29 Mac 2017

Pelan

Assalamualaikum.

Wah! Hari ini genaplah sebulan aku bekerja di sini, sebuah keluarga kecil yang penuh dengan kasih sayang dan gelak ketawa yang tak sudah. Haha. Sebabkan tak ramai, jadi dah rasa macam satu keluarga. Happy!! Jadi homesick tak rasa sangat. Masing-masing gila-gila, sempoi, rajin bawa makanan, senang kata macam betul-betul rasa satu famili. Pergi kerja pun melangkah dengan kaki yang ringan, hati yang happy. (Walaupun hakikatnya mengah naik jejantas) Haha.

Oh, sebenarnya bukan itu cerita yang nak diborakkan untuk hari ini. Kekeke. Semenjak mula bekerja dekat sini, aku pun mula jugalah belajar soal-soal pengurusan kewangan. Dalam hati timbul niat nak cari kerja part time waktu cuti hujung minggu. Nama pun duduk KL kan, macam-macam kerja part time sebenarnya yang kau boleh cari.

Jadi babysitter, cleaner, waiter, cashier, cikgu tuisyen, exhibition helper, personal shopper dan macam-macam lagilah. Aku pun mulalah belek portal sana sini. Cari mana yang aku rasa ngam. Ikutkan hati nak jadi babysitter ke helper ke, tapi macam takut pula nak jaga anak orang. Weh! Anak orang okay. Tanggungjawab besar.

Antara kerja lain yang menarik minat aku adalah guru komputer part time untuk pelajar sekolah rendah. Memandangkan aku memang dari dulu kaki menghadap komputer, ada jugalah belajar sikit-sikit godek sana sini. Bolehlah takat nak ajar budak sekolah rendah kan. And of course, exhibition helper pun okay juga. Boleh polish skill public relation yang makin ke laut bila dah lama unemployed dan dah lama tak bercampur dengan orang. Haih.



Self confidence aku baru nak naik balik perlahan-lahan, walaupun percakapan aku masih dalam fasa swallowing, tapi aku harap satu hari nanti self confidence aku akan balik macam dulu-dulu. Rindu dengan diri sendiri yang penuh keyakinan dan bercakap dengan lantang dulu-dulu. Sekarang banyak diam, banyak tunduk, banyak swallow perkataan bila cakap. Tak tahulah kenapa. Huhu.

Apa aku buat sekarang, banyakkan menjerit, banyakkan bercakap dengan kuat dan jelas, banyakkan berborak dengan orang. Ambil masa juga sebenarnya, tapi harap satu hari nanti keyakinan diri akan jadi utuh macam dulu. Yakin boleh! Chaiyok!

Okay, melilau dari cari kerja part time pergi pasal self confidence pula. Haha. Doakan aku berjaya dapat kerja part time okay. Atau kalau rasa nak panggil aku kemas rumah ke, jaga anak-anak ke, masak sikit-sikit ke, boleh juga. Hahaha. =p

Okaylah. Kena sambung kerja dulu. Assalamualaikum. Selamat malam.


P/S: Buat bisnes jual makanan dekat tempat tinggal aku pun okay kan. Hmm. Dengar cerita Yusuf Iskandar dengan Bujibu Chempel duduk dekat condo sebelah. Ehem ehem!
=p

Tiada ulasan: