Kuat


Nama aku Nur Farhana.
Cahaya Yang Riang Gembira, makna di sebalik namaku itu.

Aku telah jatuh.
Jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam.
Sangat, dalam.
Gelap. 
Tak kutemui walau sedikit sinar yang mampu menuntun aku keluar.
Apatah lagi tangan yang mampu menarik aku keluar dari gelap dan dalamnya lubang itu.
Terus aku duduk.
Hari ke hari.
Memandang kosong dinding yang mengelilingi.
Aku jadi putus asa.
Aku tak lagi berusaha.
Berusaha untuk bangkit dari jatuh.
Berusaha untuk keluar dari dunia gelap yang sudah aku terbiasa.

"Mak abah namakan awak Nur Farhana, maknanya Cahaya Yang Riang Gembira."

Terjaga aku dari lena.
Ya, aku adalah Cahaya Yang Riang Gembira.
Sinar itu memang sudah ada sekian lama dalam gelap.
Sinar itu sinar yang pudar kerana tiada gilapnya.
Tapi, sinar itu tetap ada.

Aku kena kuat.
Aku kena kuat.
Aku kena kuat.

Tiada tangan yang mampu menarik.
Tiada sinar selain sinar yang ada dalam diri.
Tiada orang selain diri sendiri.
Tiada makna walau ada tangan menghulur jika aku sendiri yang menolaknya.
Tiada makna sinar yang menuntun jika aku sendiri terus duduk dan tidak bangkit menujunya.

Aku kena kuat.
Aku kena kuat.
Aku kena kuat.

Terpisat-pisat mencari.
Tak boleh duduk lagi.
Tak boleh merenung, mengenang dan menyesali.
Belajarlah bangkit untuk diri sendiri.
Paling tidak ada usaha dari diri.
Dan tangan yang banyak menghulur itu akan bawa makna lebih besar.
Untuk bantu terus berdiri.

Ya, bantu diri sendiri.
Yang lainnya akan datang dengan senang sekali.

Aku kena kuat.
Aku kena kuat.
Aku kena kuat.


Ulasan

farhana berkata…
Suka entry ni. Penuh dengan pengharapan. Moga berjaya doc. Pasti ada sebab kenapa sesuatu tu terjadi. Moga Allah mudahkan segalanya. *HUG*
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum, kak. saya dapat 6A spm. bio b+ and chem c+ possible tak for me to pursue medic? ;(

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?