Kuat
Nama aku Nur Farhana. Cahaya Yang Riang Gembira, makna di sebalik namaku itu. Aku telah jatuh. Jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam. Sangat, dalam. Gelap. Tak kutemui walau sedikit sinar yang mampu menuntun aku keluar. Apatah lagi tangan yang mampu menarik aku keluar dari gelap dan dalamnya lubang itu. Terus aku duduk. Hari ke hari. Memandang kosong dinding yang mengelilingi. Aku jadi putus asa. Aku tak lagi berusaha. Berusaha untuk bangkit dari jatuh. Berusaha untuk keluar dari dunia gelap yang sudah aku terbiasa. "Mak abah namakan awak Nur Farhana, maknanya Cahaya Yang Riang Gembira." Terjaga aku dari lena. Ya, aku adalah Cahaya Yang Riang Gembira. Sinar itu memang sudah ada sekian lama dalam gelap. Sinar itu sinar yang pudar kerana tiada gilapnya. Tapi, sinar itu tetap ada. Aku kena kuat. Aku kena kuat. Aku kena kuat. Tiada tangan yang mampu menarik. Tiada sinar selain sinar yang ada dalam diri. Tiada o...