Kalaulah Boleh Aku Jadikan "Budak Kuman" Itu Milikku..

Salam petang Ahad untuk semua.. Minggu ini minggu yang menunggang-langgangkan hidup aku.. Betul-betul bikin aku pening kepala tak sudah-sudah.. Nak diluah pada orang, menambah beban orang pula.. Luah sajalah pada blog.. Paling tidak pun ada kamu kamu semua yang membaca.. Ekeke.. Aku tak punya banyak masa untuk menulis dan blogwalking, nantilah bila hidup dah kembali stabil..



Aku adalah pengguna Lifebuoy Body Wash yang tegar.. Kegemaranku Lifebuoy Biru.. Pagi tadi, masuk bilik air, dituangnya sabun itu di atas tapak tangan, boleh pula aku gelak tak henti-henti tiba-tiba.. Hilang sekejap stress dan masalah yang mengasak kepala otak..




Gelak sebab teringatkan iklan Lifebuoy yang hari-hari dok tayang di televisyen.. Budak kuman yang menyakitkan hati.. Seriously, aku rasa adik itu sangat annoying okey.. "Tahu deh kamu makan itu apa? KUMAN!! KUMAN!!" Wakaka.. Aku pun tak berapa ingat biji butir kata yang dituturnya, iklan dari Indonesia rasanya.. Budak kuman yang sakitkan hati tapi lawak memang tak hengat..





Tak sangka budak yang menyakitkan hati yang ada di setiap hari kita, mampu menggembirakan dan menceriakan hari-hari suram kita.. Heeee.. *sambung ayat dengan tajuk entry di atas.. ekekeke..*


Haih.. *satu keluhan panjang* Kadang-kadang kita tak sedar, orang-orang yang selalu ada dengan kita, yang mana kita dah terbiasa dengan kehadiran dia saban hari itulah yang sebenarnya "make our day".. Kita tak sedar sebab kita terlalu memandang di kejauhan.. Bila hilangnya satu hari nanti, tersedar pun dah tak ada guna.. Huhu.. Salam hujung minggu semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Terima kasih sebab menceriakan hari tunggang-langgang ku.. =)

Ulasan

sukiminna berkata…
ei dokter..sabun kamu tu lembab ke ape..?
@sukiminna Haha.. Senget laa ko abang angkat.. :p
Tukang cerita berkata…
nak tnya solan serupa dgn kat atas...
hahahahhahha...lucu iklan tu....
:)
Tanpa Nama berkata…
rhapsody lin : (mls nk sign in) hehe..

lin ske tgk iklan cadbury chocolate tu. yg maen2 kening mcm ape je..

hehe..
zulkbo berkata…
salam bertandang di hari minggu
yang ceria..moga sihat di samping
tersayang...mak aihh besonya mulut?hu hu..

جزاك اللهُ خيراً
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
tibe2 teringt iklan budak2 pasal cuci tangan...

~ kuman..kuman..~
ISZA berkata…
pemerhati yang bagus :D
hans berkata…
hahaha
budak tu last2 malu kan
orang lain semua guna lifeboy
ekekeke


den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis
uuuuuuuuuuuuuuuuuu.

ni iklan ke. nampak sgt aku tak tengok tb :(

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.