Blogger Blog Take Down Notification?

Assalamualaikum.

Salam 2 pagi. Salam hujung minggu. Dan salam cuti-cutian buat warga yang bercuti, beristirehat di hari Ahad bersama keluarga tercinta. Fuh. Panjang mukadimah. Didoakan semuanya sentiasa berbahagia dan bergembira hendaknya.
:)

Untuk aku pula, semenjak dua menjak ini adalah hari-hari yang tak berapa baik untuk aku. Salah satu punca aku jadi malas dah menulis. Nampaknya kena fikir-fikir untuk beli domain sendiri nampak gayanya ni. Huhu. Entah kenapa, stress jugalah memikirkannya, Blogger sibuk buat take down. Dalam minggu sudah saja aku dapat dekat 5 buah email dengan subject besar, "BLOGGER BLOG TAKE DOWN NOTIFICATION". Haaa. Dah sudah, apa kebendanya pula email yang aku dapat.

Menurut blogger, entry-entry aku di blog K-DRAMA N ME diturunkan kerana ada yang memfailkan notis DMCA. Alah, kira macam aku gunakan harta benda orang tanpa kebenaran. Adoiii. Masalahnya, ada dekat 30 buah entry aku yang kena take down. Bukan sikit-sikit. Entry yang aku tulis dengan jari jemari aku sendiri, aku luahkan pendapat aku sendiri, semua entry itu blogger kata aku dah langgar copyright orang lain. Aku syak, blogger pakai remove entry cuma berdasarkan tajuk saja. Bukan dia telek kandungannya. Sudahnya, beraturlah berapa banyak punya entry aku yang penat lelah aku tulis sendiri, dalam kotak draft.

Tajuk entry macam "BACKGROUND MUSIC RUNNING MAN EPISODE 161", "THE RETURN OF SUPERMAN EPISODE 27, IU?" dan seangkatan dengannya yang lebih kurang begitulah tajuknya. Isi-isi entry pula aku membebel pasal kandungan setiap episod, kadang aku kongsikan lagu dengan menepek video yang diambil dari Youtube, sikit pun aku tak nampak dekat mana yang aku dah langgar hak cipta orang lain. Haih. Nak berbalah dengan Google dengan hantar respon, memang bazir masa sajalah. Entahkan layan entahkan tidak. Maka jalan selamat untuk elakkan akaun blogspot aku di-ban terus adalah dengan privatekan blog K-DRAMA N ME. Sedih wo. Walaupun jarang update, tapi blog itu sendiri dah berusia 6 tahun. Adik kepada Cahaya Yang Riang Gembira. Nasiblah nasib.

Nak ditambah lagi pada bara yang sedang membara, Facebook pula buat hal, disekatnya aku dari kongsi segala macam bentuk post, tak boleh follow atau like page, sampailah 30 September. Adoidoidoi. Facebook kata, device aku ada malware. Apa? Malware? Mana datang pula malware segala. Aku pun periksa dengan antivirus ESET aku, aku scan lagi dengan ADW Cleaner, Malwarebytes, sampai ke sudah tak jumpa si malwarenya. Yang hairan, akaun satu lagi elok saja bila login. Dekat 3 jam baru aku berjaya merungkainya. Sekarang, semua dah okay. Yeay!!! Dah boleh sharing is caring.

Sekianlah update yang tak berapa nak best. Ingat macam nak tambah COLUMN barulah dekat tab atas sana, tapi apa eh? Tunggu!!! Okaylah, selamat malam semua. Assalamualaikum.
:)


P/S : Tengah usahakan satu blog baru dengan nama NOTA TIGA. Entahkan menjadi entahkan tidak. Semoga menjadi dan berkembanglah hendaknya macam Cahaya Yang Riang Gembira.


Ulasan

Hanis Amanina berkata…
alaaaa, dah la blog akak ni la reference sy kalau ada drama baru. camne ni T___T
@Hanis Amanina Blog yang ini okay lagi. Selamat jugalah. Yang satu lagi tu dah banyak take down, takut kena remove pula nanti. Huhu. Takpe, kita bertahan selagi mampu. Haha. Kena remove, buat balik, ya tak? :)
Awan berkata…
Keep Bloging, Salam dari Indonesia
Hanis Amanina berkata…
@Farhana Cahaya Riang Agree, bagi google kerja banyak nak crawl balik :D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?