Tom Cruise?

Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Entry pagi ini agak peribadi, punya pengajaran untuk direnung dan difikirkan.. Sebelum memulakan bicara, perlu pandang pada wajah Dokko Jin, belek dua tiga kali, baru datang aura nak mencoret dengan lancar.. Keh keh keh.. Dokko Jin, muka legend tapi hati cute sungguh.. Macam abah aku, Cikgu Abdullah, muka legend tapi hati banyak cute.. Selamat Hari Cikgu abah.. You're THE GREATEST LOVE and THE GREATEST TEACHER.. =)


Mari aku ceritakan satu situasi yang dipetik daripada sebuah filem Hindustan yang aku baru saja download 2 hari lepas bertajuk What's Your Rashee.. (lawak gila Priyanka Chopra) Situasinya adalah di antara seorang lelaki dan seorang wanita, bertemu atas sebab masing-masing mencari pasangan untuk berkahwin dan pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama yang dinamakan fasa perkenalan..

LELAKI : What's your hobby?

WANITA : Watching English films..

LELAKI : Ouh.. Who's your favourite star?

WANITA : Tom..

LELAKI : Tom!! Tom Cruise? *dengan muka excited gila*

WANITA : Tom & Jerry..

LELAKI : Ouhhh.. *Blur*

WANITA : You like Tom?

LELAKI : No.. I like.. Jerry.. *sambil menjawab dengan muka confuse*


Entah kenapa situasi itu buat aku berfikir.. Buat aku kembali mengingati kisah silam.. Situasi itu dalam kaca mata aku, cuba tunjukkan macam mana pentingnya komunikasi dalam perhubungan antara manusia.. Komunikasi boleh dilaksanakan dalam apa jua bentuk, percakapan, penulisan, nyanyian, email, sms, tweet, dan sebagainya.. Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini, komunikasi melalui percakapan adalah tersangat penting berbanding yang lainnya.. Melalui percakapan, kita boleh nampak lenggok tubuh, mendengar nada suara dan memandang kejujuran dari dua biji mata.. Jaranglah ianya mampu menipu manusia.. Sebab sedangkan yang nama penipuan itu pun kita boleh lihat menerusi percakapan..

Bila kita duduk, bercakap dan meluah, kita boleh bikin jelas tentang kedudukan sesuatu perkara.. Tapi itulah yang semakin kurang sekarang.. Komunikasi melalui cara selain dari percakapan yang kebanyakannya akan menuju kepada silap dan salah faham itulah yang banyak kita gunakan sekarang.. Lebih mudah dan senang kan..

Mungkin ada yang boleh faham apa yang aku cuba sampaikan jika pernah melalui situasi yang sama seperti aku satu waktu dulu.. Situasi yang sebenarnya adalah salah faham yang akibat daripadanya sampai kini kesannya tetap ada dan menjejaskan kehidupan aku dan pembelajaran aku.. =(


Ya.. Aku tahu di setiap berakhirnya ribut taufan akan hadir pelangi indah.. Itu semua orang kata.. Sekarang aku sedang meredah ribut dan taufan naik tongkang, doakan pelangi indah untuk aku muncul tak lama lagi ya.. =)

Entry terbaru Cik Lolly bertajuk "PERLU KE NAK BOMOHKAN AKU WAHAI HATI BUSUK SEKALIAN?" ini, buat aku termangu dan duduk berfikir sekejap.. Hati aku tertanya, orang yang nak membomohkan itu takkan tak ada rasa kasihan, atau jika mereka ada pertalian, takkan tak ada rasa sayang kepada orang yang nak dibomohkan sampai sanggu buat begitu? Hati manusia.. Mungkin marah dah terlalu dalam sampai kasih sayang dan kasihan pun terbenam dan tersembam.. *Sedih yang teramat*

Apa pun, jagalah kata peliharalah bicara biar elok, sebab orang kata, kerana mulut nanti badan kita juga yang binasa.. Ada masalah, ada salah faham, sit and talk.. Tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian.. Entry ini aku tuju untuk diri aku sendiri sebenarnya.. Haha.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Berapa banyak kali dah aku dengar MENCARI PENAWAR KASIH eh? It touches me down to the bottom of my heart.. =.=



Ulasan

Hime berkata…
eh..lelaki itu bukanlah tom cruise :P
kurus berkata…
setuju dik .. bicara biar elok .. komunikasi penting dlm hubungan .. selalu hubunga pincang kerana rosaknya komunikasi ..
farhana berkata…
Ohhhh saya suka lelaki korea itu.
Macho woooh! =)

Yup,komnikasi itu sangt penting dlm apa jua perhubungan Tiada komnikasi, pincanglah sesuatu hubungan t, dan yeah...silap2 boleh timbulkan salah faham.
mr.syazwan berkata…
penawar rindu da tiada sekarang penawar kasih ye

hahaha

windu3 lama x intai blog ni

=_=
Faaein Talip Roy berkata…
suka tgk muka song seung heon.. muka legend tapi hati banyak cute.. hehehe..

betul tu.. beza komunikasi dengan yg ada suara dan tanpa suara ni.. yang ada suara baru kita tau nada dia cam ne.. suka atau tak suka..

hmmm.. apa2 pun.. semoga pelangi indah itu akan menyinari hidup dokter farhana suatu hari nanti.. =]
Tanpa Nama berkata…
susah2 nak komunikasi dengan org
baik jd lone ranger cam aku
hehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.