Behind The Scene: Makna Di Sebalik Nama Blog

Assalamualaikum.. Petang Sabtu.. Wah.. Entry kedua.. Ajaib.. Baru sahaja ku katakan semalam jarang tangan mahu mencoret entry baru, sudah ada entry lagi.. Farhana oh Farhana.. Kau cantik tapi berbisa.. Wah.. Lama tak dengar lagu ni.. Ada sesiapa tak yang nak nyanyikan lagu ini untuk aku? Hak hak hak..


Ok.. Sudah-sudah merepek.. Time untuk membebel.. Apa cerita kita hari ini ya kawan-kawan? Aku sebenarnya sudah ketandusan idea, maka atas sebab itulah kalian tengok entry aku sekarang banyak bercerita benda-benda yang kecil, yang kadang-kadang orang anggap remeh.. Sebab aku tak tahu apa lagi benda-benda besar yang aku boleh cerita.. Hahaha..






Entry kali ini tentang AKU, BLOG DAN MATLAMAT.. Blog ini aku bina secara rasmi pada bulan Februari tahun 2009.. Wah.. Membina blog.. Siapalah yang ajar guna perkataan "BINA".. Haha.. Tahu tak nama blog aku ini pada mulanya ialah LET THE LOVE HEAL YOUR SOUL.. Namun aku rasa ada yang tak kena dengan jiwaku.. Something wrong is going on somewhere.. Hak hak hak.. Lalu aku ubah nama blogku menjadi Cahaya Yang Riang Gembira, sempena maksud namaku, Nur Farhana.. Sebabnya, aku rasa aku ingin menjadi diriku..


Aku ubah layoutnya agar menjadi lebih ceria.. Aku akui, aku rasa ceria melihat blogku selepas makeover itu.. Matlamatku pada mulanya, menulis untuk kegembiraan hatiku.. Ya.. Aku akui memang aku gembira.. Gembira dapat mengekspresikan apa yang terpendam dalam hati, apa yang tergambar di minda.. Namun, masih ada yang kurang aku rasakan ketika itu.. Ya.. Sahabat.. Memang tidak ramai sahabat maya yang aku kenal ketika itu.. Hanya sekerat dua sahaja..






Sekali lagi.. Aku ubah matlamatku berblogging.. Dulu aku inginkan kegembiraan diri.. Namun ada kekurangan yang aku rasa.. Lalu aku berhasrat untuk berblogging, kali ini bukan sahaja untuk kegembiraan diriku, tetapi juga untuk kegembiraan insan yang membaca.. Orang kata, kalau ada kegembiraan, janganlah disimpan seorang, kongsikanlah bersama.. Maka, banyak benda yang aku ubah.. Aku ubah gaya penulisanku.. Daripada tertutup, aku lebih bersikap terbuka.. Daripada bermalas-malasan di blog sendiri, aku rajinkan kaki menapak dari satu blog ke satu blog, sambil menambah kenalan sambil aku belajar teknik-teknik menulis entry yang pelbagai..


Berblogging ini aku sifatkan seperti melancong.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.. Aku kira, kini aku puas dengan apa yang aku lakukan.. Aku gembira dapat menulis, aku gembira kalau kalian juga gembira membaca apa yang aku tulis.. Jikalau aku termampu, mahu sahaja aku spread the happiness to the whole wide world.. Aku ingin blog Cahaya Yang Riang Gembira ini dikenali dengan kegembiraannya, yang membuat orang tersenyum hanya mendengarkan namanya sahaja..






Apabila melangkah pulang pula, hati kalian penuh dengan kegirangan, seperti kegirangan anak saudaraku yang seorang ini, bila tibanya hari raya.. Hahaha.. Matlamat aku.. My side.. Aku rasa matlamat aku tercapai.. Aku gembira dalam dunia ini, aku gembira ada sahabat-sahabat seperti kamu semua.. Your side.. Aku tidak pasti tapi aku harapkan kalian sentiasa gembira.. Heehee.. Andai kata, pernah aku bawakan kesedihan dalam hati kalian, menimbulkan amarah kalian, mewujudkan rasa tidak puas hati, aku terlebih dahulu memohon ampun.. Aku hanya insan biasa..


Aku harap aku akan kekal seperti ini.. Blogku ini jua akan kekal dengan kegembiraannya.. Semoga persahabatan kita juga akan kekal selamanya.. Amin..


Apa kata kan kawan-kawan.. Kita share di sini.. Apakah makna di sebalik nama blog kalian? Apa matlamat kalian berblogging.. Haha.. Tentu seronok.. (Aku tergerak hati menulis entry ini selepas membaca komen daripada Kak Nurul a.k.a Tukang Cerita)


Jom kita berdiskusi.. Till then.. Jumpa di ruangan komen.. Heehee.. Till the next entry juga.. Assalamualaikum.. =)





FOOT NOTE: Aku "mengidam" nak dengar orang nyanyi lagu Farhana, Jinbara tue kat aku.. Ada sesiapa tak yang nak nyanyi??? Huuhuu..



