Keep Calm

Assalamualaikum.

Rasa nak menulis asyik datang, tapi sebab baru sangat pindah ke Kuala Lumpur, banyak hal nak diuruskan. Pening mak! Haha. Bila kira-kira dengan jari, aku dah secara rasminya bernafas udara Kuala Lumpur genap 8 hari. Esok dah 9. Hoho. 

Hmm. Apa halangan dan cabaran yang ada eh? Macam-macam. Untung seorang yang coward dan paranoia macam aku, hidup di Kuala Lumpur memang satu cabaran besar untuk aku. Bila kena jalan dari rumah ke tempat kerja yang berjarak 600 meter, aku jadi sangat suspicious dengan semua orang di keliling aku. Jantung berdebar tak payah cakaplah. Takut, sangat takut. Mungkin sebab dah dimomokkan dengan macam-macam cerita.

Tak apalah, lama-lama nanti biasalah kot, kan? Hehe. Dulu ingat nak beli pepper spray, tapi mahal pula. Kekeke. Kita pakai payung hujung batang besi ajelah. Kui kui kui.


Rumah pun satu cabaran masa minggu pertama duduk di sini. Masa dekat Melaka, aku dah deal dengan seorang adik untuk tengok bilik dekat Bandar Baru Sentul. Tapi bila dah tengok, rumahnya okay, cuma persekitaran luar dia buat aku rasa tak selamat. Bila balik kerja lambat, kau kena parking kereta jauh gila dan tempat pun gelap. Seriau kot. Kalau lelaki, aku mungkin boleh consider. Jadi aku terpaksa tolak walaupun sewa dia murah.

Maka selama seminggu aku duduk terperap dekat rumah tamu di UKM KL, to be specific Kolej Tun Syed Nasir. Dengan tak ada WiFi, mati kutu jugalah. Haha. Maklumlah dah biasa online memanjang. Kekeke. Akhirnya, pencarian berakhir Jumaat tempoh hari bila aku jumpa bilik sewa betul-betul depan tempat kerja aku. The Orion, betul-betul sebelah IJN. Sekuriti dia baguslah, nak naif lif pun kena pakai access card. Cuma gayatlah, sebab tingkat 29 oii. Hahaha. 

Alhamdulillah, housemate pun baik. Roommate aku ada 2 orang. Master bedroom duduk bertiga. Yang bestnya dah tentulah sebab ada WiFi. Hahaha. Mostly housemate aku staff nurse dekat IJN, kiranya pusing-pusing aku masih lagi dalam lingkungan sahabat dalam dunia klinikal jugalah. Haha.


Soal kerja pula eh. Hmm. Buat masa sekarang masih belum sibuk lagi, sebab masih cuba grab semua benda. Banyak sangat nak belajar. Mungkin bulan 6 atau 7 baru boleh berdiri atas kaki sendiri. Tolong doakan aku melepasi 6 months probation period ini dengan jaya okay. Really need it. Tolong doakan aku cepat belajar, maklumlah skop kerja dah lari sikit kan. Haha.

Apa pun, next time kita update lagi okay. Ngantuk dah. Wow tak? Pukul 11 dah tidur. Selalu pukul 2 pagi. Hahaha. Till here then, take care semua.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.