Kerana Tudung Mereka Terpikat..

Assalamualaikum semua dan selamat malam.. Dalam masa 24 jam, sudah 3 entry rasanya aku coretkan.. Bukan ingin menyaingi adikku Innz bagi merebut gelaran blogger paling hyperaktif, tetapi hati begitu meronta-ronta ingin mencoretkan secebis kisah.. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana budak Medic sepertiku begitu rajin meng-update blog.. Haha.. Ada masa untuk berblogging ku blogging, time belajar ku pulun sampai pengsan.. Haha..


Baiklah.. Di malam yang indah serta disinari cahaya bulan sabit (sabit ke? aku pun tak sure.. bantai aje..) ni, aku nak bawa kalian menjelajah ke zaman kanak-kanakku.. Siapa yang rasa-rasa nak kenal aku dengan lebih dekat dan rapat serta melekat.. Ahakz.. Jom sama-sama baca entry ini.. Heehee..


Ketika itu umurku 10 tahun, dalam Darjah 4 di sebuah sekolah yang agak ke hujung bandar, jangan sebut ulu ya.. Haha.. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tukau di mana semua pelajarnya berbangsa Cina.. Shhh.. Meh sini aku nak bagi tahu.. Seingat aku di kala umur itulah aku mencapai "kematangan diri".. Ahakz.. Maka sebab itulah, emak menyuruhku berjumpa dengan Cikgu Chang, guru besarku untuk memberitahu tentang hasratku yang ingin bertudung ke sekolah..






Ketika ini, bertudung bukanlah satu perkara yang biasa dilihat di Sarawak, terutama sekali dalam suasana sekolah rendah, jenis kebangsaan pula.. Agak janggal, itu yang boleh aku katakan.. Guru besarku dengan senang hati menerima hasratku yang ingin bertudung ke sekolah.. Aku sungguh gembira.. Excited untuk memulakan fasa baru dalam hidupku.. Semua tudung-tudungku mak yang jahitkan dan semuanya labuh-labuh..


Hari pertama memakai tudung.. Ramai yang memandang.. Ada yang senyum-senyum, ada yang berbisik.. Pada kawan-kawan rapatku yang perempuan, aku jelaskan pada mereka, bertudung itu wajib bagi mereka yang sudah akil baligh.. Aku tak tahu samada mereka paham atau tidak.. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya.. Haha.. Sambung cerita semula, masa mula-mula aku pakai tudung memang serabut.. Cuba kalian tengok gambar di bawah.. Comot kan? Walaupn sudah dua tahun memakai tudung, namun tetap comot.. Haha.. Time tu pun aku kecil lagi, kurus.. Wah.. Jeles aku pada Farhana di zaman kecilnya.. Haha..


Dalam comot-comot aku itu juga, tiba-tiba aku jadi serbuan ramai lelaki bila sahaja aku mula bertudung.. Ahakz.. Aku agak terkejut, tergamam sehingga aku tidak mampu berkata-kata.. Mungkin kerana aku antara bunga yang lain dari yang lain di zaman itu maka aku seolah-olah memikat hati mereka.. Chewaaahhh..

Insan bertuah pertama, namanya Lo.. Huhu.. Seorang pemain basketball sekolah yang agak popular, teman sekelasku juga.. Pertama sekali aku di"approach" dengan kad buatan tangannya yang berwarna hijau.. Dengan lukisan tangannya sendiri, sepasang angsa yang sedang berkasih, membentuk simbol hati.. Aku terpikat.. Pada kad itu, bukan orangnya.. Haha.. Semenjak dari pemberian kad itu, aku sering mendapat panggilan misteri.. Pemanggil akan menelefon dan memutarkan lagu Backstreet Boys.. Haha.. Sampai satu hari, kawanku yang seorang ini memecahkan rahsia Lo dan mengatakan panggilan itu rupanya datang dari Lo.. Aku kaget.. Tidak sangka sungguh romantik.. Sehinggakan dia pernah jatuh katil gara-gara sibuk menghalakan gagang telefon pada radio.. Haha..


Insan seterusnya, Chai.. Seorang coach basketball.. Dia bukan dari sekolah aku.. Tetapi budak dari Sekolah Menengah Luak yang dijemput untuk melatih budak-budak basketball sekolahku.. Melaluinya juga banyak surat-surat yang aku dapat.. Yang hairannya, semuanya bermula setelah aku bertudung.. Sebelum ini, memandang aku pun tidak..


Darwin namanya.. Seniorku.. Aku ingat lagi ketika itu aku ingin ke tandas.. Tiba-tiba dia dan kawannya berlari di hadapanku, dan membaling kertas ke arahku.. Aku yang dalam keadaan terkejut mengutip kertas tersebut lalu ku baca di dalam tandas.. Haha.. Terkejut aku.. Rupanya diajak couple.. Dengan lukisan orang lidi bersama sebentuk hati.. Pecah perut aku gelakkan lukisannya.. Haha..





