Hatiku Tertinggal Di Labuan

Assalamualaikum semua.. Sudah agak lama aku tak mengupdate blogku ini.. Well, here's my first post after "bercuti" for quite a long time..


Aku telah ke Labuan pada 28hb Februari yang lepas dan selamat pulang ke Semenanjung pada 14hb Mac yang lalu.. Aku ke sana bersama-sama rakan-rakanku yang seramai 19 orang. Kami ke sana atas tujuan untuk menjalankan Community Residency Programme. Banyak pengalaman yang aku timba, ramai orang yang aku jumpa. Apa yang boleh aku katakan, Labuan memang best..


Walaupun hanyalah sebuah pulau yang kecil, dan hanya dengan satu jam sahaja kita boleh round satu Labuan, ditambah lagi dengan cuaca yang amat panas, tetapi aku telah jatuh cinta dengan pulau ini.. Pada awal kedatangan aku, aku ingin sahaja cepat-cepat menyelesaikan CRP aku ini.. Namun, di saat-saat aku ingin meninggalkan pulau ini, aku merasa sebak. Aku rasakan Labuan tempat yang sangat cocok untuk insan seperti aku yang tidak sukakan hiruk-pikuk suasana kota..


Macam-macam tempat yang aku lawati. Kampung Air, Taman Botani, Taman Burung Labuan, Chimney, dan banyak lagi.. Aku bercadang selepas sahaja aku tamat bertugas sebagai pegawai perubatan siswazah aku ingin memohon untuk menjadi pegawai perubatan di sana.. Labuan, tunggu kedatangan aku ya..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T