Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Mengertilah..

Imej
Assalamualaikum.. Isnin tiba jua akhirnya.. Bersisa beberapa hari lagi.. Dalam perang yang begini, yang mana apa pun mampu terjadi, semua yang pergi berjuang hanya mampu perah keringat sehabis daya, selebihnya, rezeki itu datang dari DIA.. Jika DIA berkenankannya, maka berolehlah kebaikan.. Kini usaha, seterusnya doa dan tawakal.. Moga ada kebaikan dari DIA untuk kita.. Sesungguhnya, yakinlah kerana DIA tahu yang terbaik untuk kita.. AMIN.. Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Yunus : Ayat 107] * * * Assalamualaikum..

Pendam

Imej
Aku yang mengejar bayang cinta Kian terbiar Terpendam kata Tak terungkap selamanya Pedihnya hanya aku yang merasa Mahu memilikinya Aku hanya hamba cinta Bisik hatiku lepaskan dirinya Sungguh aku tak bisa Biarlah ku sendiri Tanpa kasih di hati Aku tak mampu pertahankan lagi Cinta yang menyakiti Biarlah aku pergi Tiada hampa di hati Aku yang mengejar bayang cinta ( KREDIT LIRIK ) * * * Sambil dengar lagunya, sambil aku memikirkan tiap langkah, tapak demi tapak kehidupan aku dan kisah-kisah keliling hidup aku.. Huh.. Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum..

Don't Mad At Me.. I'm Just A Sleeping Beauty..

Imej
Assalamualaikum.. Salam malam Sabtu semua.. Ewah.. Seronok dan beronok-ronok ya semua orang.. Mentang-mentang hujung minggu.. Aku di sini masih belum mampu berseronok, masih dalam peperangan yang belum berkesudahan.. Moga perang kali ini, kemenangan buat aku.. Amin.. Sekarang adalah waktu merehatkan minda, jadinya aku nak ambil peluang ini untuk tulis sesuatu.. Nak cerita sikit pengalaman aku selama beberapa bulan duduk sebilik dengan kakak berdua, roommates aku yang sempoi dan kebaboom.. Hoho.. Ini kisah aku dan tabiat aku.. Kalau kecil-kecil dulu aku ada tabiat berjalan dalam tidur.. Sampai umur 7 atau 8 tahun juga tak silap.. Tempat atau port kegemaran aku untuk sleepwalking adalah bilik air.. Aku akan duduk atas jamban dan sambung tidur.. Ada juga waktu aku akan keluar dan tidur di balkoni.. Macam-macam port, tapi tak sampai tahap keluar rumah dan pergi rumah jiran ke, tidur atas jalan raya ke.. Abah dan mak yang beritahu.. Selalunya abah dan mak memang akan perasan aku sl...

Tua Sebelum Usia

Imej
Assalamualaikum..  Cuti weh.. Cuti.. 2 hari aku cuti sebelum memulakan semula perjuangan aku.. Hari ini disebabkan cuaca best, maka aku pilih untuk mengular saja di perbaringan sambil 2 episod RUNNING MAN.. Tengok variety show memang kena restrict sikit jumlah episod yang patut dan perlu ditonton, kalau tak memang melaratlah.. Aku pencen kejap drama Korea, fokus pada variety show saja.. Keh keh keh.. Eh.. Nak cerita pasal TUA SEBELUM USIA.. Bukan apa sangat pun, cuma aku memang pesen manusia yang cepat terasa tua walaupun umur aku baru 24 tahun.. Entahlah.. Aku ada perasaan, aku tua.. Makanya aku cenderung bahasakan diriku "KAKAK" kepada golongan yang lebih muda.. Walaupun satu tahun muda.. Kah kah kah.. Mesti ramai kata aku poyo, kakak bagai.. Iya tak? LOL! Al kisah tua sebelum usia, aku dah puas bebel dan tulis leret-leret dekat FACEBOOK dan TWITTER.. Sekarang, giliran blog tersayang pula.. Hoho..  Dek kerana cuaca sejuk yang melanda Kuala Lumpur seka...

Upside Down But Keeping Cool And Steady

Imej
Assalamualaikum.. Semenjak dua menjak, aku barulah merasai jerih perihnya bergelar pelajar perubatan yang orang-orang selalu duduk kata, sibuk dan stress menggila.. Keh keh keh.. Bukan apa, selama ini aku selalu sibuk tapi buat-buat tak sibuk.. Kalau tak sibuk, aku buat-buat tak sibuk.. Jadi manalah masanya yang aku boleh guna untuk conteng di sini.. It's been so long.. Kan? Sikit pesen gini hidup aku.. Upside down.. Banyak benda yang dulu aku selalu fikir, benda tak bermanfaatlah kiranya, tapi sekarang aku dah tak ada masa nak fikir.. Hidup pelajar tahun akhir, lagi-lagi bidang begini memang menggila.. Kalau boleh putar balik masa, memang aku tak ambil jalan ini.. Ikhlas aku cakap.. Kenapa, bagaimana, apa, biarlah aku saja yang tahu.. Heh.. Jadinya, dah alang-alang menggila, biarlah sampai ke akhirnya.. Sikit lagi jalan yang aku nak lalu.. Biarlah hidup tunggang terbalik sekarang, tapi di masa akan datang aku dapat berdiri jalan tegak dengan senyum penuh ...

