Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel about me

Kalau Aku Ada Pakwe!!!

Imej
Assalamualaikum dan salam kerinduan untuk semua.. Aku sudah pulang.. Pulang ke dunia blog.. Yeehaa!!! Thanx to abah kerana ubatkan lappyku ini.. Petang tadi baru sampai Ipoh.. Perjalanan yang smooth, cuma di Gopeng ada kemalangan yang agak dahsyat.. Darah.. Orang cedera.. Agak kerisauan memikirkan diri sendiri yang acapkali pulang memandu keseorangan.. Haih.. Benar-benar tak mahu tragedi dulu berulang kembali.. Going through hardship alone is not the best thing.. Balik rumah.. Memang best.. Makan.. Borak.. Lepak.. Semua dengan family.. Dah kerja nanti bimbang tak merasa masa-masa seperti ini.. Jadi appreciate masa yang ada selagi termampu.. Heehee.. Kepulangan yang lepas aku borak dengan mak pasal.. Erk.. Pasal.. Boyfriend??? Pakwe??? Huhu.. Kalaulah aku ada pakwe di suatu hari yang entah tak tahu bila.. (aku doa esok atau lusa.. heehee..) Macam mana ya bila suatu hari tu tiba??? Jeng jeng jeng.. 1) Aku mahu digelar baby dan menggelarnya sayang.. Kah kah kah.. Mesra wokeyh.. Papa mam...

Yang Ini Untuk 2 Orang Insan..

Imej
Assalamualaikum.. Entry ini didekasikan khas buat 2 orang insan.. Seorang lelaki dan seorang perempuan.. This one is for you.. 2 atau 3 hari ini teringat aku pada seorang insan yang dah lama aku lupakan.. Yang dah lama aku simpan kemas dalam lipatan ingatan yang tak ingin aku bicara lagi.. Sesuatu yang silam, yang tiba-tiba menjelma kembali dalam kotak fikiran aku.. Dia pernah berkunjung ke sini atau tak, aku tak pasti.. Biarlah.. Tamatnya kisah itu tanpa sebarang kata, hanya ignorance dan pengabaian.. Aku ingin sekali bicara tentang ini tapi kamu tak mahu mendengarnya.. Lalu aku diamkan sahaja lantas aku terus terlupa dan melupakan kamu.. Walau sukar.. Aku berjaya.. Aku berjaya melupakan kamu.. Cebisan ini dari aku untuk kamu.. Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku Semuanya cun saja Hahaha.. Best kan lagu ni.. Sleeq.. Cun Saja.. Haaaahhhhh.. Lega rasanya.. Sesuatu itu namanya Fadz...

Tabiat Baik Jadi Amalan, Tabiat Buruk Jadi...

Imej
Assalamualaikum.. Aiyo.. Ini orang lagi online.. Kata tenet probs tapi ade je muka dia dok update blog pukul 2, 3 pagi.. Haha.. Nak jadi blogger tegar, walau di ceruk mana sekalipun akan ku cari line tenet sampai jumpa.. Hehe.. Patut kalau ada campaign JARUM FREE for drug abuser, FREE CONDOM untuk elakkan anak luar nikah, suppose ada juga FREE BROADBAND untuk tenet mania like me.. Hoho.. Currently sedang meneguk Jus Kurus.. Sambil dok fikir, idea idea and more idea untuk membebel.. Haih.. Sukar betul idea mahu keluar.. Oh ya.. Sebelum aku terlupa, ingat lagi aku kata dah turun 5kg? Aku makan Jus Diet Mate actually.. Jadi ahli terus.. Dapat harga murah.. Till now, hampir satu kotak aku makan, banyak perubahan aku rasa.. Sakit yang dulu ada pada aku dah kurang.. Syukur sangat.. Hoping that will getting thinner and thinner day by day.. Mission banyak lagi.. Hehehe.. Now in "sick mode".. Petang tadi melalak lagi 4 jam dengan lagu yang aneka ragam.. Tekak dah hancur lunyai aku bel...

Bila Ratu Online Menyepi Diri..

