Siapa Yang Rampas Kebahagiaan Siapa : Isteriku Zulaikha Bikin Mengalir Air Mata

Assalamualaikum.. Salam petang Khamis.. Esok dah Jumaat.. Lusanya dah bermula hujung minggu anda.. Heaven heaven.. Selalu kita cerita pasal drama Korea, filem Hindustan tak pun Tamil, kadang-kadang Thailand.. Tapi kali ini kita kembali semula ke negara kita yang tercinta yang sememangnya ada banyak juga drama dan filem yang berkualiti dan wajib ditonton.. Eceh ayat..

Mungkin aku agak terlambat menonton drama ini disebabkan di asrama tiada televisyen dan aku hanya dapat menontonnya itu pun selepas keluar versi yang boleh dimuat turun.. Ramai mungkin dah menontonnya tak lama dulu di TV9 dan aku pasti ramai yang bersetuju dengan aku, kalau aku kata drama ini adalah satu lagi hasil tangan produksi Shahrulezad Mohamedin yang boleh dibanggakan..

Kalau anda pernah menonton Kashaf Imani lakonan Beto Khushairy dan Sharifah Amani tak lama dulu dan anda menyukainya, anda mungkin juga akan menyukai drama ini.. Kashaf Imani memang best!! Wajib tonton..



Tapi di sini bukan nak cerita pasal Kashaf Imani, tapi nak cerita tentang drama bertajuk Isteriku Zulaikha yang TV9 sendiri dah 2 kali ulang tayang.. Bagi sesiapa yang belum tengok, tengoklah.. Bagi yang dah pernah tengok, tengok lagi jom.. Haha.. Tak rugi tengok.. Aku tak nak bagi bintang-bintang, korang sendiri tengok, korang sendiri letak bintanglah okay..

Isteriku Zulaikha mengisahkan kisah percintaan Abang (Ungku Ismail) dan Adik (Sharifah Amani) semenjak dari kecil lagi sehinggalah dewasa.. Abang berhasrat untuk melamar Adik namun mak Abang tak menyetujuinya kerana telah memilih Zulaikha (Noor Khiriah) untuk menjadi menantunya.. Setelah mendapat tahu berita itu, adik menghilangkan diri dan Abang terpaksa mengahwini Zulaikha atas kehendak ibunya.. 5 tahun berlalu, Adik kembali dan Zulaikha pula kini mengandung walau pada hakikatnya Zulaikha tidak dibenarkan mengandung oleh doktor.. Namun sayangnya dalam masa 5 tahun tersebut, dalam hati Abang masih belum punya cinta yang sepenuhnya buat si isteri ditambah lagi dengan kepulangan Adik.. Mereka menjalinkan semula hubungan dalam diam tanpa Abang sedar sebenarnya isterinya Zulaikha telah lama mengetahui rahsianya.. Dalam diam, Zulaikha cuba menyatukan kembali cinta Abang dan Adik yang dia rasakan telah dirampas olehnya..


Macam mana kesudahannya? Mungkin ianya boleh diagak, tapi cara pembawaan cerita Isteriku Zulaikha ini lain dari yang lain, buatkan ianya nampak menarik dan unik.. Lakonan ketiga-tiga teraju utama memang superb.. Eceh.. Padahal sebab aku minat dengan Ungku Ismail, semuanya nampak indah.. Keh keh keh..

Dialog yang paling aku suka, bila Zulaikha kata pada Adik, "Adik.. Adik kena ingat.. Bukan adik perampas kebahagiaan orang, tapi orang lain yang dah merampas kebahagiaan adik.. Akak percaya satu hari nanti, kebahagiaan itu akan pulang semula pada adik.."

Macam mana seorang isteri, boleh ungkapkan yang dirinya sendiri adalah perampas kebahagiaan kekasih suaminya.. Seriously, meruntun jiwa dan mengalirkan air mata.. Part paling last sekali, itulah kemuncaknya.. Aku rasa Kolej Ibnu Sina dah banjir kot malam semalam lepas aku tonton Isteriku Zulaikha.. =p


Okay.. Dah panjang dah bebel rasanya.. Aku bukan reti sangat pun buat review drama sebenarnya.. Haha.. Till here.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)


Nizam : Bos. Nanti kalau satu hari nanti, bos tak nak kan Zulaikha, bagi tahu saya.

Bos : Kenapa?

Nizam : Biar saya kahwin dengan dia.

Bos : Tapi kau tak cintakan dia Zam.

Nizam : Cinta. Bos, kalau dalam sekelip mata Tuhan boleh anugerahkan kita rasa cinta dengan pandangan cinta yang pertama. Tak mustahil bos, dalam sekelip mata juga Tuhan boleh tarik segala rasa cinta itu dengan seribu kebencian. Jadi apa kita nak megahkan sangat dengan rasa cinta tu. Itu bukan hak mutlak kita, itu semua hak mutlak Tuhan.


Ulasan

adrinaqamarina berkata…
isteriku zulaikah tu pernah tengok daaa.

kashaf amani tu je teringin nak tengok tapi tak sempat3 ag
Tanpa Nama berkata…
siapa pelakon zulaikha tu?
dia memang pelakon yg best... sayang kurang lawa so x dapat calon popular
syanabel berkata…
suka dialog last tu.. ramai jugak kata best cite ni, mesti tengok nanti..yeah!
Cikgu Fonik berkata…
Salam,

Klu citer Melayu, cite lawak dan seramnye best!
Cikgu Fonik berkata…
Salam,

Klu citer Melayu, cite lawak dan seramnye best!
hans berkata…
best ek?
teman dah lama tak tgok tv
nanti try usha la
lalink7 berkata…
mnarik jugaa ye citer niee..ade mmbe ade sbut tp xtau jln citer..tp skg dah tau mcm nak tgk plak..hehhe
~aSHa~ berkata…
wow hebatnye zulaikha.....camne ek nak jadi mulia sptnya..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.