Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Kecenderungan Yang Berubah

Imej
Assalamualaikum.. Sedang menikmati sisa-sisa cuti sehari yang masih ada ini.. Kemalasan dah mula terasa.. Walaupun kadang-kadang ada rindu yang menyapa.. Rindu pada pesakit-pesakit yang setia mendiami wad 3-4.. Dulu pernah aku kata, macam mana minatnya aku pada bidang psikiatri sehingga aku tanam hasrat ingin menyambung pelajaran dan menjadi seorang Pakar Sakit Jiwa a.k.a psychiatrist.. Adakah aku dah berubah? Hmm.. Masih lagi ada hasrat dan impian ke arah itu, cumanya semenjak dua menjak ini, ada terasa kecenderungan aku ada sedikit perubahan.. Aku mula sukakan orang-orang tua.. Kebanyakan pesakit yang ada dalam wad 3-4 terdiri daripada pakcik-pakcik dan atuk-atuk.. Satu benda yang menarik adalah orang-orang tua sangatlah sensitif.. Perlu pandai mendekatkan diri dan cuba rapat dengan mereka barulah mereka akan merasakan kita sebahagian dari keluarga mereka.. Cabang dunia perubatan yang melibatkan diri dengan golongan-golongan veteran disebut sebagai GERIATRI...

27 November 2012

Imej
Assalamualaikum.. Hmm.. Tak sangka masih lagi berdiri teguh dan menghirup udara pada tanggal 27hb 2012.. Satu lagi tarikh baru pada tahun 2012.. Tahun ini mungkin tak seperti tahun-tahun yang sudah, banyak  yang dah berubah.. Tahun berganti, usia bertambah dan manusia juga kadang turut ikut berubah.. 27 NOVEMBER 2010 27 NOVEMBER 2011 2012? Hmm.. Mungkin tak seperti yang sudah-sudah.. Mungkin tahun ini tiada apa yang termampu ditulis dan diucap.. Cukuplah sekadar mengingati kembali apa yang pernah dicoret dulu pada tarikh ini.. Yang dah berlalu tetap akan berlalu.. Kenangan akan selamanya jadi kenangan.. Ucap selamat tinggal pada kenangan dan terus sabar menantikan hadirnya satu senyuman baru, satu lembaran baru.. Berterima kasihlah pada kenangan untuk segalnya yang manis dan indah.. "Encik, selamat hari lahir.. All the best in life.. Take care.." Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..

Sudahi Perih Ini

Imej
Assalamualaikum.. Lama aku tak menghirup udara dunia maya, dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Dunia yang sekarang terasa makin malap makin hilang sinar dan serinya.. Entah ke mana.. Bila dicongak-congak, sudah beberapa hari aku tinggalkan Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).. Ada rindu yang menyapa.. Mungkin kerana hati meronta bila berada di Jabatan baru ini.. Officially entering Medical.. A department where you'll learn the real meaning of "hectic life".. Perasaannya tidak seperti ketika aku mula-mula memasuk Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan.. Perasaan tidak suka dan ingin lari kali ini lebih menebal.. Tapi apakan daya.. Mungkin kerana ini bukan apa yang jiwa aku inginkan, maka setiap apa yang aku buat ianya menjadi serba tak kena dan wujud perasaan tidak suka.. Bersama dengan kesihatan yang makin hari makin teruk dan merosot, tambah lagi dengan hancur runtuh luluhnya jiwa dan emosi, motivasi dan kelangsungan hidup yang aku ...