Imej
Assalamualaikum.. Malam Ahad sudah.. Esok Isnin.. Kelas lagi.. Adeh.. Forget about that.. Aku nak inform semua peminat aku seantero dunia, bahawasanya aku mungkin akan "merehatkan diri" dari dunia maya untuk jangka masa yang tertentu.. Lorh.. Tu nape nangis tu??? Jangan risau, aku akan sentiasa ingat kat korang.. Korang pun kenang laa daku dalam doamu ya.. Heehee.. Al kisahnya, Celcom Broadband connection aku telah disekat oleh laptop aku sendiri.. Aku syak ini Avira dan virus-virus kurang asam punya keje.. Aku tertekan DENY ACCESS.. Macam-macam aku dah buat (atas bantuan Matju), uninstall Avira, aku install Kaspersky.. Still tak boleh gak.. Kali ni pun aku online pakai wireless jiran sebelah rumah.. Pinjam sekejap jek.. Haha.. Dan akhirnya aku putus harapan.. Alahai.. Perit rasanya bila title Ratu Online telah hilang.. Oh Facebook.. Oh Blogspot.. Oh kamu (kamu tahu siapa kamu).. Pasti aku akan rindu tahap 8 petala.. Walaupun aku still boleh online guna phone tapi kemanisanny...

Siapa Rindu Aku & Update Aku??? Bacalah.. =)

Imej
Assalamualaikum semua.. Lama rasanya tak update.. Entahlah.. Masih lagi dalam sorrow mungkin.. Huhu.. Hujung minggu aku kali ni aku habiskan di Kuala Lumpur.. Menjenguk adik aku, celebrate kemenangan kawan-kawan yang berjaya get through their exam, meronggeng satu Kuala Lumpur.. Hari ni saja berapa banyak tempat dah aku singgah.. Karaoke pun sampai 10 lagu.. Lagu Hindustan lagi.. Penat satu badan, dapat urut sodap ni.. Heehee.. Namun masih gigih lagi melayan blog dan Facebook.. Sebabnya.. Jalan-jalan buat aku happy.. Bukak blog aku happy jugak.. Layan FB lagi aku happy.. Sebab ramai kawan-kawan mereng aku kat sana yang sudi saja layan kepala aku yang tak kurang merengnya.. Hahaha.. Tapi hakikatnya tak seperti apa yang aku pamerkan di luaran.. Bukan senangkan nak mengubat luka yang sangat dalam??? Hurrmmm.. Walau happy macam mana pun aku, dalam hati aku tetap rasa sakitnya.. Air mata ini juga masih lemah dan masih sukar untuk ditahan.. Kenapa ya semuanya begitu sukar??? Memang pemikiran...

Dah Okey Ke Belum???

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa buat semua. Aku kembali semula ke Ipoh. Pulang dari Melaka. Menyelesaikan semua masalah-masalah hidupku. Masih lagi belum selesai. Entah bila akan reda aku pun tak pasti. Walau reda sekalipun mungkin kesannya masih berbekas di hati dan ingatan. Aku bersyukur punya teman-teman yang tak putus-putus dengan sokongan dan nasihat. Kalian memang best. Sayang sangat kat korang semua. One day, dalam aku merayau tanpa arah tuju dalam dunia maya ni, aku terjumpa wallpaper iluvislam.com. Quotenya buat aku tersentak. Buat aku tersedar. Buat aku terfikir. Kerana selama ini aku tidak pernah dihambat dengan kehidupan yang "bermasalah".. Semuanya okey saja bagi aku. Sampailah satu ketika, aku diberi ujian yang amat berat dari Allah. Ketika itu aku rasa dunia kelam, aku lemas dan hanyut entah ke mana. Aku terfikir, adakah aku GAGAL? Atau BERJAYA? Ramai orang kata padaku.. Allah tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu menanggungnya.. Setiap ujian Allah i...

Terima Kasih.. Thank You.. 谢谢你

Imej
Assalamualaikum.. Tengahari yang sama lagi namun di hari yang berbeza.. Semalam aku begitu cengeng, begitu lemah, begitu kehilangan arah tuju.. Otak aku kosong dan seluruh tubuhku hanya ibarat sekujur mayat hidup.. Pertama kali ku diuji dengan dugaan yang Maha berat.. Dan aku gagal mengatasinya.. Emosiku merajai akal fikiranku.. Sehingga kini, masih lagi bersisa emosi-emosi yang tidak stabil.. Penat mengalirkan air mata dan rasanya kini tiada lagi air mata yang bersisa.. Hanya kesan tangisan yang masih lagi berbekas.. Seperti dalamnya bekas - bekas luka di dalam hati.. Aku tidak mampu bercerita pada kalian.. Mungkin ianya terlalu peribadi.. Ku harap kalian mengerti.. Terima kasih aku ucapkan dari hati aku yang paling dalam kerana kalian sudi meminjamkan bahu untuk aku bersandar dan meluahkan rasa yang terpendam.. Syukur kerana aku punya teman seperti kalian.. Terima kasih.. Banyak dan banyak terima kasih dari aku.. Maaf andai Farhana kali ini begitu cengeng.. Aku tak mampu lagi menjadi...

