Jatuh Cinta Habis Dengan #HidayahMuRamadan
Assalamualaikum. Salam kedua Ramadan. Apa macam? Puasa okay? Alhamdulillah kalau semuanya baik-baik, okay-okay saja. Okay, kan dah janji nak update selalu blog yang dah lama dibiarkan bersawang ini kan? Jadi, tergerak pula tangan nak update tentang satu dama baru yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 ini. First of all, aku jarang layan drama Melayu. Selalunya aku download dan simpan saja. Ada masa ada mood baru tengok. Tapi kali ini, lain pula ceritanya. Drama ini ditayangkan pada hari Selasa hingga Khamis, pukul 10 - 11 malam. Ikutkan hati, nak suruh TV3 tayang Isnin sampai Jumaat, lagi best. Haha. Tapi memang aku tak sempatlah nak follow jadual rancangan ini yang sebenar dekat TV, so aku akan download dan tonton. Konon nak simpan dulu, ada masa baru tengok. Sekali tengok episod pertama terus melarat follow sampai episod latest. Senang kata, memang dah jatuh cinta habis dengan HidayahMu Ramadan. Drama bulan Ramadan memang best-best kan selalunya? Kredit gambar kepad...