Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

No! I'm Not Claustrophobic!

Imej
Assalamualaikum. Congak-congak dengan jari, oh ada 3 hari lagi. Makin debar, makin menggunung kerisauan. Selama ini aku pernah lihat pernah tenung saja gua itu, tapi masuk, jenguk dan menjelajah ke dalamnya tak berpeluang lagi. Dengar orang kata, baca tulisan sini sana, bila dah masuk ke dalam gua, jarak pada dinding gua magnet itu hanya 2 inci saja dari muka. Oh! Membacanya saja sudah buat aku sesak. Buat aku rasa berpeluh-peluh dan berdebar-debar. Claustrophobia? Oh! Setahu aku, tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, punya rasa tidak selesa di tempat sempit, kecil dan tertutup. Kalau tidak selesa di tempat umum, mungkin ya. Heh! Oh! MRI terasa menggerunkan sebenarnya. Rasa macam tak cukup udara untuk bernafas bila memikirkannya. Harap berjalan dengan tenang tanpa debar, sesak dan terketar-ketar. Haha. Jaga diri semua. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

Nak Nangis

Imej
Assalamualaikum. Ala bucuk bucuk. Kenapa nak nangis di hujung minggu yang indah? Walaupun kurang indah pada bau. Hmm. Sepanjang malam, dah tiga malam sebenarnya, mata tak boleh juga lelap-lelap. Payah benar sampaikan terasa mahu membeli satu tong oksigen dan topeng muka supaya dapat tidur dengan selesa. Menjelang ke Subuh juga mata ini berjaga, sampailah tersedar rupanya lubang angin dalam bilik lupa ditutup. Dalam rumah tak perlu lagilah nak cerita, macam mana keadaan di luar rumah yang berjerebu, begitu juga di dalam rumah ini sentiasa kelam dan berasap.  Bau pula tak perlulah nak dikata. Rasanya asap sudah menguasai udara 100%. Entah kenapa, aku sedar diri aku jadi cukup sensitif dengan perubahan cuaca ini. Aku rasa sangat tertekan. Aku rasa sangat seperti mahu menangis. Ya. Satu lagi nikmat Allah tarik. Nikmat udara segar, nikmat tidur, nikmat rasa selesa dan bahagia. Muar sudah darurat. Indeks pencemaran udara Melaka pula sudah cecah 300++.  Jika Mela...

Main Masak-Masak, Main Campak-Campak

Imej
Assalamualaikum. Malam ini terasa mahu tulis sesuatu tentang makan, makanan. Mungkin kerana nikmat untuk makan dengan berseleranya hari ini telah Allah tarik sedikit, lantas ingatan tentang makanan begitu kuat sampaikan mahu dicoret sedikit dalam lembaran ini. Sudah 3 hari perut meragam, angin menyerang setiap sudut dalam tubuh badan, mahu terlentang tidur memang tidak mampu, terpaksa bergulung-gulung menahan serangan angin yang datang tiba-tiba. Dan hari ini, semenjak Subuh tadi diuji dengan lagi hebat, perut meragam dengan maha teruk sekali, menjengah bilik air juga rasanya mahu cecah 20 kali. Entah silap makan apa sampaikan jadi begini. Tenaga sudah jadi kosong, pinggang sakit dan lenguh-lenguh, mahu berjalan dan menapak ke bilik air untuk kesekian kalinya juga memang payah. Selera pun automatik jadi kosong. Hanya telan buah. Bila malam, selera bertambahlah sedikit, itupun bila masuk makanan terus mahu dibuang keluar. Sudah lama aku tidak kena seperti ini, memang dugaan...

Bahagiamu Deritaku?

Imej
Assalamualaikum. Amboi. Tajuk saja nak ambil aura lagu yang tengah popular sekarang. Tambah lagi boleh kata tiap-tiap hari aku dengar adik lelaki aku petik gitar sambil memekik lagu nyanyian Hafiz ini. Bahagia, derita, bahagia, derita. Apa kes? Bulan Mei bulan Jun bulan yang penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan untuk kebanyakan orang. Ada yang bertunang, ada yang mendirikan rumahtangga, ada pula yang menyambut kelahiran anak yang dikandung selama 9 bulan. Bahagia kan? Rakan-rakan sekolah menengah aku, semua dalam perjalanan menambah anak kedua. Cuma menanti untuk meletup saja. Satu matriks pula masing-masing sedang seronok berpantang dan menyusukan anak pertama. Yang mana satu universiti semuanya menyatakan kegembiraan telah hamil beberapa minggu, beberapa bulan. Musim untuk aku cemburu pada rakan-rakan yang mendirikan perkahwinan dah pun berlalu. Ewah. Boleh pula berlalu pergi ya. Sekarang musim mencemburui mereka-mereka yang sibuk mendukung bayi kecil, yang sedan...

Renjatan Elektrik Dan Gua Magnet

Imej
Assalamualaikum. Malam ini malam Jumaat. Jam pun hampir menuju ke 12 tengah malam. Hari ini badan ada terasa kepenatan sedikit, kebas di sana sini, tanda-tanda penuaan barangkali. Orang pasti kata, "Ah! 26 bukan tua mana!" Dalam seminggu ini, banyak yang aku alami, aku lalui dalam kehidupan yang aku harung sehari-hari. Dulu selepas 2, 3 bulan aku mula bekerja dan mengharungi semua fasa adaptasi dan tekanan kerja, aku perlahan-lahan mula untuk menerima dan menyukai apa yang aku ada kini. Bila aku atur satu persatu rancangan masa depan, tiba-tiba aku tersadung batu di tengah jalan. Batu yang menyebabkan jalan aku sedikit sebanyak berubah, acapkali juga aku ingin putus asa dan kembali berpatah balik ke titik mula kerana aku rasakan aku sudah hilang arah tapi syukur aku masih di sini meneruskan jalan yang berliku walaupun ternyata lebih sukar dari yang dibayangkan. Terus cuba bertahan selagi ada daya dan upaya kerana DIA ada. DIA yang sentiasa mendengar doa hamba...

Change Of Heart

Imej
Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Terasa seperti makin jauh dengan dunia, berbulan-bulan aku mengurung diri, menjarakkan diri dari dunia yang aku rasakan bukan dunia aku. Saban hari aku bertanya, aku mempersoalkan, kenapa aku di sini? Bagaimana aku sampai ke sini? Bahagiakah aku? Dalam perjalanan mencari jawapan kepada tiap persoalan itu, aku mula sedar, aku dah kecewakan ramai orang. Aku dah melukakan hati mereka yang sayangkan aku. Aku dah jadi terlalu mementingkan diri. Aku hidup hanya memikirkan aku, aku lupa mereka yang ada di keliling, aku lupa yang namanya tanggungjawab, untuk diri dan untuk mereka-mereka. Aku dikata tidak matang, aku terlalu mengikut hati, terlalu kebudak-budakan. Aku memberontak kerana label itu, panggilan itu, aku begitu keras hati, gelap mata, aku cuma nampak aku dan diri aku. Hakikatnya, semuanya benar belaka. Heh! Such a selfish person I am. Self centered. Ini ke si gadis yang begitu menjunjung kasih sayang, kehormatan dan keluarga? Sudah beru...