Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Aleesha Farhana

Imej
UPDATE TERBARU 30 JULAI 2011 : Muhd Ashraf Hafiz atau dikenali ramai dengan Aleesha Farhana dilaporkan meninggal dunia di ICU akibat sakit jantung dan tekanan darah rendah.. Al fatihah.. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.. Ini bukan Aleesha Farhana tapi entah siapa entah.. =) Assalamualaikum.. Salam malam Khamis untuk semua.. Tadi sempat aku berblogwalking kejap sebelum mula selak buku.. Landing ke blog Si Tedi dan aku baca kisah tentang Aleesha Farhana.. Pertama sekali tertarik sebab kisah hangat ini berkisarkan tentang nama Farhana.. Eh!! Cahaya Yang Riang Gembira kot.. Jadi, aku ikutilah kisahnya dari awal sampai akhir di Berita Harian Online .. Aku petik satu perenggan dari sana.. KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana. Kalau Nabil Raja Lawak baca, mahu dia cakap Oh Em Jayyy!!! di Twitter.. Huh!! Beristighfar sekejap.....

Bell Nuntita

Imej
Assalamualaikum.. Selamat malam sambil gosok-gosok mata dan pandang keliling.. Berapa lama dah aku tidur eh? Haha.. Hari ini adalah hari yang paling penat jiwa dan raga.. Turun naik wad, pergi jumpa orang itu, pergi jumpa yang ini, mendera jiwa betul.. Bersabarlah.. Okay, masa untuk buat kerja, lepas itu kita tidur lagi.. Hoyeah!! Sebelum mengakhiri entry ini, aku nak share sesuatu, BELL NUNTITA.. Seorang yang tengah popular menerusi rancangan Thailand's Got Talent.. Cantik kan? Suara pun sedap.. *Contradiction sikit* Selamat malam Malaysia.. Mimpi indah.. Assalamualaikum.. =) HEART SPEAKS : Bakal memulakan tugas separuh masa sebagai Tutor Bahasa Malaysia? Bagaimanakah perjalanan hidup masa depanku ini? Hanya DIA yang tahu.. =)

Ini Nur Farhana.. Bukan Nur Amina..

Imej
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu untuk semua.. Selamat pagi.. Moga ceria-ceria hendaknya ya.. Eh.. Entry ini nak cerita pasal Nur Farhana, bukan Nur Amina.. Nak dengar cerita Nur Amina, kenalah pergi pawagam yang berdekatan ya dan saksikanlah Nur Kasih The Movie.. Ekeke.. Aku dengar cerita tiket dah ditempah FULL sampai 25hb.. Perghhh!! Penangan Abang Aidil, Adam dan Nur Amina memang dahsyat juga ya.. Fenomena!! Secara peribadinya, jujur aku kata, aku tak pernah layan Nur Kasih di televisyen secara lengkap, kadang-kadang bila ada masa saja aku tengok, lagipun dalam hati aku tak ada gesaan dan rontaan untuk mengikutinya setiap minggu walaupun Remy Ishak adalah peminat setia aku.. Ouch!! Gitu ayat!! Bolehlah dikatakan aku tonton drama Nur Kasih ini hanya 80% saja.. Tak sampai pun 100%.. Kebetulan teman-teman sebilik boleh dikatakan semuanya peminat drama bersiri Nur Kasih, dan bila mereka cadangkan untuk tonton Nur Kasih, aku tanpa banyak kata, setuju sajalah.. Daripada terperap dud...

Gadis Kebal

Imej
Dongak kepala.. Pandang kanan.. Pandang kiri.. Pandang depan.. Pandang belakang.. Kelilingnya dinding putih.. Ditenung.. Dipandang.. Dinding seakan menghimpit.. Segenap arah.. Kaki tiada berganjak.. Melekat pada tanah.. Kepala mahu pecah.. Dada seakan terhenti nafas sudah.. Kaki tangan lemah.. Tubuh longlai menanti rebah.. Dongak kepala makin tinggi.. Atas sana ada sinar menyinari.. Biar dihimpit diasak begini.. Yakinilah diri.. Dinding keliling akan pecah jua nanti.. Dan sinar itu akan terus menyinari.. Dinding kebal itu gah berdiri.. Terus menghimpit mengasak diri.. Gadis ini lebih kebal barangkali? Kerna itu dia masih di sini.. [Aku Yang Masih Di Sini, 11:30 malam, 17 Mei 2011] Selamat malam.. Assalamualaikum.. =) HEART SPEAKS Berat yang kau rasa, itu cuma di mata.. Aku yang memikulnya, pasti lelah dan sebenarnya parah.. Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan..

