12 Apr 2017

Ceria

KREDIT GAMBAR BLOG JALINAN QASEH
Assalamualaikum.

Selamat malam. Dah nak pukul 10 malam, dah patut masuk tidur dah. Maklumlah, dah tua, badan pun ikut tua, mata apatah lagi. Haha. Cepat benar mengantuknya. Tapi sebelum tidur nak tulis-tulis sikit. Sikit aje. Betul, tak tipu.
=p

Petang tadi hujan sangat lebat di Kuala Lumpur. Dengar cerita ada kawasan yang mengalami banjir kilat. Bila dengar guruh berdentam-dentum pukul 4, lepas itu hujan turun lebat-selebatnya, dah mulalah runsing fikir macam manalah nak balik. Walaupun bawa payung, tapi confirm akan lencun juga. Sebab angin sekali bertiup kan. Dah pernah merasa dah. Haha.

Tapi Alhamdulillah dalam pukul 5 lebih hujan dah mula berhenti. Aku pun siap-siapkan kerja, terus angkut barang, hayun kaki balik rumah. Nak dijadikan cerita yang nak dikongsi, masa on the way nak naik lif, aku terserempak dengan seorang aunty minah saleh. Haha. Kalau dulu-dulu, seriau juga kalau bertembung dengan orang puteh. Apatah lagi naik lif sekali. Tingkat berpuluh-puluh kau. Bukan apa, takut nak borak. Haha.

Tapi kali ini, mulut terasa ringan pula. Lagi-lagi bila tengok aunty minah saleh senyum dekat aku sebab aku tahankan pintu untuk dia tadinya. Haha. Aku tanyalah dia, balik jalan kaki ke. Dia pun berceritalah macam mana dia naik bas dari KLCC nak balik rumah, terpaksa meredah hujannya. Aku pun layankan aje berborak dengan dia. Eh! Tiba-tiba rancak pula berborak. Haha. Sedar-sedar, dah sampai tingkat aunty tu. Dia pun minta diri. Aku pun cakap, "Have a good day." Dia balas, "You too." Haha. Rasa seronok pula.

Satu benda kalau berborak dengan mat saleh, mereka sangat tinggi dengan courtesy. Sopan santun. Dan ceria. Lively. Tiba-tiba rasa macam nak jumpa selalu dengan aunty tu. Duduk borak-borak minum kopi ke kan. Haha. Bertambah ceria hari-hariku. Haha.

Kalau aku yang dulu, mungkin akan tunduk aje. Tak berani bersuara. Tahap confident merundum teruk lepas tamat sekolah. Tak tahu kenapa. Tapi sekarang perlahan-lahan confident bertambah sikit demi sikit. Tak banyak, tapi slow-slow aku bina. Maklumlah kehendak pekerjaan aku memerlukan aku berdepan dengan ramai orang. Jadi, aku kena push diri aku untuk jadi yakin bila berdepan dengan orang. Langkah pertama, menceriakan diri seperti dulu-dulu. Ala, nama pun Cahaya Yang Riang Gembira kan. Haha.

Okaylah, tak sikit rasanya dah ni, macam banyak pula aku tulis. Haha. Till here, nanti sambung lagi. Selamat malam. Assalamualaikum.



2 ulasan:

Bukan Nordin Ahmad berkata...

errr ... rasanya dari dulu lagi ramah tamah kan :-P

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Bukan Nordin AhmadDulu ramah tamah, lepas kehidupan merundum, ramah tamah tu dah kurang sangat. Sekarang aje semangat balik nak jadi diri sendiri yang dulu. Hahaha. =p