Barely Breathing : Doakan Diri Ini

Imej
Assalamualaikum.. Happy Monday morning to all my dear readers..  Currently, the feeling inside is like, "Phew! It's been so long since I take a walk here in my lovey doveyland.." Heh.. I've been super duper stressful these past few days.. No words can best describe what I feel now.. I feel like crying, but the tears stuck inside the gland as if it is telling me, "Farhana! You are a strong girl, you will always be one.. Keep holding on my dear.." * * * What I see in front of me now, it's only black and white.. Even when I look at myself, I see no colors.. Half dead? Half alive? Whatever it is, I'm barely breathing.. Voices inside of me keep shouting, "Get up! Up up and away!" Praying! Believing! Whatever situation I am now, Allah is always here with me.. This is just another bump in the journey of my life.. All this colorless, barely breathing will quickly pass by.. And there I go, up up in the sky.. ...

AKU INGIN MENCINTAIMU

Imej
AKU INGIN MENCINTAIMU Tuhan betapa aku malu Atas semua yang Kau beri Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa Entah mungkin kerna ku terlena Sementara Engkau beri aku kesempatan Berulang kali Agar aku kembali Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU Betapa tak ada apa-apanya Aku dihadapanMU Aku ingin mencintaiMU Setulusnya Sebenar-benar aku cinta Dalam doa Dalam ucapan Dalam setiap langkahku Aku ingin mendekatiMU Selamanya Sehina apapun diriku Ku berharap Untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi (kredit lirik untuk SITE INI ) * * * * * Assalamualaikum.. Salam untuk semua.. Cebisan di atas ini aku dengarkan lewat menonton rancangan Al-Hidayah di TV3 Jumaat yang lalu.. Bersama dengan alunan ini juga, sebelumnya disiarkan patah-patah kata yang buat hati ini benar-benar rasa sayu.. Rasa terlalu kerdil sungguh diri ini.. Kadang kita sering alpa dan leka, walhal DIA sentiasa ada bersama kita saat susah atau senang.. Tersentuh benar hati ini, mendengarkannya b...

"Aku Bukan Samseng" - @JohanAsari

Imej
Assalamualaikum.. Selamat hari Selasa untuk semua.. Merujuk pada tajuk kita di atas, entry ini dah tentu-tentunya ada kena mengena dengan Johan Ariff A'sari a.k.a Botak Juvana.. Jom tengok apa yang dah terjadi antara aku dan Mr. Johan.. Please! Jangan jealous okay.. =p * * * * * Tengahari itu, asrama Blok G dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang penghuni-penghuninya tidak duga sama sekali.. Satu kejutan besar yang mampu memengsankan mereka.. Okay.. Ini palsu, tak adalah sampai pengsan.. Dalam khusyuk 3 gadis di bilik G001 menelaah dan membelek buku, pintu bilik mereka dikejutkan dengan ketukan bertalu yang kuat bagaikan mahu rebah pintu.. Kedengaran suara lelaki bernada agak garang di luar.. Masing-masing mencapai dan bersiap apa patut.. Pintu pun dibuka.. Masing-masing terlopong! Terkejut melihat siapa di depan mereka! "Siapa nak ambil gambar dengan aku, cepat siap.." dengan nada garang lelaki itu bersuara.. Aku pun apa lagi.. Gila tak e...

I Think I'm Cool. Do The Kids Think The Same Too?

Imej
Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk pengunjung sekalian alam.. Blog ini dah banyak sangat berupdatekan Wordless Wednesday dan entry sekarang semua pendek belaka which is so not me.. Alhamdulillah, datang keinginan untuk menulis di hari Jumaat ini.. Lupakan buku sekejaplah ya.. Mood hari ini nak cerita tentang aku dan kanak-kanak.. Pengalaman aku yang berusia 24 tahun ini dengan kanak-kanak yang rata-rata dalam lingkungan 12 tahun dan ke bawah.. Idea ini datang bila mana aku terjumpa coretan gambar di bawah ini.. - I LIKE SAYING HI TO RANDOM KIDS I DON'T KNOW.. I'M COOL LIKE THAT - Inilah salah satu sifat aku sebenarnya, yang memang susah aku nak kikis semenjak dulu lagi.. Aku pantang jumpa kanak-kanak lalu depan mata, tak kisahlah samada aku kenal atau tidak, aku di tempat terbuka ataupun tempat tertutup sekalipun, memang siaplah mereka semua.. Muahaha.. Mula-mula aku pandang, bila mereka pandang balik, aku akan angkat kening dan mengelipkan mata berkali-kal...

Agak-Agak Berapa Banyak Wordless Wednesday #11 Akan Ada Dalam Blog Ini?

Imej
Assalamualaikum.. Aku risau juga kalau blog ini akan bertukar nama dari Cahaya Yang Riang Gembira menjadi Wordless Wednesday Yang Riang Gembira.. Ekeke.. Jadi sebelum perkara itu terjadi, jom sambung tulis entry yang tergendala.. Banyak idea tapi bila nak tulis, ahh, thought block.. Dan untuk anda, jamulah mata dengan ini dulu ya.. Tata semua.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Kenyang perut suka hati.. STOMACH SPEAKS : Aku prefer masakan ini sebab ada  belacan.. Masak lemak pun okay, tapi yang atas ini tetap favourite.. =)