Ulasan

nama blog ^_^Hidup Yang Penuh Warna-Warni^_^....dipilih sebab blog ni di buat bertujuan untuk berkongsi warna warni hidupku....sama ada suka, sedih atau sebaliknya....=)
Joyous berkata…
Sebenarnya blog aku bertujuan untuk mencatatkan apa yg telah berlaku antara aku ngan si dia~ dan gak semua perasaan aku terhadap dia~ simple jer haha >.<
Pojiepooh Abdullah berkata…
tanteknyerrr blog dia!!
xsabor nak cat umah baru nih!
jeles umah org memasing dah tantek dah!!!
pojie suker kata² Farhana, "Berblogging ini aku sifatkan seperti melancong.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.. "..
yup, betul skali..
sambil² tuh tambah kenalan betol x??
heheh..

p/s: nak Pojie nyanyikan x?? tp segan la sore xsedap. tp klo nanyi mesti Pojie sebak sbb tuh lagu fav my late brother... miss him...
Bardboo berkata…
meh aq nyanyikan:
'kau hadir tika ku duka,
dalam gelap dikau menjelma"
~tak tahulah betul ke tak..hehe..

nama blog aku Beedle d' Bard..
sebab nama aku badariah, dan org pgl aku bard..
dan juga sebb aku peminat setia J.K Rowling dan ni tajuk buku dia.. =)
mr.syazwan berkata…
F
U
U
U
Y
O
O
O

da tukar baju baru erk
i feel good
=)
Aainaa.. Wow.. Warna warni sungguh hidup wajah ksayangan hamba nih.. Adakah warna warninya disebabkan itew??? Hik hik hik.. =p



Erin.. Hurrmm.. Such a huge feeling you have for him huh??? Huhu.. All the best dear.. Keep rockin' on.. =)
Pojie.. Heehee.. Cpat2 cat umah baru, raya tak lama lagi dah nih.. Hik hik hik.. Btol tu pojie.. Smbil2 brjalan dpat knal ngan pojie the pooh kan??? Wahhh.. Ade org nk nyanyikan lagu utk kita.. Yeyeh.. Suare pojie sdap woo.. Mcm imran ajmain.. Heehee.. Nak2.. Nyanyikan lagu farhana.. =)
Bard.. Hik hik hik.. Btol ke tu?? Layankan jek.. Hahaha.. Alamak.. Nak ujan nih.. =p Ooo.. Yeke.. Baru ku tahu.. Bard tu ku dapat agak dah.. Tp nama beedle tu ku tak tahu.. Hek hek.. Buku J.K. rowling rupenye.. =)



Wan.. Fuuyooo.. Bile masenye tukar baju nih??? Haaa.. Tak elok ooo skodeng.. Ish3.. Wan ni.. Larikkkk..
Mohd Nasri berkata…
ak sebagai juri template amt puas hati dgn background pic match ngn wrne2 yg ada kt blog ni..hehe
mmg warna warni...takde kene mengene ngan yg hidup atau pun yang mati...hanya diriku semata²...
walaupun kebelakangan ni sedikit suram...huhuu....
Cik Bee berkata…
blog ku ~cerita hati~
simple jerk, d purpose, nak share kisah-kisah yang ada.... sharing is caring!!

lagu tue, memg mengimbau ke zaman2 hingusa, comelan..hikhik best!
hysman berkata…
Dokter Hana WanAbe..
Heheheee..
Smile Myfta - Perintis Pada Senyuman adalah permulaan bagi segala perkongsian info dan ceritera kehidupan yg mahu dikongsi..
nnt da matang tuko ke Smile Matured..hahahaaa....
DilOt berkata…
nasri: sejak bila ko di upah jadi juri template ni..haha...

matlamat utama blog untuk menjadi tmpt luahan..tp semakin hari...pembaca semakin ramai..jadi terpaksala dikurgkan..dan ditukarkan matlamat itu...

perkara terbaik..letak info yg boleh dikongsi bersama semua...
Nasri.. Takkan puas hati jek kot.. Hik hik hik.. Taknak bg award ke pape ker.. Hahaha.. =p



Aainaa.. Jgn suram2 yerk.. Igt laa cite surga cinta.. Hak hak hak.. Alah.. Psal ayat plangi tuh.. Hahaha.. =)
Missz ACCA.. Yeah.. U're absolutely right dear.. Sharing is caring.. Heehee.. Ouh.. Lagu tu lagu lama ker? Hurrmmm.. Cite de mcm best jek.. =)



Hysman.. Ouh.. Itu ke mksudnye.. Ku lama da mau tny.. Haha.. Kata org tak matured.. Sape skrg yerk yg tak matured lagik.. Hahaha.. =p
Dilot.. Haha.. Nasri juri template tak brtauliah.. Hik hik hik.. Thanx dilot atas pndangan dn cdangan tu.. Btol gak kan.. Takkan org nk dok baca kesah khidupan kita jek.. Hurrmmm.. U're right.. =)
heheeee...syurga cinta tu mmg best...tapi....calon untuk membawa ke syurga di mana ya? hahhaaaa....=)
Tukang cerita berkata…
hahahaaaaa...tak pasai2, akak glamer lagi.... :)

akak, tak yah terang kot knp teratak akak namanya "Lembaran Kenangan...'
hana dah tau kan?
:)
Kak nurul.. Haha.. Tu laa.. Akak glamer abes da nih.. Hik hik hik.. Ku tahu sudaa maksudnya.. Heehee.. =)
hysman berkata…
laki tak matured tak pe kot..
boleh kaa??
klu pompuan??huhuuu..
Hysman.. Laki tak matured.. TAKPEEEEE??? Hamboi3.. Terbalik sudah kaa dunia.. Ish3.. Kan ke laki tu pmimpin.. Kan kan kan???
pal7 berkata…
hana..
ceria2 selalu ek..


*mengidam ke?..hehe
Pal.. Ceria? Haha.. Ceria dalam duka boleh tak??? Heehee..

Haah.. Mengidam laa.. Nape? Nak tolong ke? =p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.