Prayer

Assalamualaikum.

Salam Isnin! Oh, salam Selasa pun boleh. Haha. Dah masuk minggu ketiga kerja. Overall, kehidupan sekarang agak best. Walaupun adalah sedikit dugaan itu ini, tapi itulah yang mendewasakan, iya tak?

Sambil duduk gosok kepala, layan pening kepala buat report hospital yang melambak, terclick pula NEW POST dekat Dashboard blogger. Haha. Gian nak menulis, tapi bila balik kerja mesti penat, dekat rumah pun report kena siapkan, jadi blog pun entah ke mana.


Balik kerja petang tadi, jenguk-jenguklah Facebook kejap. Terperasankan post dari seorang junior tentang bisnes Wedding Planner beliau yang tengah rancak di Sabah. Beliau upload pelamin untuk sebuah majlis yang baru-baru ini mereka usahakan, fuhhh!! Memang fuh sajalah!! Warna pelamin impianku. Haha.

Lepas itu aku pun kongsikanlah dalam group Whatsapp famili. Berserta caption, "Cantik kan? 2 tahun lagi. Tunggu!" Kah kah kah. Terus kena Wuu Wuu dengan adik aku. Well, walaupun kita tak ada calon dan tak ada orang pun berkenan dengan kita, tapi apa salahnya kalau kita selalu sebut-sebut. Mungkin sebab aku dah jarang fikir ke arah ini, dan tak selalu sebut-sebut, jadi benda ini pun jadi makin jauh dari hidup aku. Haha.

Memandangkan dah masuk 30, kenalah rajin sebut-sebut, doa-doa, mana tahu ketemu jodoh, ya tak. Lepas itu kahwin. Bercinta lepas kahwin ke. Haaa. Gitu. Kita kena selalu sebut benda yang baik-baik, supaya jadilah yang baik-baik. Kata-kata itu kan satu doa. Walaupun mungkin Allah tak makbulkan sekarang, tapi DIA tetap akan makbulkan bila DIA tahu masa yang paling sesuai untuk kita.

Jom sebut-sebut dan doa-doa selalu. Hehe. Okaylah, sambung tulis report semula. Selamat malam. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.