Monolog #4 : Bahagia
Assalamualaikum.. Penghujung tahun yang teramat teruk.. Minggu-minggu yang terlalu banyak gelombang tanpa ada datangnya tenang walau sekejap.. Aku masih lagi termangu-mangu, tercari-cari mana diri, mana arah harus ditujui.. Aku tahu hidup ini indah, terlalu indah.. Tapi untuk aku menikmati indah itu, aku tiada daya dan upaya.. Terlalu dalam aku tenggelam, sampai ke dasar hingga sukar rasanya mahu ke permukaan.. Aku tak mahu lemas.. Tapi... Credit from Zedge Tuhan.. Sesungguhnya aku mencari bahagia.. Aku inginkan bahagia.. Tapi untuk aku ketemu yang namanya bahagia itu terasa amat sukar sekali rasanya.. Gelombang-gelombang yang tak pernah putus hadir ini kadang buat aku jatuh dan terasa sukar untuk bangkit kembali.. Aku masih mencari ke mana hilangnya aku yang kuat suatu waktu dulu.. Aku begitu menginginkannya kembali, agar dapat aku lalui detik sukar dalam hidup ini.. Dalam sukar, sedih, sepi yang dilalui, ada sedikit gembira mencuit hati.. Hingga kini aku masih sukar...