Tom Cruise?

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Entry pagi ini agak peribadi, punya pengajaran untuk direnung dan difikirkan.. Sebelum memulakan bicara, perlu pandang pada wajah Dokko Jin , belek dua tiga kali, baru datang aura nak mencoret dengan lancar.. Keh keh keh.. Dokko Jin, muka legend tapi hati cute sungguh.. Macam abah aku, Cikgu Abdullah, muka legend tapi hati banyak cute.. Selamat Hari Cikgu abah.. You're THE GREATEST LOVE and THE GREATEST TEACHER.. =) Mari aku ceritakan satu situasi yang dipetik daripada sebuah filem Hindustan yang aku baru saja download 2 hari lepas bertajuk What's Your Rashee.. (lawak gila Priyanka Chopra) Situasinya adalah di antara seorang lelaki dan seorang wanita, bertemu atas sebab masing-masing mencari pasangan untuk berkahwin dan pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama yang dinamakan fasa perkenalan.. LELAKI : What's your hobby? WANITA : Watching English films.. LELAKI : Ouh.. Who's your favourite star? WANITA : Tom.. LELAKI : Tom!! To...

Kau Teruna. Rangkai Nyawa. Lagu Hati Beta. Mestikah Pergi Jauh Kembara. Ku Terbayang Jua.

Imej
Assalamualaikum.. =) Kepala serabut sekali lagi. Satu-satu datang tak terduga. Blog, bila pandang pun aku tertanya, apa nak tulis. Aku fikir dan terus fikir tapi akhirnya satu apa pun aku tak tertulis. Aku kalau serabut, kalau hati tak seronok, kepala tak center, aku lebih suka buat-buat gembira, happy, seronok gila, cakap dengan banyak-banyak, malah membuat kerja extra yang memang berlebih-lebihan. Kerja yang berlebihan aku nak buat pada malam ini adalah mengembara ke masa silam sambil menulis entry di tengah malam. I was inspired to write this entry after been listening to a song over and over again. Masa aku kecil-kecil dulu, selalu tengok emak kumpul banyak kaset itu ini. Semuanya dapat dari abah sebabnya abah adalah seorang Guru Kaunseling di maktab, antara tugasan yang selalu abah berikan pada anak muridnya adalah merekod sesi kaunseling antara cikgu dan anak murid. Kaset yang telah abah dengar akan abah simpan dalam kotak. Makanya kaset kosong adalah terlalu banyak di rumah aku....

Orang Pun Ada Harga, Jadi Hargailah Mereka

Imej
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang untuk semua.. Satu dua tiga menjak ini, terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan, terlalu banyak permasalahan yang merantai, tak ada masa untuk menjengah, apatah lagi nak bersuara lantang seperti biasa di medan berwarna merah jambu ini.. Pohon maaf.. =) P/S : Tajuk entry macam pelik bunyinya.. Haha.. Bila di saat genting dan susah dalam hidup, selalunya buat kita sedar dan buka mata luas-luas.. Kita dapat lihat siapa yang ada dengan kita seikhlas hati, siapa yang nak tak nak saja sebenarnya berada dengan kita, atau siapa yang hilang ghaib begitu saja.. Tapi itulah kita manusia, bila gembira, senang, kita tak berapa nampak apa yang patut kita nampak, kita lupa nak hargai apa yang patut kita hargai.. Aku tak salahkan siapa-siapa, sebab aku juga sama dengan kamu, aku juga begitu, kerana aku juga manusia.. Pertama dan yang terutama, selalu saja ada dengan kita tak kira bagaimanapun kita.. Mereka ialah keluarga kita.. Ibu ayah kita, suami atau ister...

Hidup Begini Hidup Begitu Tapi Tetap Everyday I Love You

Imej
Assalamualaikum.. Salam Selasa untuk anda.. Hari ini dah kurang sedikit keserabutan fikiran.. Sedang belajar "alah bisa tegal biasa", itu yang kena mula pegang sekarang, macam yang pernah aku kata pada Aimi dan Pakcik Hashim .. Dah 24 tahun menghirup udara di muka bumi ini, macam-macam kehidupan dah pernah dilalui.. Hidup yang begini, hidup yang begitu.. Sedari kecil lagi, mula usia cecah 4 tahun, dari bumi Johor Bharu aku berhijrah ke negeri Bumi Kenyalang.. 11 tahun kehidupan di Miri cukup lama untuk aku pahat seribu satu kenangan.. Saat itu masih kecil, umur setahun jagung, hingus pun meleleh tapi tak reti nak lap.. Saat awal-awal kehidupan di bumi orang, aku tak merasa janggal walau sedikit pun.. Aku ingat lagi berapa ramai kawan-kawan abah yang berasal dari Semenanjung juga turut berada di sana.. Tak terasa berada di bumi asing.. Perlahan-lahan, kanak-kanak kecil berusia 4 tahun itu mula menyesuaikan diri.. Mula mencari kawan walau ada dinding penghalang seperti bahasa d...

