PERTAMA, "salam doktor" dan KEDUA, "selamat hari jadi sayang".. Benda yang sinonim dengan dia.. Hee.. :D

Dan di hari ini, usianya bertambah setahun lagi.. Dan tak sangka, selain dari aku, ada lagi orang-orang lain yang nak tumpang wish dalam entry ini.. Ish ish ish.. Kejap nak usha, siapa gerangan orang-orangnya..

* * * * *


Ops!! Siapakah adik comel yang bercermin mata old school ini? Haha.. Adik comel pun tak nak lepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir untuk Detective Conan.. Lepas itu, boleh pula dia bertanya, Detective Conan ni lelaki ke perempuan? Kah kah kah..


Oh.. Yang ini pula adik kacak dengan ucapan Happy Birthday Doraemon.. Soalan dari yang kacak ini, "Kenapa Doraemon? Dia gemuk ke?" Haha.. Aku cuma tergelak.. Bukanlah wahai si kacak, bukan gemuk tapi dia kartun..


Ini adik banyak manislah.. Adik siapalah.. Hoho.. Dan adik ini mengucapkan selamat hari lahir dalam bahasa Cina, Sheng Ri Kuai Le.. Nak ambil gambar yang style-style saja.. Depan cermin juga dipilihnya.. Adehhh..


Eh, adik kacak lagi? Haha.. Selepas melihat kakaknya bergambar di depan cermin, dia pun teringin, katanya "Jom ambil gambar lagi.. Banyaklah wish Doraemon dapat tahun ni.." Fuh!! Macam-macam bahasa ucapan hari lahir ya.. Dan sepatutnya ada sekeping lagi gambar dari mereka tapi disebabkan banyak perkataan perlu ditulis, jadi mereka surrender dan meminta ianya ditaip di dalam enrty sahaja.. Hehe..

Dan bersama dengan ucapan hari lahir di atas tadi, dititpkan sekali doa..

1) Moga Encik terus cool, steady dan kartun selalu..

2) Berjaya dalam kerjaya, dalam hidup di dunia dan akhirat..

3) Dan kata mereka, "Ingat lagi tak Encik dengan entry LELAKI SEPERTI AKU yang Encik tulis?" Mudah-mudahan tercapailah segala impian untuk diri dan keluarga tercinta seperti yang telah encik tulis di dalamnya..

4) Dan semoga hidup Encik sentiasa dalam limpah kurnia dan hidayahNYA, dan juga mendapat keberkahan dariNYA.. Amin..

* * * * 


Ini doa aku, doa mereka, doa kami untuk dia di hari lahirnya.. Mudah-mudahan dengan pertambahan usia dan bersempena tahun baru ini, segala jalan akan dipermudahkan.. Okay, habis baca doa, kita makan kek hari jadi.. Jom jom!!


Eh, ke boleh tengok je? Tak boleh makan eh? Ops!! Sorry Encik.. Apa pun, kek ni comel kan? Hehe.. Nanti kita beli yang boleh makan punya eh.. =)


Dan sekian coretan entry yang ringkas di hari lahirmu.. Walaupun tak setouching dan semendalam seperti SELAMAT HARI JADI SAYANG, harapnya sudilah dibaca.. Dan sekali lagi, ENCIK, SELAMAT HARI LAHIR..

Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Selamat hari lahir diucapkan untuk saudara blogger, Azuan Daud : Jangan Bukak Blogspot.. Wah.. Dah sejuta kali kot aku ucapkan Selamat Hari Lahir.. Heee.. Last okay, but not least.. Selamat Hari Lahir.. Boleh tak aku nak cakap, ucapan itu ucapan yang ke satu juta dan satu? =) 


Ulasan

kurus berkata…
wah2 .. eppy bday encik .. semoga panjang umur dan berbahagia seperti doa farhana jugeee :)
Tanpa Nama berkata…
selamat hari lahir
smoga pnjg umo murah rezeki
bardboo berkata…
bertuahnya encik itu eyer..

eh tiap kali datang blog ni, mesti dah bertukar wajah...rajin betul tuan blog ni kan? =)
farhana berkata…
Siapakah encik itu?
Touching i baca entry ni (mngkin sbb menulis dari hati agaknya =D)
amirulfaiz berkata…
Wah, terharu Encik yang sambut hari lahir itu. :)
joegrimjow berkata…
ingat lagi entry besday cik dr tu. sampai skrg ingat
;)

appy bestday kat die
Tanpa Nama berkata…
ekekekeke... da agak daaa.. kahkah!!! =P

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?