Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

That Awkward Moment

Imej
Assalamualaikum.. That moment.. The most awkward moment in my life.. When one of the patient in labor that you attended, is actually your ex-school mate!! And she is going to deliver any time soon with a husband anxiously waiting outside.. And and and.. On the other hand, here you are, busy working 24 hours.. Working, go back and sleep, then going back to work again.. When life only revolves around working, working and just working.. Have a great weekdays ahead peeps.. Assalamualaikum..

Monolog

Imej
Bila aku mula merasakan yang aku patut berputus harap dengan apa yang aku rasa, ianya datang lagi setelah lama menghilang.. Lantas menyalakan semula sedikit harapan yang bersisa.. Tapi ternyata yang tersisa itu patut dibuang terus dan tiada saki bakinya sebab sememangnya yang hadir itu sekejap cuma, dan akan pergi lagi seperti kebiasaannya.. Datang lalu pergi.. Dan menghilang.. Muncul kembali dan hilang lagi.. Aku sudah sememangnya perlu menjangkakan itu yang akan terjadi.. Sedang hati masih ingin terus berharap dan teguh berdiri.. Tapi sebahagian lagi berkata, berhenti berhenti! Salam petang Ahad.. Assalamualaikum..

A Flower

Imej
To "you".. Who once used to make me smile.. Good night.. Assalamualaikum..

Alhamdulillah

Imej
Assalamualaikum.. Hari ini hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari ini juga telah jadi satu hari yang bahagia dan manis dalam kenangan hidup aku sebagai seorang Cahaya Yang Riang Gembira.. Hee.. Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, dan setelah hampir mencecah 2 bulan bekerja, aku telah mendapat gaji pertama aku sebagai seorang penjawat awam.. Perasaan gembira tak terhingga yang sukar dibayangkan.. Alhamdulillah.. Usai saja kerja pada pukul 10 pagi tadi, walaupun mata mengantuk, tetap ku gigihkan juga diri mencari bank yang terdekat.. Aku siap mencari sampul raya lagi.. Pulang saja ke rumah, aku serahkan sedikit pada abah, pada emak dan juga adik-adik.. Perasaan itu memang sukar digambarkan kan? Perasaan dapat berbakti pada kedua orang kita selepas sekian lama mereka menjaga kita.. Aku bersyukur sangat atas pemberian dariNYA ini.. Sepanjang hari ini, aku tersenyum saja.. Yang penting, kena mula menyimpan.. Mana tahu tak lama lagi ada perancangan nak kahwin ke.. Eke

Terbang Tinggi Tinggi

Imej
Assalamualaikum.. Ahad dah pun hampir berlabuh.. Esok pula dah Isnin.. Kerja straight dari Isnin sampailah Ahad, dengan cuti tak sampai sehari pada Jumaat.. Harapnya cukup kuatlah nak menghadap pagi Raya di hospital..  Tiap kali kalau aku pulang dari kerja, aku pasti akan duduk dalam kereta, lebih kurang 10 ke 15 minit.. Sambil menikmati penghawa dingin yang aku talakan ke muka, sambil aku memandang ke luar dan dongakkan kepala.. Dalam hati aku kata, kenapalah rumah aku di tingkat terpaling atas dan tak ada lif.. Kadang rasa macam, tak boleh ke aku terbang terus ke atas.. Dah sebulan lebih aku turun naik tangga, tapi lelah naik turun tangga masih terasa.. Banyak sangat tingkat kot.. Haha.. (TIGA AJE PUN) Tapi tak kisahlah, apa yang penting, berat pun dah banyak kurang, baju yang dulu-dulu tak muat pun dah boleh sarung.. Ada baiknya juga ya tak duduk rumah tingkat paling atas.. Tak kisahlah tak dapat terbang tinggi-tinggi, duduk di darat merangkak dan berjalan pun a

