Another Chapter
Assalamualaikum.. Tarik nafas panjang dan dalam.. Bersyukur pada DIA masih lagi sihat dan bernafas di bumiNYA ini.. Hari ketiga telah berakhir dan hari keempat pula akan menjengah esok.. Hari keempat bergelar penjawat awam.. Bersyukur juga tak terhingga kerana ditempatkan di Hospital Melaka.. Walaupun dalam diri masih berperang, tapi paling tidak ada mak abah dekat denganku untuk jadi tiang dan sokongan, manalah tahu ada saat dan ketika nanti aku mungkin terjatuh tersadung, mereka ada untuk aku.. =) Hospital Melaka dan rumahku syurgaku ibarat tanda arah di bawah.. Bertentangan saja duduknya.. Kalau memandu memang tak sampai 5 minit.. Harapnya dapat terus teguh berdiri.. Mudah-mudahan.. =) Okay! Ini hanya selingan.. Lewat petang tadi, aku menghadiri satu ceramah tentang keselamatan dalam pekerjaan.. Penceramahnya seorang jejaka lewat 20an barangkali.. Saat dia masuk, aku cukup terkejut.. Wajahnya, senyumnya, seiras sungguh dengan seseorang.. Walhal seseorang itu tak per...