Encik, Selamat Hari Lahir
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad.. Tanggal 1 Muharram 1433 H.. Bersamaan 27 November 2011.. Salam Maal Hijrah buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot? Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aku takdir dia, kami berkenalan dan menjadi sahabat.. Bila dicongak-congak, rasanya perkenalan dan persahabatan ini sudah mencecah 2 tahun setengah.. Syukur.. Sepanjang mengenalinya, bagi aku dia seorang yang misteri, kadang pelik, dan tak banyak berbicara dan bercerita pada awalnya.. Makin lama mengenali dia, baru aku tahu apa makna loyar buruk dan kartun yang sebenarnya.. Seorang yang selalu bikin aku tersenyum dan marah pada waktu yang sama.. Perkara-perkara yang paling aku ingat berkaitan dengan dia dan sampai bila-bila pun aku takkan mungkin lupa, PERTAMA, "salam doktor" dan KEDUA, "selamat ...