Terima Kasih.. Thank You.. 谢谢你
Assalamualaikum.. Tengahari yang sama lagi namun di hari yang berbeza.. Semalam aku begitu cengeng, begitu lemah, begitu kehilangan arah tuju.. Otak aku kosong dan seluruh tubuhku hanya ibarat sekujur mayat hidup.. Pertama kali ku diuji dengan dugaan yang Maha berat.. Dan aku gagal mengatasinya.. Emosiku merajai akal fikiranku.. Sehingga kini, masih lagi bersisa emosi-emosi yang tidak stabil.. Penat mengalirkan air mata dan rasanya kini tiada lagi air mata yang bersisa.. Hanya kesan tangisan yang masih lagi berbekas.. Seperti dalamnya bekas - bekas luka di dalam hati.. Aku tidak mampu bercerita pada kalian.. Mungkin ianya terlalu peribadi.. Ku harap kalian mengerti.. Terima kasih aku ucapkan dari hati aku yang paling dalam kerana kalian sudi meminjamkan bahu untuk aku bersandar dan meluahkan rasa yang terpendam.. Syukur kerana aku punya teman seperti kalian.. Terima kasih.. Banyak dan banyak terima kasih dari aku.. Maaf andai Farhana kali ini begitu cengeng.. Aku tak mampu lagi menjadi...