Permata Hati | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Permata Hati

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Malam dah semakin larut, ramai yang pasti sudah diulit lena yang panjang memandangkan esok hari adalah hari bekerja. Aku? Masih lagi di sini, menjadi seorang pengecut yang terus-terusan lari dari masalah. Ribut melanda hidup. Untuk menjadi kuat dan bangkit semula. Hmm. Aku pernah bangkit dulu. Kalau aku mampu buat dulu, kenapa tidak sekarang ya? Heh. Aku yang kompleks dan memeningkan. 


Semenjak usia dah melewati suku abad dan setahun, aku telah saksikan ramai rakan-rakan beralih dari satu fasa hidup ke satu fasa hidup yang lain. Ah! Siapa yang tidak ada keinginan begitu bukan. Dan siapa juga yang tak merasa sedikit cemburu bila rakan-rakan dah bergelar isteri dah bergelar ibu. Daripada seorang anak dah bertambah jadi dua. Mereka dengan bahagia mereka, dengan rezeki dan anugerah yang Allah telah berikan. Hanya mampu tersenyum tiap kali meneliti kepingan gambar-gambar bahagia di laman mukabuku masing-masing.


Entah datang dari mana semangat yang membuak ini. Semangat dan keinginan untuk "adopting". Hinggakan terbawa ke alam mimpi. Bermimpikan seorang bayi comel yang tak sengaja ditemui di kaki tangga rumahku, lalu dijaga dan dibelai, dari kecil hingga dewasa. Ouh!! Terasa nak bela anak angkat. And given all the loves in the world. Heh. Banyak sangat love dalam diri ke? =p


How I wish I could. At least bila pergi kerja, dan balik kerja, ada permata hati yang menceriakan hidup yang suram dan kurang warna ini. Heee. Mungkin bawa impian ini dalam tidur dulu barangkali. Mana tahu, mimpi boleh jadi nyata. Hehe.

Selamat malam dunia. Assalamualaikum.
xOxO
=p

0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.