Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Drama Jepun Apa Eh Yang Best Untuk Ditonton?

Imej
Assalamualaikum. Konnichiwa. Oit! Oit! Dah berubah selera eh? Haha. Tak adalah, dah selalu cakap pasal drama Korea, filem Hindi, jadi sekali sekala ubah anginlah. Lagipun sekarang semua orang tengah gila tonton drama Doctors, kalau aku pun cakap pasal Doctors takut ada yang menyampah nanti.  Jujurnya, aku sangat jarang dah layan drama Jepun sekarang. Masa belajar dulu selalu jugalah layan, macam Team Medical Dragon, Hotaru No Hikari, Kurosagi, Attention Please, Meichan No Shitsuji, Yamato Nadeshiko dan banyak lagilah. Semua benda aku layanlah senang cerita. Tapi itu dulu masa zaman belajar. Sekarang, jarang sangat layan. Kalau aku buat pilihan nak layan pun, aku akan pilih genre cintan cintunlah kan. Haha. Apa yang best pasal drama Jepun adalah jumlah episod dia tak banyak. Senang kau nak marathon tanpa tercungap-cungap. Tapi aku macam biasalah, aku download drama yang aku nak tengok, depends pada review, tapi aku peram dululah dalam hard disk. Kah kah kah. Last-last a...

Drama Hit Korea 2016 - Descendants Of The Sun. Eh! Hit Ke???

Imej
Assalamualaikum. Ligat tulis entry eh. Amboi. Tiba-tiba rasa macam nak jadi blogger yang berdedikasi. Haha. Balik kita pada tajuk dan tujuan asal entry kali ini, dah nama pun kaki drama Korea, ada peluang kita tulislah sikitkan pengalaman kita lepas tonton drama . Sebenarnya kalau nak buat review, lebih elok dibuat oleh orang yang tak minat drama Korea, tak ada bias pelakon mana dia berkenan, pelakon mana dia minat, dia tengok atas nama "menonton". Haa! Gituuu ayat. Sebab bila kita baca review dari orang yang berdiri atas natural ground ini, dia bersifat lebih ikhlas dan kritikan dia lagi membina. Haha. BOLEH KE KAPTEN YOO SI JIN JADI AGEN PERISIK HEBAT SEPERTI MAMAT INI??? Aku akui memang aku agak lambat tonton drama ini. Drama yang menggegarkan dunia peminat drama Korea. Sejak sebelum tayangan lagi orang dah mula soseh-soseh pasal drama ini, tambah lagi ini drama pertama Song Joong Ki lepas keluar dari military, jadi ramai yang letak harapan ti...

Raya Dulu, Raya Sekarang, Raya Akan Datang

Imej
Assalamualaikum. Dah berapa Syawal dah eh? 8 kot eh? Cepat betul Ramadhan berlalu pergi, tiba-tiba dah raya. Hurm. Rayu tahun ini memang ada banyak sangat beza banding tahun lepas.  Yang pertama dah tentulah kurang ahli keluarga. Adik aku kan dah kahwin, dah tentulah tahun pertama, raya pertama, dia beraya dengan suami dan keluarga mertua dia ya tak? In shaa Allah ada rezeki, tahun akan datang, berayalah pula aku dengan anak buahku. Yeppie!!! Dan tahun ini juga, buat pertama kalinya, keluarga Hajjah Maznah berjaya tangkap gambar keluarga. Walaupun tak complete sebab ada ahli keluarga yang tak ada, tapi ini petanda yang baik. Mana tahu tahun depan, diizinkanNYA, cukup korum, bolehlah snap lagi. Tapi yang tak bestnya, dah tentulah gambar-gambar raya penuh dengan aku yang berpipi pau. Nak ambil gambar pun sembunyi belakang orang, selit tengah-tengah, nak bagi nampak kecil sikit, kononnyalah. Bulan puasa berat turun, tapi tak adalah banyak mana. Lemak degil benar. *S...

Signal, Drama Korea Genre Fantasi Dan Ala Criminal Mind Yang Wajib Ditonton

Imej
[ TONTON / DOWNLOAD DRAMA SIGNAL SUBTITLE ENGLISH ] Assalamualaikum. Lama dah tak isi tempat kosong dekat PAGE REVIEW APA EH? Haha. Bukan tak nak review, nak ikutkan banyak filem Hindustan dan drama Korea yang dah ditonton, cumanya MALAS!! Haha. Lagipun aku bukan pandai sangat nak review drama, tapi kalau merepek boleh serahkan pada aku. Balik semula pada topik utama, drama SIGNAL ini ikutkan dah tersimpan dalam hard disc rasanya dah 5 bulan lebih. Drama ini ditayangkan awal 2016 menerusi saluran tvN. Aku rasa mungkin juga ianya dah ditayangkan di saluran 395 Astro. Bagi sesiapa yang dah tonton pasti akan setuju dengan repekan aku dekat sini. Aku peram lama-lama bukan apa, sebab tengok genre bukan cintan cintun, jadi malas pula nak tengok. Entah apa mood tiba-tiba datang nak tengok drama genre FANTASY THRILLER, jadi aku pilihlah SIGNAL. 2 hari, maka habislah aku tonton kesemua 16 episod drama ini. Bagi aku drama ini agak berat, kadang mungkin slow, tapi macam magnet, ...