Wanita Menangis, Ketua Mafia Lemah.. Wanita Lemah?

Assalamualaikum dan salam tengah malam sekali lagi buat kalian.. Entry yang ketiga.. Tidak puas rasanya hati kalau tidak ada entry yang mana kita boleh duduk berdiskusi dengan santai.. Aku suka sesi berdiskusi.. Makanya aku gagahkan diri juga menulis entry ini walau dalam mengantukku ini.. Heehee..


Beberapa hari yang lepas, aku telah berkunjung ke blog yang satu ini.. Blog ini dikira blog yang wajib aku jenguk setiap kali aku menjelajah dunia maya ini.. Sebab aku kan suka berdiskusi.. Heehee.. Aku suka entry-entrynya yang simple but yet penuh dengan makna.. Siapa? Pasti kalian dapat meneka.. Of course the greatest mafia, Mr. Joegrimjow.. Entrynya yang satu ini membuat aku terpanggil untuk mencoretkan entry ini dari pandangan mataku sebagai seorang wanita.. Anda ingat tak dengan entry KELEMAHAN LELAKI???





Jika anda pengunjung setia blog chef muda yang seorang ini, pasti anda tidak akan lupa dengan entry itu.. Lawak.. Memang lawak.. Tetapi punya mesej.. Mesejnya tentang kelemahan lelaki.. Sehebat mana pun seorang lelaki, biar seorang mafia sekalipun, dia tetap akan lemah dengan TANGISAN WANITA.. Kenyataan seperti ini acapkali aku dengar dari mulut lelaki-lelaki, bukan sahaja Mr. Joe.. Rata-rata lelaki mengatakan mereka lemah jika wanita menangis di hadapan mereka.. Itu tentang kelemahan lelaki.. Kelemahan wanita pula bagaimana? Adakah kami tidak punya kelemahan?


Setiap dari kita mungkin punya persepsi yang berbeza tentang kelemahan wanita.. Ada wanita yang lemah dengan godaan lelaki, ada pula yang lemah dengan godaan wang, ada pula yang lemah dengan tangisan kanak-kanak.. Bagi aku pula, kelemahan lelaki ialah tangisan wanita.. Kelemahan wanita ialah TANGISAN MEREKA SENDIRI.. Aku mohon maaf andai aku tersalah kata, tersilap bicara.. Itu adalah pandanganku semata-mata..





Aku rasakan bila aku lemah, aku menangis.. Aku tidak punya kekuatan maka atas sebab itu aku menangis.. Tangisan itu sebenarnya petanda kita lemah, tetapi tangisan itu juga yang mampu membangkitkan kembali semangat dan meniupkan kembali kekuatan dalam diri kita.. Menangis itu tidak salah bagiku.. Menangis apabila kita lemah namun bangkit kembali mencari kekuatan selepas tangisan itu.. Betul tak? Tetapi jangan terlalu over, bak kata Stacy, Alamak, Terlebih Sudaa..


Dalam Islam sendiri kita dapat lihat, jika ada kematian, tidak elok andai kita meratapi kematian dengan menangis terpekik terlolong.. Anda faham bukan? Hurrmm.. Tetapi kenapa lelaki susah ya nak menangis? Ooppss.. Lari topik.. Heehee..





Apa pula connection entry Joe dengan entryku ini? Kelemahan lelaki adalah tangisan wanita.. Kelemahan wanita adalah tangisan mereka sendiri.. Wahai isteri-isteri, makanya janganlah selalu sangat menangis sebab itu akan melemahkan suamimu.. Boleh nangis, nangis-nangis manja kan, sekali-sekali ok what.. Tapi jangan selalu erk.. Sebab bila kita tak menangis, itulah kekuatan suami kita, dan kekuatan kita juga.. Betul tak apa aku kata???


Ini adalah sekadar pandangan peribadiku semata-mata.. Andai ada salah atau tidak bersetuju denganku, jangan segan-segan suarakan padaku ya.. Heehee.. =)


Maka sampai di sini sahaja.. Aku puas sebab dapat lepaskan gian tulis entry yang mencabar minda aku.. Heehee.. Till then.. Assalamualaikum semua.. Tidur awal ya.. Mimpi yang indah-indah.. Gud night.. =)




Ulasan

joegrimjow berkata…
perempuan kene kuat
baru tak bnyak menangis!!
laki pon xde la slalu akan lemah

lalala~
Joe.. U're absolutely right.. Perempuan kene kuat.. Laki pn akan kuat.. That's why di blakang lelaki yg brjaya, ada wanita yg memberi kkuatan padanya.. =)
HuRuL_AiNi berkata…
urm....stuju gak.....
perempuan kena kuat, perempuan kena tahu berdikari & berdiri atas kaki sendiri, perempuan kena tahu harga diri & jaga maruah diri...
lemahkah wanita bila menangis? bagi aku seorang wanita itu kuat bila dia mampu menangis, kerana dia berjaya menunduk ego & membenar perasaan diri....

aku kalau tensen suka tengok crita/drama sedih2....pastu nagis sepuas ati (sorang2 diri la...hehe), tp pas nangis kompem rasa lega sangat, & semua tekanan pun mcm hilang je...hehe
p/s:great entri...i like it
Hurul aini.. Ku juga suka nangis kalo nonton drama.. Hik hik hik..

Kita nangis sbb kita da x larat handle situasi, tp lpas nangis kita rasa lega sgt..

Anyway.. Thanx atas opinion kamu erk.. =)
Mohd Nasri berkata…
laki kne kuat gk..
nnti akn digelar pondan..
err betul kaa???? hehe
pal7 berkata…
menangis dapat melepaskan segala rasa resah takut dan keewa dalam diri..


kalau nk menangis..menangis la sepuas2nya supaya segala gusar dalam hati dapat dikurangkan..hehe
Nasri.. Pondan??? Waaa.. Takkan nangis sket je blh jadi pondan kotttt.. Kan kan kan??? =p
Pal.. Dah nanges daa.. Sedey maa.. Uhuk2.. Namun ku kuatkan juga hati ini.. =(

Pal penah nanges???
DilOt berkata…
yeah...nangis sbnrnye dapat melegakan hati dan perasaan kite..keranan kdg2 kite tak dpt nak luahkan masalah kite..

tp jangan terlalu kerap menangis utk sesuatu yg tidak patut..sangat merugikan air mata kite ni..
Dilot.. Rugi.. Tol tu.. Ksian kat org yg x blh nak nanges kan.. Mcm org kbulur gak.. Huuhuu..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.