Sunyi Dunia | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Sunyi Dunia

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salam 12 tengah malam. Lama tak tulis-tulis conteng-conteng kan? Maklumlah bulan puasa, kita cool down sikit. Banyak benda yang jadi di sekeliling, aku cuma duduk di tepi dan jadi pemerhati setia.

These days it's getting difficult to sleep, banyak nak fikir, banyak nak selesaikan. Dalam duduk rancang masa depan sebelum tidur, tiap-tiap malam jugalah aku dengar adik aku yang tengah cuti semester mengekak atas katil dia sambil pegang handphone. Dia boleh menghadap WhatsApp berjam-jam, bergayut apatah lagi. Seronok benar tengok dia chatting dalam group, dengan "orang tersayang" kononnya. Ish, budak zaman sekarang.

Sebelum adik aku nombor dua kahwin, dia yang selalu bergayut dekat telefon. Aku dekat katil sebelah mampu tengok sajalah Labu. Haha. Loser ke? Eh, tak kot. Haha. Entahlah, lagi-lagi nak setahun lagi masuk 3 series, lagi selalu rasa sunyi menghambat. Mengada hati tisu ni, nak rasa sunyi bagailah. Heh. Biasalah, manusia, tak boleh lari dari rasa nak dikasihi, rasa sunyi, macam-macam rasa lagilah. Teringatlah dulu-dulu rajin WhatsApp, rajin Kakao Talk, Messenger. Sekarang tak ada dah semua itu bila usia dah makin meningkat. Satunya sebab tak ada sesiapa yang boleh kita WhatsApp, Kakao Talk bagai semua kan. Tak macam muda-muda dulu. Bingar sikit. Haha. Keduanya, dah tualah kot. Malas sangat nak huha sana sini, tapi dalam masa yang sama nak sangat ada teman yang boleh kita WhatsApp, kita Kakao Talk.

Bila dah umur meningkat, aku memang tak ramai kawan rapat. Tapi yang rapat, memang sangat rapatlah. Tapi takkanlah kita nak selalu menepek dalam inbox handphone dia borak tak sudah. Kawan-kawan rapat aku semua dah ada suami, dah ada anak-anak. Macam rasa tak berapa nak elok kalau selalu menganggu. Iya tak?

Apa bendanya ni eh? Nak kata mid life crisis belum lagi mid life. Haha. Ahh!! Bisik syaitan saja, dunia sangat. Sunyi, rasa kosong, memang takkan hilang kalau kita tak isi. Tapi macam mana cara kita isi rasa sunyi dan kekosongan itu yang menentukan berapa berkesannya rasa sunyi kita terubat. Minta ubat dari DIA. DIA Maha Mendengar. Kan?

Selamat malam. Assalamualaikum.
:)


0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.