3 Peristiwa 18 November Untuk Dikenang

Assalamualaikum.. Mata dah mengantuk, berat yang amat.. Tapi nak gagahkan juga tulis cebisan ini.. Tajuk dah sehabis fikir, itu saja yang termampu diperah.. Berapa minit saja lagi 18 November akan melabuhkan tirai (ataupun dah melabuhkan tirai pun saat aku habis menulis coretan ini), jadi aku abadikan antara peristiwa yang boleh aku kenang pada 18 November dalam cebisan ini.. Ini pesen pemalas nak tulis, point form tak ada hal kan? Ekeke..

Keserabutan hidup masih belum lagi settle.. Ambil masa nak selesaikan satu persatu dan settle down.. Pening jugalah.. Ditambah lagi dengan pening memikirkan kenapa dah genap 18 hari, suara aku masih lagi tak baik-baik.. Risau aku kalau selamanya begini, suara tenggelam timbul, ada tak ada.. Huuu.. 

18 hari yang lepas aku mula sakit.. Batuk, demam, dan segala macam pakej.. Aku dapat rasakan kelainan tentang sakit aku kali ini, sebab memang tak pernah alami sakit begini.. Dan memang jenis aku tak suka pergi klinik, tapi kali ini tergerak hati nak pergi, itu pun selepas seminggu sakit.. Doktor suspect aku kena jangkitan paru-paru.. Tapi tak adalah sampai masuk hospital.. Macam-macam jenis ubat jugalah aku telan.. Paru-paru aku pun dah okay rasanya.. Cuma batuk aku masih lagi teruk dan suara tak pulih lagi.. Musykil kejap.. Memang sepanjang 3 minggu, mood aku ke laut.. Berat aku pun turun sebab tak selera makan.. Mak, makcik aku kata, aku dah kecut.. Haha..

Tapi terima kasih pada 18 November sebab jadi satu hari yang ceria dalam hidup aku.. Lupa kejaplah yang aku tak berapa nak sihat..



Pertamanya sebab sahabat baik aku datang melawat aku.. Kami pergi beronggeng ke One Utama, ke Damansara.. Meredah hujan, meredah sesak.. Penat gila badan.. Tapi seronok sebab ada peneman sunyi sepi.. Terima kasih ya Faizah Fuad.. Seronok aku dengar kisah cinta dia.. Tumpang sekakilah rasa bahagia bila dengar tahun depan dia nak berkahwin.. Semoga dipermudahkan segalanya.. :D




Keduanya, pertama kali dalam sejarah, aku menonton wayang dalam format 3D.. Aku dengan Faizah sepakat memilih untuk menonton The Adventures Of Tintin.. Cerita yang berdurasi 1 jam 47 minit ini boleh tahan jugalah.. Cuma mungkin sebab pertama kali aku tengok wayang 3D, pening gila kepala.. Loya, sakit tengkuk dan macam-macam sakit lagilah.. Jadi tak dapat nak feel betul-betul cerita dia.. Kemuncak pening aku bila si penyanyi soprano menjerit sampai pecah cermin.. Mak aih!! Pengsan!! Sampai sekarang aku duduk pening-pening lagi..




Ketiga, sebelum menutup tirai 18 November.. Epal.. Heee.. Dalam berat-berat mata aku, sempat juga aku jenguk-jenguk blog yang wajib dijenguk.. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu, background blog seseorang ada epal sebagai latar belakang.. Terima kasih banyak pada connection internet yang slow, barulah aku berpeluang nampak epal sebiji di situ..

Terus aku senyum lebar tak hengat dunia.. Sampai sekarang pun senyum.. GILA!! Haha.. Tak kisahlah tuan dia nak kata aku perasan sorang-sorang ke, syok sendiri ke, apa ke, yang penting hati aku gembira sangat hari ini lepas melihatnya.. Berapa kali dah aku tengok eh lepas aku tahu ada epal di situ? Budget macam ada kena mengena dengan aku.. Kah kah kah.. Adoilah hati.. Kau memang suka syok sendiri kan? =p

Sampai sini.. Selamat berhujung minggu semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..



At the moment, in love with this..
*I hide those words that I want to tell you*

Ulasan

ch!natsu berkata…
syafakillah.. get well soon dear..
wondering sape tuan punyer bdn background yg ada epal tuh.. kekeke ;P
Tanpa Nama berkata…
AKAK TAK SIHAT KEW??
SIANNYA..
LAAA..
NAPA TAK AJAK SY TGK CITE TEU!!!!
jhehehe
merajuklah!
black_mel berkata…
xpenah tgk wayang 3d lagi..sangat lah ketinggalan zaman black mel ni..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?