Allah!! Give Me Strength..

Imej
Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Puas sudah aku menangis semenjak malam tadi.. Semenjak berita itu ku terima dari mak dan abahku dalam esak tangis mereka.. Sehingga kini, di saat aku menaip entry ini, aku masih menangis dan terus menangis.. Hatiku tak kuat.. Aku rasa diriku sangat lemah.. Aku rasa aku kini hidup ibarat tiada esok hari.. Aku mencari ruang untuk meluah dan akhirnya ku jumpa di sini.. Ya Allah.. Begitu berat dan dahsyat dugaan yang telah Engkau bagi padaku dan keluargaku.. Sesungguhnya aku tak mampu menanggungnya.. Aku ingin saja tumbang lalu jatuh ke laut yang paling dalam.. Tenggelam dan tak lagi timbul.. Seumur hidupku, aku hanya ingin menjadi anak yang baik, kakak yang sempurna, bahagiakan kedua orang tuaku dan adik-adikku.. Tapi.. Jangan ditanya kepadaku kenapa, mengapa, sebab apa.. Kerana aku akan terus membisu.. Biarlah ini ku simpan kemas dalam lipatan kisah hidupku, cuma aku pohon kalian doakanlah agar aku dan keluargaku diberi kekuatan.. Doakan aku tenang, ...

Kalau Aku Seorang Lelaki..

Imej
Assalamualaikum.. Malam semua.. Dah 2 hari tak merapu dalam blog.. Rasa senak perut sakit ulu hati.. Hahaha.. Maklumlah, hujung minggu saya gunakan untuk belajar, pelajar contoh tak saya? Hehe.. Sila-sila admire kerajinan saya.. Nak admire saya pun boleh.. =p Baiklah semua.. Sila bersedia zahir dan batin sebab aku nak mulakan hari ini dengan entry yang sedikit berat.. Hoho.. Sebelum tu, comel tak mamat kat atas tu? Perkenalkan, my boy, Harman Baweja.. Pakwe baruku.. Shah Rukh Khan sudah tua, baik lupakan saja.. Heehee.. Okey.. Sila jangan pandang dua tiga kilas, nanti jatuh cinta.. Entry kali ni aku mahu menjelajah dunia seorang yang namanya lelaki.. Aku tertanya, agaknya bagaimana kalau aku, Farhana adalah seorang lelaki? Handsome itu sudah pasti. Tak perlu dipertikaikan lagi kot.. Hahaha.. Kalau aku adalah seorang LELAKI.. Pasti aku kaki ngorat.. Duduk kat simpang tepi jalan usha awek kilang yang berjalan bagaikan itik pulang tengah malam.. Sweeeettt sana.. Sweeeet sini.. Peewiittt...

Cinta Mati Tanpa Nisannya..

Imej
Assalamualaikum.. Malam sunyi dan sepi.. Buku habis ku selak, dari muka pertama terus melompat ke muka akhir.. Malas rasanya seluruh tubuh.. Mahu tulis entry tapi ketandusan idea.. 2, 3 hari ini aku banyak berfikir.. Pada komen-komen yang dihantar tentang entry Pernahkah Kamu.. Adakah aku kelihatan seperti jatuh cinta? Dilamun cinta? Hohoho.. Jika begitu anda silap.. Cinta.. Memang menyebutnya bikin aku tersenyum.. Tapi ketahuilah, sesunggu hnya dalam hatiku ini, tiada ruang untuk cinta, takkan ada cinta.. Aku dan cinta walau memang sinonim, bak kata korang betapa jiwangnya aku, tetapi itu hanya dalam coretanku sahaja.. Cinta telah aku cuci, aku basmi dari hadir dalam hidup aku.. Hipokritkah aku dengan bercerita perihal cinta sedangkan hatiku keras, gelap hatiku pada yang namanya cinta itu? Mungkin itu yang terbaik.. Dulu aku mungkin percaya pada cin ta dan keajaibannya, sekarang cinta mungkin hanya ibarat angin yang menyapa pipi sahaja, nyaman tetapi tetap pergi begitu saja.. Cinta.....

Bila Aku Mula Merapu.. Semua Pasti Ternganga..