Hurrmm.. Hendak diceritakan satu persatu sampai esok pun belum tentu habis.. Haha.. Budget cun habis aje aku ni kan.. Hak hak hak.. Tetapi itu adalah antara insan-insan yang pernah singgah sebentar dalam hidupku dan menjadi kenangan zaman kecilku.. Pernah aku tanyakan pada mereka, kenapa aku yang diminati? Jawapannya, mereka suka melihat aku bertudung.. Yang menyebutnya itu lelaki-lelaki Cina.. Sungguh aku tidak sangka.. Huhu..


Apa? Kalian nak tahu samada aku couple atau tidak dengan mereka semua? Haha.. Biarlah rahsia.. Kalau nak tahu, boleh SMS aku ya.. Hahahaha..


Di sini aku upload gambar aku ketika di sekolah rendah, ketika aku di Darjah 3, setahun sebelum aku bertudung.. Gambar yang satu lagi pula adalah gambar aku ketika menyertai pertandingan syarahan.. Aku bertudung.. Walaupun ramai yang berkata di belakang, namun telah ku buktikan pada mereka, mereka mampu buat, aku juga..


Apa ya moral of the story? Huhu.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Heehee..








FOOT NOTE: Aku sudah melaluinya.. Dan aku rasa, disayangi adalah lebih indah dari menyayangi.. Benar kata orang, carilah insan yang mencintai kita lebih dari kita mencintai dia.. Benar sekali apa yang dikata.. Mungkinkah aku harus melepaskan rasa sayangku ini pada dia dan lupakan dia? Aku keliru.. Satu sahaja, kerana aku tidak mengerti apa yang ada di hatinya..

Ulasan

pal7 berkata…
uish..
cumelnya farhana zaman kecil2..

*hana btau perkara sebenar pd si dia..mana tahu kalau2 dia juga rasa seperti apa yang hana rasakan...

tak salah mencuba kan?..
dalam cinta tiada yang menjadi pesalh..kerna cinta itu dtg tanpa kita sendiri minta..kan?..
joegrimjow berkata…
kekalkan dengan tudung yg betul
Naz berkata…
awak betudung nmpak cute.. kekalkan smpai bila2...
Pal.. Comel kan farhana tuh.. Hahaha.. Sbb tu jadi rebutan.. Tapi bila time kicik2 jek.. Haha..

Pal rasa ptut ke bg tau? Hana tkut nnt dia trkjut.. Hana xmo krana rasa ni hana akan hilang pula sahabat nnt..

Walau zaman brubah mcm mana pun, hana ttap prempuan pal.. Hana pny rasa malu dn segan.. Tmbh lg kita tidak secantik gadis2 lain, lagi bikin kita rendah diri utk mluahkan rasa hati ni.. Huhu..

Pal yg kata.. Perhatikan saja, kalau ada jodoh x ke mana.. Tapi pal, hana tkut utk perhatikan saja, sbb hana tkut dlam hana perhatikan dia, hana perhatikan juga bgaimana dia mnjadi milik insan lain nnt.. Mungkin juga.. Entahlah.. Bila tiba soal hati, jadi keliru.. Btol kata pal, xde yg salah dlam cinta.. =)
Joe.. Akan ku kekalkan dgn gayaku ini sampai bila-bila.. InsyaAllah..

Naz.. Terima kasiha atas pujian itu.. InsyaAllah.. Akan saya kkalkan smpi bila2.. =)
Fadhlah berkata…
alhamdulilah
ieNn ZaZa berkata…
org sarawak ker..hihi..
ramai peminat rupanye di zaman muda yer..hehe..

memg indah disayangi dr menyayangi..tp lebih indah kalau saling syg menyayangi...
Tukang cerita berkata…
bukan terpikat krn tudung semata...
tp, sememangnya hana cumei...
:)
Sri berkata…
hehehe...comel siut...!
alhamdulillah krn anda merupakan gadis brtudung yg tlah mmenuhi tuntutan agama.
you look so cute..
keep it ya sis!
=)
pehhh...
ms kecik2 sgttt
tomey la...
ahakssss..
;)
Fadhlah.. Alhamdulillah juge..=)


Ieenz Zaza.. Ku bkn org srawak.. Heehee.. Tp penah duduk sarawak 11 tahun jek.. Saya org johor.. Heehee.. =)
Kak Nurul.. Alleycats cakap trima kaseyyyyy.. Ahakz.. =p


Seri.. Giler comelll.. Hahaha.. =p
Miss Gaza.. Thanx for the compliment.. Ku brdoa moga hati dn pndirianku ttap smpi bila-bila.. Thanx sis.. =)


Mahirah.. Tomeyyy ke??? Hik hik hik.. Malulah plak.. =p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.