Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Ramadhan Tiba

Assalamualaikum. Pejam celik dah jejak kaki kita ke bulan penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan. Puasa pertama dah pun selesai, masuk pula kita ke hari kedua. Macam mana dengan hari pertama? Masih okay dan fresh? Haha. Nasiblah hari pertama puasa adalah pada hujung minggu, bolehlah adapt perlahan-lahan. Bukan apa, tengah duduk terbayang-bayang macam mana bulan puasa waktu hari bekerja. Maklumlah kita ni pergi kerja jalan kaki, redah jejantas tinggi melangit. Semput jugalah. Hmm. Satu cabaran yang lain puasa kali ini. Kita tengok nanti minggu depan, macam mana kita adapt. Who knows the fat will burn much more effectively. Haha. Bulan puasa pun jadual kerja dah berubah sikit, masuk kerja 7.30 pagi, balik kerja pukul 4. Hoyeah!! Boleh balik masak untuk berbuka. Menjelang bulan puasa tahun ini, banyak juga berita sedih aku baca. Ramai yang kehilangan orang yang mereka kasihi. Aku tumpang berdukacita. Untuk Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, takziah sekali lagi atas pemergian All...

Personaliti? Enneagram Test

Assalamualaikum. Esok dah Jumaat. Lusa dah nak puasalah. Salam Ramadhan buat semua. Selamat menunaikan ibadah puasa ya. Jangan sibuk fikir nak raya pula. Haha. Aku pun baru balik dari outstation, tak out sangat pun, dalam KL juga. Tapi memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bila dapat melawat ke hospital. Sebagai "personnel" yang berlainan dari sebelumnya. Haha. I'm starting to love this job more and more. Entahlah, rasa macam suits dengan personaliti diri aku. Oh, ya. Personaliti. Haha. Aku sebenarnya sangat suka buat ujian personaliti. Lagi best kalau dapat buat dengan individu yang pakar. Tapi bila tak ada peluang tersebut, aku lebih suka cari online personality test. Antara yang popular dan aku dah cuba adalah Myers and Briggs Personality Test dan Enneagram Test. Cubalah google, bersepah-sepah kot. Apa yang aku suka tentang personality test, dia buat kita kenal lagi rapat dengan diri kita sendiri. Dan selalunya, apa keputusan yang keluar, untuk ...

Salah Erti

Imej
Assalamualaikum. Susah kan bila perlakuan dan niat kita disalah ertikan? Kita buat begini dengan niat begini, tapi orang lain fikir kita ada niat yang begitu. Hmmm. Sabarlah hati. Pesan dekat diri sendiri berkali-kali, jadilah orang yang hati besar, yang sentiasa memahami, yang sentiasa fikir positif, yang boleh maafkan dan melupakan, yang boleh akui bila ada silap. Biar orang buat kita, kita kena sentiasa hormat orang. Ingat satu perkara, Allah selalu ada. Doa dan minta pada DIA. Dan, sabar. Selamat malam semua. Assalamualaikum. P/S: Don't be childish.

Love In The Shadows

Imej
Assalamualaikum. Ops! Bukan Neil Sedaka ya. Haha. Saja bubuh tajuk yang lari sikit dari content. Sikit sajalah. Kekeke. 2 entry berderet, bukan apa, tak boleh nak tidur sebab dah banyak tidur pagi tadi. Cutilah katakan. =p Siapa suka dengar lagu-lagu Cakra Khan? Aku pun! Suka suara dia. Hehe. Dan lagu baru dia ini tak terkecuali. Touching habis sebab lirik dia macam tersangkut sikit dengan diri sendiri. Sikit saja, sikiiittt sangat. Haha. Layankan sajalah Labu. Selamat malam sekali lagi. Heee. Assalamualaikum. CAKRA KHAN - KEKASIH BAYANGAN [KREDIT LIRIK DI SINI ] Padamu pemilik hati yang tak pernah ku miliki Yang hadir sebagai bagian dari kisah hidupku Engkau aku cinta dengan segenap rasa di hati Slalu ku mencoba menjadi seperti yang engkau minta Aku tahu engkau, sebenarnya tahu Tapi kau memilih seolah engkau tak tahu Kau sembunyikan rasa cintaku Di balik topeng persahabatanmu yang palsu Kau jadikan aku kekasih bayangan Untuk menemani saat kau merasa ...

Rasa Campuran

Imej
Assalamualaikum. Dah nak pukul 6 oii. Tapi belum boleh balik lagi. Kerja melambak lagi. Saja try test update blog dekat office. Haha. Sambil menyambil orang kata. Tadi singgah Quill Mall. Ternampaklah benda kesukaan aku - KEDAI ROTI. Aku memang kaki roti. Suka gila. Rambang mata kalau masuk 3 kedai, kedai roti, kedai gadget, kedai buku. Haha. Tapi make sure, dah mencekik berjenis-jenis roti, lari-larilah sikit ya bakar apa patut. Aku pun semenjak pindah KL, lately baru nak mula exercise balik. Raya nak kurus!! (Impian 5 tahun lepas eh) Oh! Balik pada cerita kita tentang rasa campuran. Satu kepantangan aku, bila roti yang aku beli, roti yang manis, tiba-tiba dia rasa sos, dia rasa sambal, memang terbakar jugalah. Haha. Sebab bagi aku roti manis bercampur dengan rasa selain dari yang manis, it's a big NO NO!!! Rasa macam "meh". Tahu tak "meh"? Haha. Okay, itu aje nak conteng dan bebel. Haha. Tata titi tutu. Assalamualaikum.