Imej
Assalamualaikum.. Today is Isnin.. When i kira, it is almost seminggu i entered posting yang baru.. Gynaecology posting.. Apa itu gynaecology??? Sila selak dictionary sekarang.. Yup.. You are betul.. In this 1 minggu, everyday dari 8 - 5.. Talking about vagina, cervix, uterus, menstruation, ovulation dan banyak lagi.. Otak mula tepu, bila tepu bosan pun datang.. Hari-hari kelas have to stand for almost 2 atau 3 jam.. Kaki sakit yang amat.. A friend of mine tanya, "WHY??? LEG PAIN IS IT??? " Aku sengih like kerang busuk.. He said some more, " HEAVY, THAT IS WHY " Oh God.. Feeling macam nak tumbuk aje him.. Ini memang menimbulkan anger.. Bersabarlah dear.. Apa? Kenapa bored? Becoz tiada opposite attraction in what i belajar.. Basically, study Gynae is a studied about wanita.. Wanita dan woman.. Negative charge.. Bored.. Haha.. Apabila saya bored, otak saya suddenly teringat something.. Pernah i read dalam blog someone, LELAKI TERANGSANG 30 KALI SEHARI.. Saya repeat.. ...

Kita Cerita Pasal Manja Lagi..

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas sekalian yang berkunjung ke sini.. Wah.. Ayat formal dariku.. Heehee.. Hari Isnin datang lagi.. Ramadhan ke-24 tidak silap perkiraanku.. Bagaimana hari anda??? Bagaimana puasa anda setakat ini??? Entry mengada-ngada aje kali ni.. Heehee.. Mahu cerita tentang satu hari di bulan Ramadhan, di sebuah tempat bernama bazar Ramadhan.. Di waktu petang di kala hujan turun renyai-renyai.. Aku dan Mamatot, kawan serumahku ke bazar.. Beli nasi putih dan lauk.. Beli murtabak.. Sebelum hendak pulang, hati tergerak nak beli kuih pula.. Ish3.. Mana pergi rejimen diet kamu Farhana.. Mana NEKAD dan TEKAD hendak kurus??? Cakap tak serupa bikin ini orang.. Ish3.. ---> Sekali-sekala aje layankan perut ni kawan-kawan.. Boleh kan??? =p Aku berdiri di hadapan gerai kuih itu.. Penjaganya, dua orang mamat muda dan ayah mereka.. Aku berjalan ke kiri, ke kanan, lalu ke kiri balik, sambil meletak jari telunjuk di bibir.. Orang comel berfikir memang rupa itu.. Sila jan...

Aku Mahu Jadi Emak Yang Terbaik..

Imej
Assalamualaikum semua.. Salam hari Jumaat.. Salam Ramadhan yang ke-21 juga untuk anda.. Pejam celik, dalam sedar tak sedar, Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi.. Terasa cepat masa berlalu.. Posting aku di Klinik Kesihatan pun akan tiba penghujungnya.. Dalam 4 minggu ini, banyak benda baru aku belajar.. H1N1 begitu dekat dengan hidup aku time-time macam ni.. Maklum saja, orang pasti akan menyerbu K lin ik Kesihatan dulu jika ada tanda-tanda demam, sakit tekak, selesema dan sebagainya.. Memang menguji kecekalan betul.. Entry kali ini aku bukan nak story tentang H1N 1.. Tapi tentang posting aku ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak beberapa hari yang lepas.. Semasa di sana, aku dan kawan-kawan berpeluang untuk check ibu-ibu mengandung, buat persediaan untuk ultrasound, dan macam-macam lagi.. Tidak aku sangka, banyak touching-touching moment semasa p osting di sini.. Syukur sangat-sangat sebab aku berpeluang dapat prepare ibu-ibu yang mengandung untuk ultrasound.. Banyak ilmu aku dapat d...

Terkejut "Jumpa" Cinta Lama..

Imej
Assalamualaikum.. Semenjak dua menjak mula berblogging dengan hati yang waja, ada sahaja bahan-bahan yang boleh dijadikan bahan untuk entry aku.. Kadang-kadang sampai aku karang atas paper dulu apa yang aku nak coret dalam entry.. Berapa banyak kertas aku karang, kalah budak-budak buat karangan BM untuk SPM.. Kali ni perkongsian cebis-cebis kehidupan aku sekarang dan masa silam.. Semoga tak bosan untuk tatapan.. Semalam tepat pukul 6.32 petang aku terima mesej di MySpace yang aku jarang buka.. Datangnya dari seorang jejaka yang pernah hadir dalam hidup aku lebih sedekad yang lepas.. Ketika itu.. 9 tahun.. Erk.. Ya.. 9 tahun.. Aku tahu agak muda dan comel tetapi cinta tidak kenal usia.. Betul tak? Seorang kekasih lama.. Serious ada debar dalam dada, tapi mungkin tiada rasa cinta.. Sebab dia hanyalah cebisan kisah-kisah lama.. Agak terkejut.. Agak terpinga.. Hadirnya dia kembali buat aku gembira.. Mungkin sebab dapat jumpa kawan lama.. Masih segar lagi dalam ingatan aku saat perkenalan d...