3 Kali Sehari

Imej
Assalamualaikum.. Ewah.. Tajuk macam bagi preskripsi ubat.. 3 kali sehari.. Rasa nak tulis dalam blog, tapi buat masa sekarang tak ada idea lagi, jadinya aku nak kongsikan momen manis seorang blogger.. Lama dah aku perhatikan sebenarnya kewujudan seorang pembaca yang sangat setia mengunjungi blog ini.. Memang boleh kata, tiap-tiap hari ada kewujudan IP adress tersebut dalam statistik Cahaya Yang Riang Gembira.. Even tak ada update, atau update yang dah basi pun tetap rajin datang menjenguk.. Tapi bukan sehari sekali.. Sebaliknya, 3 kali dalam sehari.. Pagi jenguk sekali, tengahari datang lagi, petang tak lupa ada juga sekali.. Kadang-kadang sampai 4 kali pun ada.. Malam saja tak ada, mungkin sebab dia kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang kot.. Hehe.. Apa pun, terima kasih tak terhingga.. Walaupun kadang-kadang aku rasa blog Cahaya Yang Riang Gembira ini macam nyawa-nyawa ikan, tapi masih ada lagi yang setia selalu menjenguk.. Terima kasih.. Ecewah, ayat budget retis.. O

Sorotan Sebulan Hidup Obstetrik Dan Ginekologi

Imej
Assalamualaikum.. Sedar tak sedar, dah masuk bulan 8.. Dah sebulan dan seminggu aku bertugas di Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Melaka.. Banyak pasang surut dan turun naik, masam masam manis kehidupan seorang pegawai perubatan siswazah.. Entry kali ini, biar pendek.. 4 perkara yang aku agak gerun untuk lakukan ketika baru mula masuk bekerja di jabatan ini.. 1) Setting an IV Branula Masa zaman aku student dulu, pernah buat sekali dua saja.. Jadi bila masuk kerja, agak terkial-kial jugalah nak catch up.. Kalau nak diikutkan, dalam jabatan O&G inilah paling senang nak masukkan branula sebab urat-urat wanita mengandung memang kembang-kembang dan cantik-cantik.. Tapi hakikatnya, aku memang gerun.. Aku takut orang rasa sakit.. Jadi aku selalu FAILED bab masukkan branula, sebabnya aku takut orang sakit.. Haha.. Boleh macam tu? Tujuan masukkan branula sebab nak ambil darah, masukkan air, darah atau apa-apa saja ubat ke dalam salur darah.. Ianya ibarat

Puaskah?

Imej
Assalamualaikum.. Beberapa hari yang sudah, aku ada mengomel perihal perasaan yang sudah kering dan rasa kosong.. Entah sejak bila, tapi bila aku celik mata, pergi kerja dan balik kerja, apa yang mata aku pandang, aku pandang dengan pandangan kosong.. Terasa benar seperti robot, yang luarnya besi dalamnya tiada apa.. Haha.. Masa zaman awal bekerja, memang selalu kena marah.. Dalam Jabatan O&G, ada seorang specialist yang memang terkenal sangat dengan kegarangannya.. Tak ada doktor pelatih yang tak pernah kena sembur dengan dia, salah cinonet pun memang confirm kena bantai.. Aku ingat lagi, satu pagi, aku post call.. Aku bertugas dari pukul 10 malam hingga 10 pagi keesokannya.. Paginya itu aku ditugaskan ke wad untuk review pesakit.. Seperti kebiasaan, selesai doktor pelatih review, akan ada satu round bersama dengan specialist untuk melihat pesakit dan membuat keputusan tentang rawatan yang perlu diberi.. Kebetulan pagi itu, keempat-empat doktor pelatih yang kerja

Real One?

Imej
Have I let go someone who makes me smile? Have I let go the real one? Selamat malam.. Assalamualaikum..

Sedar

Imej
Assalamualaikum.. Picture taken from Google Maaf atas rasa yang hadir itu.. Kini aku sedar.. Dan.. Aku lepaskan ianya pergi.. Selamat malam.. Assalamualaikum..