I Don't Know Why, You Make Me Cry.. Sepah Lagi Ke?

Assalamualaikum.. Salam hujung minggu untuk semua.. Eh.. Aku tak habis-habis lagi duduk demam abang-abang Sepah.. Asyik duduk putar lagu I Don't Know Why, You Make Me Cry, I Beg You Please On My Knee and lalalala.. Haha.. Kalau Sepah jadi penyanyi pun mesti best.. Especially Jepp dengan Shuib.. Sampaikan malam semalam dah update pasal Sepah dan lagu-lagunyapun, hari ini nak juga tepek lagi.. I like Sepah maa!! Ngee..

Tapi cukuplah layan lagu Boulevard nyanyian Kumpulan Sepah, hari ini kita cerita program kita pada hari ini.. Jom Jalan Jalan Cari Jodoh.. Eh.. Cari makan.. =)


Rancangan ini dah hampir seminggu lebih aku rancang.. Pergi bersama 2 orang lagi rakan sebilik dan bertolak lebih kurang pukul 3 petang.. Tak lama pun perjalanan, dalam 20 minit lebih dah sampai.. Selesai semua kerja yang patut dibuat di sana, terus menuju ke Yati Ayam Percik.. Eh!! Bukan di Kota Bharu, Kelantan ya.. Pergi ke cawangannya saja di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tak silap aku.. Sampai di restoran tersebut dalam pukul 5 petang.. Memang tak ramai orang.. Jadi apa tunggu lagi.. Okay, jom melantak!!


Tak ramai pelanggan, apa lagi, snap sana sinilah sebelum menunggu makanan sampai.. Makanan yang telah diorder, of course ayam percik perlu ada dalam menu.. Dah nama pun datang ke restoran Yati Ayam Percik.. Selain itu, nasi goreng dan juga nasi kerabu.. Kenyang dah aku, rasa macam Hippopotamus dah.. Masing-masing memesan Set yang berharga RM 8.90, ada nasi goreng dan ayam percik yang agak besar.. Jemput makan!!


Bila dah kenyang makan, jadi marilah kita membayar bil ya.. Jumlah keseluruhan untuk 4 orang adalah seperti yang tertera di bawah.. Eh!! Mana datang lagi seorang? Oh ya!! Sebagai kakak yang baik, kenalah bungkuskan nasi untuk adik ya.. Kakak siapalah kan.. Sweet sungguh!! Haha.. =p

Last but not least.. Nah!! Gambar tuan blog untuk anda semua ya.. Ekeke.. Overall komen untuk restoran Yati Ayam Percik, okay-okay sajalah.. Hee.. Jadi pada sesiapa yang nak jalan-jalan cari makan, agak-agak dah keluar gaji, bolehlah bawa satu family jamu selera di sini.. =)


Till here.. Selamat berhari Ahad pula.. Jaga diri semua.. Have a great day ahead.. I Don't Know Why, You Make Me Cry ini untuk anda semua.. Hee.. Assalamualaikum.. =)


Ulasan

Mohd Hazwan berkata…
macam sedap jerk ayam percik tu...
Nashays berkata…
tp xle lawan yg dekat kb punya..yg bangi ni boleh laa drpd mati kempunan :P
adrinaqamarina berkata…
tak tengok lagi mamat minggu ni!
Tanpa Nama berkata…
komen ko mcm x sedap jer
x nak ah
haha
black_mel berkata…
4 org=rm50++ not bad...bole try...nampak menarik....

p/s:dia nyanyi lagu ni masa bila?sblum lgu sheila majid tu?
faradeeba rosnan berkata…
i like sepah too! spoloh kali dah rewind diaorg punyer show.
hahaha leh geng nih.
hari tuh baru plan nk pegi kedai yati ayam percik tuh.
cm sodap jer nengoknyer. hehe
@Nashays Haha. Pastinya yang asli mesti lagi sedap kan. :)
@adrinaqamarina Tengok jangan tak tengok. Always the best. Heehee. :)
@Aimi dan Pakcik Hashim Haha. Ko Pakcik Hashim rupanya. Adessss. :p
@black_mel Nampak jek. Kene try dulu sendiri. Hahaha.

Haah. Lagu ni dia nyanyi sebelum. Masa awal-awal. :)
@faradeeba Haha. Best kan? Setakat ni Sepah paling konsisten. Tiap minggu dia best sebenarnya. Tapi sayang vote tak tinggi. Huhu. Boleh laa. Boleh cube. Hehe. :)
faizul berkata…
ahak... pengaruh sepah, ramai yg carik lagu ni kat youtube.. aku pun same..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.