Pasang Dua.. Apa Yang Perlu???

Imej
Assalamualaikum sayang-sayang aku semua.. Salam Isnin dan salam bercuti pada yang bercuti, pada yang tak cuti salam kerja aku ucapkan untuk korang.. Kerja ya.. Jangan malas-malas.. Nanti bonus tak dapat.. Hak hak.. Hari Isnin, kembali berblogging semula.. Hujung minggu aku cuti dari blog, sibuk melayan anak-anak dan suami di rumah.. Kah kah kah.. Dalam mimpi je laa Farhana ooiii.. Actually aku sibuk buat taik mata.. Itu aje.. Hahahaha.. =p Semalam aku nengok cerita Selamat Pagi Cinta kat You Tube.. Al maklumlah kalau cerita bab cinta aku memang laju.. Haha.. Cerita ni bagi aku okey je.. Bagi certain orang mungkin bosan sampai tahap nak gantung diri kat kipas.. Sabar dek non.. Tonton filem macam ni kena ada kesabaran.. Mesej dia ok what.. Tapi aku bukanlah nak wat review ke ulasan atau yang seusia dengannya, aku just nak story tentang NEKAD, TEKAD.. Tapi apa kene mengena dengan cerita ni? Hmmmmm.. Dalam filem ni, ada scene yang buat aku tergerak tangan nak coretkan di sini.. Scene Pierr...

Panggil Daku Baby.. Manja Tak???

Imej
Assalamualaikum.. Hari minggu datang lagi.. Aku cuti 3 hari.. Sebab hari Isnin Nuzul Quran.. Heehee.. Aku rasa aku ingin kembali giat menulis entry la.. Sebab Hysman WanAbe dah keluarkan statement power yang buat aku tersentak dan terkejut lalu tersedar dari lena yang panjang.. Amboi.. Statement aku tak menahan.. Haha.. Betul gak kata Man.. Dulu aku rajin post entry.. Sebulan mahu cecah 50.. Tapi sekarang, nak cecah 20 pun tercungap-cungap.. Adakah nafsu aku jatuh merundum pada dunia blogging??? Tapi kenapa??? Hmm.. Anda sila fikirkan ya jawapannya.. Haha.. Entry kali ini entry santai.. Entry ringan.. Entry suka-suka.. Tentang nama.. Panggilan.. Nama manja.. Nama timangan.. Nama dukungan.. Eh.. Ada ke??? Apa-apa pun, aku nak story sikit pasal nama panggilan ni.. Aku tergerak hati nak tulis sebab terdengar adik kepada sahabat baikku memanggil kawannya yang bernama Faiz sebagai.. GEGAK.. Ya.. GEGAK.. Unik sungguh nama tu.. Teringin nak tanya kenapa GEGAK jadi panggilan.. Huhu.. Aku pula....

Aku Kembali.. Siapa Aku???

Imej
Assalamualaikum dan salam 13 Ramadhan.. Lama tangan tak menaip entry, rasa macam sudah kertu tangan.. Haha.. Takde orang ke rindukan aku??? Aku rindu korang semua.. Maaflah.. Sibuk dengan kelas, pagi ke petang.. Penatnya badan, Tuhan saja yang tahu.. Sign in blogger, aku hanya mampu termenung melihat Dashboard.. Ku baca entry-entry.. Kalau sempat ku komen.. Kalau tidak, faham-faham saja.. Entry ini pun aku tergerak untuk post disebabkan kehadiran "Encik Aku" dalam hidup aku.. Muahahaha.. =p Siapa Encik Aku??? Hold on first.. Apa-apa pun aku nak ucapkan welcome back untuk diri aku sendiri.. Hahaha.. Sebab akhirnya tergerak juga jari jemari ini untuk menaip entry.. Selamat kembali Farhana ke dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Heehee.. Oh ye.. Berbalik kepada Encik Aku.. Siapakah gerangan si dia ini sebenarnya.. Hmmm.. Aku pun tak tahu.. Seorang insan misteri.. Jantinanya tidak diketahui apatah lagi namanya.. Aku mengenalinya di sini.. Di blog ini.. Di shoutbox teratakku ini.. Ak...