Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Farhana


Assalamualaikum.

Tahun 2020. Hampir setahun selepas entry terakhir. Hajat hati tak mahu dah menulis, tapi hati tergerak nak berkongsi pada yang masih sudi membaca. Pengalaman jika dikongsi mungkin beri manfaat pada yang memerlukan. Betul tak?

Ogos 2020. Genap setahun. Setahun selepas peristiwa yang banyak mengubah kehidupan seorang yang bernama Farhana. Kahwin? Haha. Oh tidak. Alangkah indahnya kalau ianya ulangtahun perkahwinan, maklumlah kawan-kawan sebaya semua dah beranak dua tak pun tiga, kita beranak kucing sajalah.

Ogos 2019. Bermulanya hidup aku dengan ubat-ubatan. Aku bersyukur, disebabkan latar belakang dunia perubatan yang aku ada, aku dapat kesan segalanya lebih awal, dan dapatkan rawatan. Semuanya bermula dengan kencing berbuih. Aku dah jadi tabiat, untuk periksa mangkuk tandas setiap kali urusan kecil atau besar. Its like a part of my own health screening. Bila mana aku mula kencing berbuih, sekali, dua kali, seminggu, aku terus tak teragak-agak untuk ke Klinik Kesihatan. Jangkaan aku tak salah, protein dalam air kencing aku terlampau tinggi. Kaki aku membengkak, begitu juga wajah dan keliling mataku, bila bangun pagi, akan kelihatan sembab kerana banyak air. Bila mana protein keluar dari badan kita terlampau baik, makan air akan tertarik semula ke dalam badan, dan buatkan badan kita bengkak.

Selalunya jika bengkak air ini terjadi, antara organ yang mungkin bermasalah ialah buah pinggang, jantung, ataupun hati. Keputusan panel darah aku menunjukkan buah pinggang aku bermasalah, tapi yang lain dalam keadaan normal. Aku terus dirujuk kepada pakar Nephrology (Buah Pinggang) di HKL. Takut? Seram? Semua perasaan ada. Tambahan pula aku duduk seorang diri di Kuala Lumpur waktu itu, keluarga semuanya di Melaka. Syahdu jugalah, tapi kuatkan diri untuk lawan. 

Otak aku dah mula berkira-kira. Aku ingat semula pembelajaran 5 tahun aku untuk bergelar doktor. Lantas aku jadi takut. Aku tahu antara penyebabnya, dan yang paling aku gentar adalah komplikasinya, iaitu DIALISIS. Andai ianya terjadi. Aku jangkakan waktu itu, penyebabnya adalah kerana masalah obesiti aku. Jadi aku dimasukkan ke wad, untuk proses biopsi buah pinggang. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk cari penyebabnya. Sangkaan aku meleset sama sekali, penyebabnya bukan kerana kegemukan, dan aku didiagnos dengan radang buah pinggang, Membranous Glomerulonephritis.

Benda yang buat aku terduduk bila mendengarnya, doktor katakan radang ini berkemungkinan besar terjadi kerana aku disahkan menghidap Autoimmune Disease. Penyakit di mana antibodi dalam tubuh kita, menyerang organ badan kita sendiri, dan dalam keadaan aku, ianya menyerang buah pinggang aku. Doktor tak berani lagi untuk katakan penyakit autoimmune yang jenis bagaimana, sebab autoimmune diseases memang banyak. Tapi, perbincangan dari pihak doktor, mereka jangkakan aku mungkin menghidap Systemic Lupus Eryhtematosus (SLE) atau juga dikenali sebagai Lupus.

Walau digegar dengan berita begitu, tapi aku tahu setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. Doktor katakan pada aku, terlalu banyak kemungkinan dalam dunia perubatan. Pray for the best. Katanya ada pesakitnya yang SLE mereka tak aktif langsung, ada yang tak bernasib baik, SLE sentiasa aktif dan perlu keluar masuk hospital. Jadi aku dinasihatkan untuk jaga kesihatan, makan ubat, jangan stress. Maka bermulalah kehidupan aku, makan ubat untuk kawal penyakit autoimmune ini supaya ianya takkan aktif langsung, dan tidur saja.

Down? Sangat. Terutamanya waktu di awal fasa disahkan dengan penyakit ini. Balik kerja, aku akan menangis seorang diri dalam bilik. Mengenang nasib orang kata. Tapi lama kelamaan, bila banyak positive support dari keluarga dan rakan-rakan, join support group di Facebook, aku cari balik kekuatan diri. Aku cakap dekat diri sendiri, kalau kau rasa ujian kau berat, ada lagi manusia yang diuji dengan ujian yang berkali ganda lebih berat dari aku. Sebab itu, aku pilih untuk tak nak jadi lembik, aku kena kuat. Itu senjata untuk aku jadi lebih sihat. Mungkin ada hikmahnya, untuk aku yang susah sangat nak turun berat badan, disebabkan sakit ini, aku turun hampir 20kg, berat badan dari 3 angka, jadi 2 angka. Hehe.

Banyak pengalaman aku nak kongsikan. Banyak informasi yang aku boleh tulis untuk siapa-siapa yang mungkin singgah ke blog ini mencari informasi tentang penyakit ini. Aku bukan lagi doktor klinikal, tapi aku akan cuba kongsikan yang mana aku tahu, tentang ubat, tentang simptom, tentang prosedur biopsi buah pinggang dan sebagainya. Moga ada manfaat buat mereka yang mencari tentang ini.

Moga ketemu lagi di lain entry aku nanti. Doakan aku terus kuat. Salam sayang semua. Stay safe. Assalamualaikum.

:) 

Ulasan

Shahada Fauzi berkata…
farhana dah tak jadi doktor ke sekarang?

Allahu. Sesungguhnya kalau Allah nak uji dia akan uji kan? Semoga farhana terus kuat emosinya dan spritualnya..akak tak reti nak calm down kan orang..tapi kalau nak bagi kata semangat insyaAllah..
@Cik Sha

Saya tak praktis klinikal dah. Saya masuk bahagian management hospital, involve dalam audit hospital. Sekarang tengah mencari portfolio baru, nak teroka pengalaman lain.

Terima kasih atas kata semangatnya kak. InshaaAllah. Saya akan terus kuat. Saya pernah baca pengalaman arwah Dayang Denonsebelum ni, jadi banyak belajar daribsemangat dia. Terima kasih Kak Sha. 😘😁
umifuzy berkata…
Waalaikummussalam...semoga Farhana terus tabah.

Teruskan berkongsi supaya boleh dijadikan panduan untuk kami yang cuma tahu bila dapat membaca bila dikongsi mereka yang mengalami..

Semoga Farhana terus sihat dan positive dan terus tawakkal kepadaNya

salam kenal dari www.iamfuzy.com
Zuhairi berkata…
Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
017-4502767

Linked In : https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107

FB : https://www.facebook.com/mohamadzuhairi.mohamadzuhairi

Insta :
https://instagram.com/zuhairizani

Twitter :
https://twitter.com/zuhairizani

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?