He's Younger Than You

Tajuk yang sinonim dengan tajuk entry Encik Adziim Mimpi cuma dipersembahkan dari kaca mata seorang wanita.. Entry She's Older Than You boleh aku katakan menarik dan setiap apa yang dikupas oleh Encik Adziim tepat dan kena pada sasaran.. Satu-satu dibangkitkan dan dijelaskan.. Erm.. Encik Adziim kini kerap bicara soal itu ya.. Ehem ehem.. Ada apa-apa ke? Katanya KIV dulu.. Nasib baik KIV dan bukan no komen.. Ngee..


Apa-apa pun, mahu ucapkan ribuan, jutaan terima kasih yang sangat banyak untuk Encik Radiographer ini atas bahan-bahan rujukan yang diberi.. Thanx a lot.. Dah ku go through satu persatu, sangat berguna.. Sehingga mendapat permintaan di kalangan rakan-rakan kelas yang lain.. Hik hik.. Terima kasih ya atas bantuan kamu.. Ekeke.. Inilah manisnya berblogging.. Apa yang ada dikongsi bersama.. Tettt!!! =p





Entry ini berdasarkan pandangan wanita-wanita di sekeliling aku, kawan-kawan aku dan juga mak dan makcik aku.. Tidak termasuk aku sebab aku NO KOMEN!! Muahaha.. =p


Pernah aku bicarakan tentang ini bersama teman serumah, menyentuh soal adik perempuanku sendiri yang bercinta dengan lelaki muda 2 tahun darinya.. Usia adikku? 21 tahun.. Senang cerita, aku sebagai kakak memang tak galakkan adik aku bercinta, umur baru 21 kot.. Tapi dah cinta itu bukan boleh kita paksa-paksa, nak tahan nak halang nanti apa pula dikata.. Apa yang boleh, dipantau saja gerak gerinya..


Aku tak halang hubungannya dengan lelaki muda.. Cuma yang aku pertikaikan adalah usia lelaki itu.. Ini hasil perbincangan bersama rakan-rakan wanitaku yang rata-rata berusia 23 - 27 tahun.. Masing-masing katakan, lelaki-lelaki muda terutama sekali lingkungan usia bawah 20an, rata-rata, aku ulang sekali lagi, rata-rata dan tak semuanya bukanlah serius dalam perhubungan.. Lelaki di usia ini, selalunya hanya suka-suka dan tidak ada kesediaan.. Yup.. Kata kunci pertama kita.. KESEDIAAN.. Seerti jugalah dengan komitmen.. Dunia mereka dalam usia seperti itu adalah rakan-rakan dan lain-lain tapi tidak wanita atau satu hubungan yang serius.. Dan aku boleh lihat sendiri rata-rata rakanku yang bercouple semasa Matriks, hubungan mereka tak kekal lama.. Betulkan aku jika aku silap..





Pada satu malam waktu aku bercuti beberapa hari dan pulang ke Melaka.. Aku duduk berborak dengan mak dan Mak Teh aku.. Soal percintaan dengan lelaki yang lebih muda.. Ngee.. Aku dan mak semenjak dua menjak memang suka bicara soal-soal begini.. Menarik okey untuk dengar pandangan orang veteran tentang soal perhubungan.. Mak Teh adalah adik mak dan baginya, tiada masalah langsung.. Sebabnya Pak Teh juga lebih muda darinya.. Kata Mak Teh, soal hubungan, usia tak main peranan sangat dan cuma angka saja.. Kalau hati kita ikhlas mencinta, kita akan pastikan kita cuba sehabis daya untuk memastikan kelangsungan sesuatu hubungan.. Masalah bukan halangan.. Saling memahami dan hormat itu asas untuk bina bangunan kukuh.. Dan boleh diaplikasi untuk setiap jenis perhubungan.. Ngee..


Mak aku? Haha.. Mak berpendapat, kurang yakin dengan lelaki yang lebih muda sebab selalunya kurang matang.. Pandangan orang tua-tua, begitulah selalunya.. Kadang-kadang terikat dengan stigma masyarakat.. Kan?





Macam kata Encik Adziim di perenggan akhir beliau, kalau benar-benar cinta, go for it.. Kalau ikutkan memang banyak benda yang otak kita nak fikir, risau pandangan oranglah, yang perempuan rasa rendah dirilah, yang lelaki mungkin segan kalau digelakkan kawan-kawanlah.. Memang macam-macam ada.. Well.. Tapi orang kata, kalau hati dah betul-betul cinta, you should just go for it.. Kebahagiaan kita, bukan kebahagiaan orang lain.. Betul tak? Heeee.. Okey semua.. Till here.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Pssttt.. Encik Adziim terjebak ek? Ekeke.. =p

Ulasan

Ibu Ammar berkata…
umur cuma nombor. ada juga lelaki yang lebih tua dr kita tapi tak matang juga dan tak faham komitmen juga.... so, pandai2lah menilai.
betul²...umo cuma angka...yg penting komitmen antara satu sama lain....dan boleh terima satu sama lain seadanya...takde masalah rasanya

*wah tetiba nikan...ader kene mengene ke? teeetttt!!!!
zulkbo berkata…
salam..
ermmm..kisah cinta yek..
tak mboh campo lah...larikkk!
la la la..
Shahada Fauzi berkata…
erkk..toink!! terkena entri ini dengan diriku..hak3..

ye..saye bercintan cintun dengan lelaki yang berusia lebih muda 2 tahun dari umo saya..hek3..alhamdulillah masih bertahan..sudah 5 tahun..doakan berkekalan sehingga bernikah dan terus berpanjangan sehingga akhir hayat..amin..
Hizami Li berkata…
hehe.
that's so true.
tak penting umur tu.
kalau dah jodoh tak ke mana.
;D
PuanPepel berkata…
kalau cinta n serasi...

teruskan ajek..

umur?
bukan penghalang.....

:)
chokio_nia berkata…
ahahaha..kalo ko pon terjebak ngan cinta begini, bgtau akulah..setakat aku masih tak penah..ouh kalo si dia muda bulan penah lah..tp aku harap nak cr yg lagi tualah..erk??haha
ciK LyndaWawa berkata…
salam....

huhu..ex bf saya lagi muda dari saya.
even dah break, tp kmi tetap baik.

http://lyndawawa.blogspot.com/
ISZA berkata…
ada pro and kontra..
melalui pengamatan di sekeliling..
semuanya bergantung kepada kematangan individu itu sendiri
umur bukan 100% tanda kematangan
Menderas berkata…
Nabi 25 tahun, kahwin dengan Khadijah 40 tahun, hmmm, lagi jauh muda..
Tanpa Nama berkata…
x sokong!!!!
Adziim berkata…
Ngeh..ngeh~
Trimas2 bgi link. dpt gak visitor.

Saje KIV, nmpk cam seronok skit.
Jwpan no komen ni cm artis r plak.
:p
PEREKA CERITA berkata…
wah... terbaik.. tapi percinta lah membuatkan kita lebih cepat matang.. kalau nak bercinta usia muda kena la berpada pada. jgn melebihkan cinta dari yg lain.. xpasal2x timbul byk jenayah dan masalah
Whoopz berkata…
Doc ada skandel ngan lelaki muda? :p
et berkata…
oh.adik saye pon macam tu jugak.^^

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.