Pengalaman Dihentak, Dihempuk, Dihenyak Sampai . . .?
Assalamualaikum. Dalam tak ada semangat, dalam mood yang merundum, dalam hati yang berbolak balik, sempat juga nak coret sepatah dua dalam blog. Macam yang diceritakan dalam entry yang sebelumnya, atas nasihat dan desakan keluarga (walau hati aku sendiri masih berbelah bahagi sebenarnya), aku pun ke pusat rawatan tersebut untuk mendapatkan rawatan. Proses konsultasi dan rawatan cuma memerlukan lebih kurang satu jam setengah saja. Macam yang aku kata hati aku masih ragu dan belum boleh lagi mahu terima seadanya, salah satu sebabnya adalah kerana ilmu perubatan yang aku belajar selama 5 tahun ini buatkan aku sukar sedikit mahu menerima rawatan yang selain dari rawatan medikal. Bukan nak kata aku tak percaya, aku percaya pada sesetengah rawatan alternatif, cuma untuk yang ini mungkin aku perlu ambil masa sedikit untuk memahami dan mendekatinya. Barulah aku boleh timbang untuk yakin atau tidak padanya. Walaupun aku telah menjalani rawatan asas yang pertama. Ada 4 kali rawatan ...