Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Pelan

Imej
Assalamualaikum. Wah! Hari ini genaplah sebulan aku bekerja di sini, sebuah keluarga kecil yang penuh dengan kasih sayang dan gelak ketawa yang tak sudah. Haha. Sebabkan tak ramai, jadi dah rasa macam satu keluarga. Happy!! Jadi homesick tak rasa sangat. Masing-masing gila-gila, sempoi, rajin bawa makanan, senang kata macam betul-betul rasa satu famili. Pergi kerja pun melangkah dengan kaki yang ringan, hati yang happy. (Walaupun hakikatnya mengah naik jejantas) Haha. Oh, sebenarnya bukan itu cerita yang nak diborakkan untuk hari ini. Kekeke. Semenjak mula bekerja dekat sini, aku pun mula jugalah belajar soal-soal pengurusan kewangan. Dalam hati timbul niat nak cari kerja part time waktu cuti hujung minggu. Nama pun duduk KL kan, macam-macam kerja part time sebenarnya yang kau boleh cari. Jadi babysitter, cleaner, waiter, cashier, cikgu tuisyen, exhibition helper, personal shopper dan macam-macam lagilah. Aku pun mulalah belek portal sana sini. Cari mana yang aku rasa ngam

Beautiful

Imej
#NowListening GB9 X HA DONG QN - BEAUTIFUL P/S: Eh! Ini bukan Beautiful dari Crush okay. Bukan Goblin. Kekeke. Been listening to this the past few days. A meaningful song. Beautiful. :') BEAUTIFUL I’ve been crazy for a while I will hate you more for a long time. Beautiful Beautiful Beautiful Beautiful You’re my love The two eyes of you who said love and oh You and my night you never knew Beautiful Beautiful Beautiful Beautiful Good bye Love you Love love you We were sick and foolish and foolish Yes it was love Oh love you Love you love you I loved and hated them differently. It was a love that was so beautiful. Maybe we do not know each other I do not know if I have more expectations. Beautiful Beautiful Beautiful Beautiful Goodbye Love you Love love you We were sick and foolish and foolish Yes it was love Oh love you Love you love you I loved and hated them differently. It was a love that was

Appreciate

Imej
Assalamualaikum. 25hb Mac. 2 hari lagi genaplah sebulan aku duduk di KL dan mencari rezeki. Syukur alhamdulillah atas segalanya, semoga ianya berterusan. Seronok dengan kerja sekarang, impian untuk hala tuju kerja ini pun aku dah tanam, moga-moga dipermudahkan segala urusannya dan tercapai segala yang dicita-citakan. Eh! Kenapa tiba-tiba cerita pasal berkat? Hehe. Dah tentulah sebab dah nak gaji. Hmm. Walaupun gaji tak macam kerja sebelumnya, tapi aku sentiasa ingat pesan seseorang, gaji besar ke kecil ke, itu bukan benda yang penting, tapi keberkatan dari rezeki itu sebenarnya yang paling bermakna. Sebab itu ada kadang-kadang kita dengar, gaji besar tapi rasa tak cukup. Ada yang gaji sikit tapi kita nampak hidupnya sentiasa cukup. Itulah keberkatan rezeki namanya. Aku dulu pun begitu. Duit tak tahu ke mana, rasa macam kosong. Duit gaji kadang rasa macam tak cukup. Hmm. Perubahan dalam hidup aku banyak ketuk kepala aku, beri aku sedar dari lena dan mimpi yang panjang. Aku

Prayer

Imej
Assalamualaikum. Salam Isnin! Oh, salam Selasa pun boleh. Haha. Dah masuk minggu ketiga kerja. Overall, kehidupan sekarang agak best. Walaupun adalah sedikit dugaan itu ini, tapi itulah yang mendewasakan, iya tak? Sambil duduk gosok kepala, layan pening kepala buat report hospital yang melambak, terclick pula NEW POST dekat Dashboard blogger. Haha. Gian nak menulis, tapi bila balik kerja mesti penat, dekat rumah pun report kena siapkan, jadi blog pun entah ke mana. Balik kerja petang tadi, jenguk-jenguklah Facebook kejap. Terperasankan post dari seorang junior tentang bisnes Wedding Planner beliau yang tengah rancak di Sabah. Beliau upload pelamin untuk sebuah majlis yang baru-baru ini mereka usahakan, fuhhh!! Memang fuh sajalah!! Warna pelamin impianku. Haha. Lepas itu aku pun kongsikanlah dalam group Whatsapp famili. Berserta caption, "Cantik kan? 2 tahun lagi. Tunggu!" Kah kah kah. Terus kena Wuu Wuu dengan adik aku. Well, walaupun kita tak ada calon d

Keep Calm

Imej
Assalamualaikum. Rasa nak menulis asyik datang, tapi sebab baru sangat pindah ke Kuala Lumpur, banyak hal nak diuruskan. Pening mak! Haha. Bila kira-kira dengan jari, aku dah secara rasminya bernafas udara Kuala Lumpur genap 8 hari. Esok dah 9. Hoho.  Hmm. Apa halangan dan cabaran yang ada eh? Macam-macam. Untung seorang yang coward dan paranoia macam aku, hidup di Kuala Lumpur memang satu cabaran besar untuk aku. Bila kena jalan dari rumah ke tempat kerja yang berjarak 600 meter, aku jadi sangat suspicious dengan semua orang di keliling aku. Jantung berdebar tak payah cakaplah. Takut, sangat takut. Mungkin sebab dah dimomokkan dengan macam-macam cerita. Tak apalah, lama-lama nanti biasalah kot, kan? Hehe. Dulu ingat nak beli pepper spray, tapi mahal pula. Kekeke. Kita pakai payung hujung batang besi ajelah. Kui kui kui. Rumah pun satu cabaran masa minggu pertama duduk di sini. Masa dekat Melaka, aku dah deal dengan seorang adik untuk tengok bilik dekat Bandar Baru