Baby Faced Beauty

Assalamualaikum.. Seminggu dua yang lalu aku duduk membelek drama-drama Korea yang bakal ditayangkan nanti, hati terus terpaut dengan satu drama ini yang bertajuk Baby Faced Beauty.. Serta merta kepala otak teringat kepada "Baby Face".. Haha.. =p

Sebab utama tertariknya aku pada drama bersiri yang akan ditayangkan di KBS2 ini adalah faktor jalan ceritanya dan pelakonnya.. Dah lama sangat aku menantikan "comeback" Jang Na Ra.. Mula meminati beliau selepas The Successful Story Of A Bright Girl.. Gadis yang comel dan tetap maintain muda walaupun usia beliau kini dah nak hampir cecah 30.. Percaya tak? =)

Pelakon lain adalah seperti Choi Daniel, Kim Min Seo (yang melakonkan watak pelacur yang cantik dalam Sungkyunkwan Scandal) dan Ryu Jin.. Drama ini akan memulakan tayangannya esok!! Iaitu 2 Mei 2011.. Nasib baik website MEDIUM QUALITY akan provide download link drama ini nanti..









Sedikit sinopsis drama Baby Faced Beauty ini.. Sebuah drama romantik komedi mengisahkan seorang wanita bernama Lee So Young (Jang Na Ra) berusia awal 30an yang mempunyai wajah keanak-anakan dan disangkakan baru sahaja menamatkan pelajaran dan berusia 25 tahun.. Impiannya ingin menjadi pereka fesyen sehingga memaksa beliau menipu tentang umurnya semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan..

Seorang jejaka, Choi Jin Wook, berusia 27 tahun tetapi wajahnya menampakkan beliau lebih tua dari usia sebenar.. Seorang pewaris restauran terkemuka namun lari dari keluarga untuk mengejar impiannya sendiri.. Bagaimana nanti bila mereka bertemu? Ecece.. Ayat aku budget macam buat iklan TV.. Tapi expectation aku pada drama ini agak tinggi, dan harap ianya adalah best seperti dalam fikiran dan bayangan aku.. Hope so.. Dah lama sangat aku tak menonton drama Korea semenjak berakhirnya Secret Garden.. 49 Days ada dalam simpanan tapi tak tengok-tengok lagi walaupun orang kata menarik.. Mood Korea dah lama hilang.. Aku harap ianya akan kembali bila bermulanya tayangan drama ini nanti.. =)

Selamat Hari Pekerja.. Selamat bercuti semua.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : People said, age is nothing in a relationship. It's just a number. Ouh. Really?


Ulasan

iman berkata…
lol baru jek terbaca kat paper tadi pasal dis drama.waiting for it too.

age is actually nothing, but it cud be something jg esp when u hit something like this :

kawin next 4 years

for the gal it means : andartu

for the guy it means : his maturity age
MissFyzz berkata…
wah ! macam best je ..
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
alahai..lama tak layan cerita korean..kalu adik awe minat giler la dia..hehe
nora berkata…
tolong la sis,tolong jangan update pasal k-drama..

i nak exam ni.tension dah ni.aiphhhhh


:P
Syukri Mohtar berkata…
same la..tggu jugak drama ni..jang nara dah lame tak berlakon..dye buat comeback balik.
mr.syazwan berkata…
faktor usia tidak melambangkan apa2

ok tak itu moral value dia???

da masuk kesusteraan dah ni

ahahaha
hans berkata…
ingatkan cerita pasal K-Pop Malaysia tadi
hehehehehehe
Tanpa Nama berkata…
kalau aku ada baby faced cam pelakon tu kan. auwwww

nanti dah tgk review plak
Pink Lavender berkata…
blog walking!!!
suke giler tgk movie nih...
kdg2 blh jd emo tgk...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.