Bila Dia Kata Sayang, Dia Kata Cinta.. Tak Reti-Reti?

Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat.. Malam yang penuh dengan stress dan ketidakseimbangan hormon buat aku.. Rasa nak jerit.. Sabar.. Sabar.. Hmmm.. Entry ini lama dah terperap dalam draft, tak pernah habis dikarang.. Dokter Chenta dah lama tak bicara pasal cinta, rasa kekok sikit.. Petang tadi baca entry adik angkat tersayang tentang BAHASA PEREMPUAN, tergerak hati mahu respon pada entrynya.. Dan keluarlah semua entry ini, jenuh aku korek dalam draft.. Ekeke..





Apakah perasaan anda, bila dengan segala rasa hormatnya anda beralah dengan pasangan anda, and buang Encik Ego anda jauh ke Afrika Selatan, bagi Encik Ego tengok World Cup LIVE di sana.. Anda suarakan rasa rindu dek kerana tak berjumpa tak kisahlah walau 10 saat saja.. Tapi rasa rindu anda itu tak berbalas.. Tiada kata balasan rindu.. Perasaan anda?


Apakah juga perasaan anda, bila dengan segala kehormatannya juga anda campak Cik Ego jauh ke angkasa raya.. Anda luahkan rasa sayang anda pada si dia, rasa cinta.. Saya SAYANG awak.. Saya CINTAKAN awak.. Tapi dibalas dengan HEHE.. BAIK.. SAYA TAHU.. Tiada balasan saya sayangkan awak juga..





Petikan ayat di atas aku ambil dari entry BAHASA PEREMPUAN.. Lihatkan? Kalau perempuan kata dia sayang kamu maknanya dia benar-benar maksudkannya.. Jadi apa perasaan kalau situasi di atas dialami? Aku yakin ramai pernah mengalaminya.. Tak kira lelaki atau perempuan.. Sebabnya?


1) EGO..

2) EGO..

3) Memang dia TAK ADA perasaan pada kamu.. Jadi, kena terima kenyataan dan mula BACK OFF dari hidup dia.. Betul tak?





Makanya nanti akan wujudlah golongan yang sukar melafaz kata cinta, kata rindu, dalam hati sayang tapi mulut berat nak luahkan.. Bagi aku, itu sangatlah tidak elok untuk satu hubungan.. Bagi aku apa yang kita rasakan perlu diluahkan, disimpan tak ada yang akan faham.. Kita bukan ada mata X-Ray boleh baca hati orang.. Ngee.. Aku rasa.. Aku pun macam dah tergolong dalam golongan mulut berat.. Ekeke.. Wah!!! Rindunya.. Sekian.. Assalmualaikum..



FOOT NOTE: Al Fatihah buat arwah Mohd Fadzali Mat Yacob, adinda kepada Cik Zati yang telah pulang ke rahmatullah pada 30 Jun 2010.. Moga rohnya dicucuri rahmat..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kalo lelaki kata syg cmne lak nk tau??huhu..ssh tul kalo guy yg pemalu..hurm..when we talk about love it so complicated..
rhapsody LiN berkata…
akak.. ade org komen kata lin doc cinta. haha..kite boleh bukak klinik sama2 ni! muahahha~
Hizami Li berkata…
alfatihah.

oh.
ego.
dan mungkin malu.
;)
rhapsody LiN berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibu Ammar berkata…
marilah kita main tarik tali, jangan obvious macam suka, walaupun hakikatnya mmg suka. hehe, cover skettt. ekeke
Nur Suaidah Bachok berkata…
erkkkk! malu lah nk kate "too" or "juga" kt belakang tuh >__<
Adziim berkata…
1. Ego
2. Ego
3. Memang dia xde perasaan.

4. Maybe we never take it seriously. It's just a small part in guy's life. We do appreciate friendship but not good in appreciating love.
dr itu! berkata…
wah! dr love la nie..

dahsat sungguh!
tp cik cahaya yang riang gembira tgh bercinta ke?

hehe
Nazz@Purple berkata…
betul..ego seringkali bt kita simpan je..tp mungkin kerana takut jika diluah..tidak berbalas..pasti sedih dan terluka sikit..jadi lebih baik simpan saja..
akira sendoh berkata…
al-fatihah..smga diletakkan antara golongan mukmin...

pandainya cik doktor ni mencari sbb..tp mmg tu la kebanyakan sebabnya kan??

"namun apa daya..diriku wanita..dan yang tinggal kini..kelukaan..tak akan ku jadi pengemis cintamu..akan ku buktikan..kepadamu.." ceh..pepagi da bg lirik lagu ella plak..hehe
Tanpa Nama berkata…
"bila kau kata kau sayang.. aku juga sayang pada mu" ceewaaahhh.. cam lirik lagu lak.. hehehe


my recent post:
apabila bintang tidak lagi bintang
pal7 berkata…
hana..
antara cinta dan kasih,
antara kasih dan sayang,
antara sayang dan suka,

*membuat pilihan adalah satu perkara yang sangat sukar..biar hati buat keputusannya..
Qhashirah Aynnur. berkata…
"Aina,aku sayang kau.Aku betul-betul rindu kau.Setiap malam aku cium gambar kau."

Gelak.Hahahahaha.

Yeah,saya ego.Ego saya lebih tinggi dari jaring basketball,juga bila rendah,lebih rendah daripada alas kaki.Once,ego saya dijinakkan,saya betul-betul sayang.Tapi bila di'liar'kan semula,no more,anymore.Sayang,tapi ego.Its me.Dingding.
Kuwe berkata…
alaa. steady laa. kena la main ego sikit. baruu sedap. heh heh.

i nak ego dengan u boleh?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.