Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Apa Yang Orang Kita Suka Baca?

Imej
“A reader lives a thousand lives before he dies, said Jojen.  The man who never reads lives only one.”  George R.R. Martin ,  A Dance with Dragons Assalamualaikum. Tergerak sangat hati ini nak menulis tentang ini bila mana melihatkan banyak manuskrip aku yang tersadai separuh jalan, menjerit-jerit menantikan bilakah mereka akan ketemu penghujung kisah mereka. Heh. Tipulah kalau kata tak ada masa, idea pun dah dikembangkan menjadi rangka-rangka cerita, cumanya keraguan dan ketakutan bersarang, buat aku berhenti menulis sekejap. Well, lama juga sebenarnya. Adanya demand maka adalah supply. Bila mana nak menulis, aku akan survey dulu pasaran, buku apa ada, jenis yang macam mana, dan yang paling penting mestilah kita nak tahu, APA YANG ORANG KITA SUKA BACA? Di pasaran, ada lambakan macam-macam jenis novel. Ikut apa yang aku perhatikan, ada 2 jenis kategori, dan keduanya berada di kedua-dua hujung ekstrem yang berlawanan. Satu hujung sana, adalah penulis...

Drama Korea Producer KBS2 - Drama Paling Hit Tahun 2015?

Imej
Assalamualaikum. Lama tak update soseh-soseh pasal drama Korea. Last sekali pasal 4 buah drama yang dinantikan , ingat lagi tak? Dan rata-rata keempat-empat buah drama tersebut mendapat sambutan yang agak baik terutama sekali drama lakonan Ji Sung bertajuk Kill Me Heal Me, yang itu memang terbaik. Kali ini sebuah lagi drama yang aku confirm memang dinantikan oleh semua peminat Running Man (AKU!!), peminat 2 Days 1 Night (AKU!!), peminat Kim Soo Hyun (AKU!!), peminat Gong Hyo Jin (AKU LAGI!!) dan peminat IU. Memang gah line up pelakon drama bertajuk PRODUCER ini. Drama ini dijangka akan ditayangkan samada pada penghujung April atau Mei melalui saluran KBS. Jangan risau, aku pasti kalau ditayangkan di KBS, dah tentu KBS World pun akan turut tayangkan drama ini. Bila aku dengar Cha Tae Hyun akan membuat comeback dan berlakon dalam drama bersiri terbaru, memang excited habis. Tambah lagi bila tahu akan digandingkan dengan hero You Who Came From The Stars, Kim Soo Hyun....

Kanak-Kanak Kena Sakat

Imej
Assalamualaikum. Tadi blogwalking terpandangkan gambar kanak-kanak kena sakat. Aduh. Comel sungguh. Ouh. Keinginan nak ada anak meningkat 100 kali ganda waktu dan ketika ini. Boleh jadi pengubat duka lara bila dengar ketawa anak-anak. Betul tak? Walaupun aku tak ada anak lagi, but I believe it's true. Semoga tercapailah segala hasrat diri secepat yang mungkin. Haha. Okay, nak merapu satu perenggan saja. Confirm semua orang akan tengok kanak-kanak kecil itu berkali-kali. Cute to the max. Okay sampai sini. Jaga diri. Have a great weekdays ahead. Assalamualaikum. :) =P

Hujan Sepi

Imej
"Hujan terus turun. Mendengar sayu sepinya hati. Menanti kembalinya irama hati. Pengubat mimpi jiwa terisi." "Sudah puas sudah. Diri dinanti oh tidak kembali. Terus mendoakannya agar dia tetap ingati. Disini aku, kau menjelmalah." IPPO HAFIZ - HUJAN SEPI HEART SPEAKS : Sepi?! Hurm.

