Malaysia Airlines! Bawaku Terbang!
Assalamualaikum!! Rasanya bila tanya rakyat Malaysia, tak kira kecil besar tua muda, mesti tahu dan kenal apa itu Malaysia Airlines dan siapa mereka. Betul tak? Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia dan terkenal di merata dunia. Syarikat penerbangan ini mula bertapak sekitar tahun 70an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Mereka berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Pada akhir tahun yang sama, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline / Penerbangan Malaysia. Sejak dari itu, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden. Penerbangan Malaysia juga dipilih sebagai sepuluh penerbangan terba...