Here We Are At The Crossroads Once Again

Imej
2 A.M. and the rain is falling Here we are at the crossroads once again You're telling me you're so confused You can't make up your mind Is this meant to be You're asking me But only love can say - try again or walk away But I believe for you and me The sun will shine one day So I'll just play my part And pray you'll have a change of heart But I can't make you see it through That's something only love can do In your arms as the dawn is breaking Face to face and a thousand miles apart I've tried my best to make you see There's hope beyond the pain If we give enough, if we learn to trust I know if I could find the words To touch you deep inside You'd give our dream just one more chance Don't let this be our last good-bye That's something only love can do * * * * * Assalamualaikum.. Haih.. Kepala tengah gila punya serabut.. Macam ada wayar-wayar berselirat dan jadi simpulan yang mengikat sampai mati, sukar diuraikan.. Pertama, serabut de...

Cinta Satu Anugerah

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad dari aku untuk semua.. Eh!! Rasanya nak masuk tengahari dah.. Sambil-sambil lepak hari Ahad, aku nak kongsi sedikit cebisan perihal cinta dan anugerah.. Macam yang anda boleh lihat, betapa penulis ini sangat mencintai cinta, penulis ini juga acapkali bicara tentang cinta dan cinta dalam hidup penulis ada satu tempat khas yang teristimewa.. Biarpun cinta itu hanya sekadar cinta dan belum lagi menjadi milik siapa-siapa.. Pernah sekali ada sahabat blogger yang bertanyakan, macam mana aku yang telah melalui dugaan macam-macam kerana cinta, dikecewakan, namun tetap aku suka bicara tentang cinta, tak pernah terdetik untuk aku benci pada cinta, macam mana aku tak bosan dan tak pernah putus asa dengan cinta.. Ramai bertanya begitu pada aku.. Rasanya, tak pernah aku diduga dengan begitu hebat dalam perihal yang berkaitan dengan cinta dan perasaan.. Jujur aku akui, lukanya sampai kini masih lagi berbekas dan tak mungkin hilang.. Mana mungkin aku lupa dengan kata...

I Don't Know Why, You Make Me Cry.. Sepah Lagi Ke?

Imej
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu untuk semua.. Eh.. Aku tak habis-habis lagi duduk demam abang-abang Sepah.. Asyik duduk putar lagu I Don't Know Why, You Make Me Cry, I Beg You Please On My Knee and lalalala.. Haha.. Kalau Sepah jadi penyanyi pun mesti best.. Especially Jepp dengan Shuib.. Sampaikan malam semalam dah update pasal Sepah dan lagu-lagunyapun, hari ini nak juga tepek lagi.. I like Sepah maa!! Ngee.. Tapi cukuplah layan lagu Boulevard nyanyian Kumpulan Sepah, hari ini kita cerita program kita pada hari ini.. Jom Jalan Jalan Cari Jodoh.. Eh.. Cari makan.. =) Rancangan ini dah hampir seminggu lebih aku rancang.. Pergi bersama 2 orang lagi rakan sebilik dan bertolak lebih kurang pukul 3 petang.. Tak lama pun perjalanan, dalam 20 minit lebih dah sampai.. Selesai semua kerja yang patut dibuat di sana, terus menuju ke Yati Ayam Percik.. Eh!! Bukan di Kota Bharu, Kelantan ya.. Pergi ke cawangannya saja di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tak silap aku.. Sampai di restoran t...