Alkohol, Otak, Akal

Imej
Assalamualaikum. Sedikit perkongsian untuk kita semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Terdetik hati nak kongsikan scene di dalam comedy series The Big Bang Theory ini, sebab aku rasakan ianya sangat bermakna walaupun mungkin tujuan asalnya untuk mencetuskan komedi. Tapi bagi aku mesej yang disampaikan sangat tepat sekali. Dalam scene tersebut Dr. Sheldon Cooper menasihati Penny yang dia tak sepatutnya mengambil "ALCOHOL" sewaktu mengendalikan jentera berat. Heavy machinery? Jentera berat? Lebih kuranglah. Bila Penny tanyakan apa jentera berat tersebut dan Dr. Sheldon terus tunjuk pada "BRAIN". Nampaknya mereka pun bersetuju, alkohol tidak boleh diambil sebab ianya akan mengganggu fungsi otak kita. Ianya mengkhayalkan, mengganggu kewarasan kita untuk mempertimbangkan sesuatu. Baik atau buruk, otak dah tak mampu nak tentukan bila alkohol masuk dalam sistem badan kita.  Sebab itu datangnya ayat yang berbunyi, arak adalah ibu segala maksiat dan ke...

UNGU - Aku Tahu (Video Lirik) Muzik Video

Imej
Assalamualaikum. Lama kan tak menulis. Malas. Mood ke laut. Sibuk nak prepare itu nak prepare ini, jadi sampai ke sudah tak berupdate. Kali ini kita kongsikan satu lagu cukuplah. Lagu baru Ungu yang bertajuk Aku Tahu. Lagu layan perasaan katanya. Haha. Lagu yang bagi aku agak selfish tapi berani. Kisah macam mana si lelaki yang masih menyimpan rasa dan berpegang lagi pada kenangan cinta lama, susah dia nak lepaskan. Satu hari dia jumpa seseorang yang mampu buka hati dia. Dia minta perempuan itu untuk tunggu dia, beri dia waktu untuk lupakan kisah cinta lama dia, kenangan lama dia. Dia janji yang dia akan datang, dan hatinya nanti adalah sepenuhnya untuk perempuan yang menanti dia itu. Nampak selfish dan ego kan? Tapi si lelaki sebenarnya berani, berani untuk pegang pada rasa dia, dia yakin dengan perasaan dia. Mungkin dia tahu perempuan itu yang terbaik, jadi dia minta untuk diberi masa bagi melupakan kisah cinta lama dia. I wish I can be that brave. Asking for some...

For A Bit Less

Imej
Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam kasih sayang. * * * * * It's funny because when you're a child, you believe you can be anything you want to be, go whenever you want to go. There's no limit to what you can dream. You expect the unexpected, you believe in magic, in  fairy tales and in possibilities. Then you grow older and that innocence is shattered and somewhere along the way the reality of life gets in the way and you're hit by the realization that you can't be all you wanted to be, you just might have to settle for a bit less. - Cecilia Ahern [Credit to Sis Cheryna's a.k.a Kak Sha's Instagram] P/S : A big fan of her. ^^   I love browsing through Instagram. One of my favorite Instagrammer (Does this word even exist? Lol!) is Sis Cheryna, I've known her through blog a few years back. What I can say about her Instagram is, browsing through all her pictures are like therapy for the eye and soul. The pictures are temp...

OST Drama TV3 Talak - Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim

Imej
Assalamualaikum. Selamat malam. Ouh. Esok dah Isnin. Ingat nak tidur awal, tersangkut kejap depan tv sebab telemovie di TV3 yang bertajuk TALAK lakonan Fizo Omar, Diana Danielle dengan Fadzil Zahari. Sebab apa tersangkut? Sebab terkejut. Haha. Serious seriau bila tengok Fizo Omar (Bad) cakap dengan bini dia, kalau antara mereka salah seorang tidur dengan orang lain, maka jatuh talak. Angkara cemburu buta suami dia, dan si isteri pula terlalu rapat dengan bestfriend dia yang mana berjantinakan lelaki. Dua-dua salah sebenarnya. Tapi point utama sebenarnya nak cakap, talak bukan boleh buat main-main, pakai sebut. Kalau tak, jadi macam cerita ini. Tup tup si suami yang ter-tidur dengan perempuan lain. Hmm. Apa pun, kena tidur sebenarnya. Tapi kita up satu post dulu sebab OST dalam telemovie ini memang favorite. Hehe. Jom layan. Okay daa. Selamat malam. Assalamualaikum. DOWNLOAD DRAMA TALAK GAMBAR KREDIT KEPADA BUDIEY.COM CAKRA KHAN - SETELAH KAU TIADA ...