Siapa Yang Rampas Kebahagiaan Siapa : Isteriku Zulaikha Bikin Mengalir Air Mata

Imej
Assalamualaikum.. Salam petang Khamis.. Esok dah Jumaat.. Lusanya dah bermula hujung minggu anda.. Heaven heaven.. Selalu kita cerita pasal drama Korea, filem Hindustan tak pun Tamil, kadang-kadang Thailand.. Tapi kali ini kita kembali semula ke negara kita yang tercinta yang sememangnya ada banyak juga drama dan filem yang berkualiti dan wajib ditonton.. Eceh ayat.. Mungkin aku agak terlambat menonton drama ini disebabkan di asrama tiada televisyen dan aku hanya dapat menontonnya itu pun selepas keluar versi yang boleh dimuat turun.. Ramai mungkin dah menontonnya tak lama dulu di TV9 dan aku pasti ramai yang bersetuju dengan aku, kalau aku kata drama ini adalah satu lagi hasil tangan produksi Shahrulezad Mohamedin yang boleh dibanggakan.. Kalau anda pernah menonton Kashaf Imani lakonan Beto Khushairy dan Sharifah Amani tak lama dulu dan anda menyukainya, anda mungkin juga akan menyukai drama ini.. Kashaf Imani memang best!! Wajib tonton.. KASHAF IMANI (MUAT TURUN DI TEAM ARYZS) Tapi ...

How Do You Define Yourself?

Imej
Assalamualaikum.. =) I don't have much things to say, to write. It's just that I came across this piece of picture this afternoon.. I'm very sleepy at the moment, and I shall leave you with this, HOW DO YOU DEFINE YOURSELF? No one else knows you better other than yourself.. And to reflect yourself, you have people around you, people who loves you and cares for you.. They are the mirror image of you.. =) Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring Di pelukanmu walaupun tuk sejenak Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua Bila kulelah tetaplah disini Jangan tinggalkan aku sendiri Bila kumarah biarkanku bersandar Jangan kau pergi untuk menghindar Rasakan resahku dan buat aku tersenyum Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap Karna hanya engkaulah yang sanggupkatakan aku Karna engkaulah satu-satunya untukku Dan pastikan kita selalu bersama Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku Dalam susah ataupun senang Dapatkah engkau selalu menjagaku Dan mampukah engkau mempertahankanku And ...

You Really Look Cute

Imej
Jealousy.. When a man get jealous, people say it's cute.. When a woman get jealous, people say it's a world war.. Jealousy.. How do we actually define jealousy? Some say it's love.. Some say it's trust.. Some say it's anger.. What do I say? Jealousy is a word starting from J and end with Y.. =) Lama sangat dah rasanya tak coret-coret cerita chenta, cerita sweet-sweet.. Macam TERIMA KASIH SAYANG , ataupun LELAKI BOLEH PEREMPUAN PUN BOLEH , mungkin macam BERANI KERANA BENAR .. Mood bunga-bunga cinta, dalam hati ada taman belum memekar lagi.. Rindu sebenarnya nak bercinta dalam entry.. Haha.. =p I'm going back to KL.. Maybe in the evening or maybe at night.. 3 days to go before weekend arrive.. Ouch.. Gila duduk counting hari nak weekend.. Hoh!! Weekend kali ini duduk di asrama, tak balik Melaka.. Nak jalan-jalan Kuala Lumpur memang kirim salam sajalah.. Duduk bilik, tidurlah gamaknya.. Hoh lagi!! Take care semua.. Buat yang bekerja, selamat bekerja.. Assalamualaik...

Retro : Abah Kahwinkan Kamu Dengan Bai Penjual Karpet

Imej
PERINGATAN : Entry ini agak penuh dengan gambar-gambar jejaka bermisai lebat.. Sila bertahan atau sila tutup mata.. Pilih satu antara dua.. Keh keh keh.. Assalamualaikum.. Salam cuti-cuti untuk semua.. Sekejap saja dah nak malam, hari pun dah gelap di luar sana dek kerana hujan sedari petang tadi.. Semenjak dari pagi tadi, tak banyak aktiviti berfaedah sangat pun aku buat.. Slot tengahari aku diisi dengan makan tengahari sambil melayan rancangan televisyen.. Cerita yang aku layan adalah sebuah filem Telugu bertajuk Sankranthi .. Adik aku duduk sebelah, geleng-geleng kepala, sambil berkata, "Awak dah tak ada kerja eh Long? Cerita macam ni pun layan.." Haha.. Aku sengih pada dia sambil berkata, "Along awak multipurpose, semua layan.." Teringat cerita zaman dulu kala awal blogging, KISAH AKU DAN BAI PENJUAL KARPET .. Haha.. =p Mungkin ramai kenal aku macam mana, mungkin juga ramai lagi yang tidak.. Overall komen aku tentang diri aku, semua aku balun, kayu batu salut te...