Catatan

Tips Pikat "Gadis" Dengan Epal Merah

Imej
Assalamualaikum.. Salam sayang di pagi Jumaat.. Dari aku untuk kamu.. =) Oh ya.. Mahu tips ya tadi? Tips pikat "gadis"? Moh kita usha!!! Farhana tak suka bunga.. Apa saja bunga KECUALI bunga-bunga cinta.. Ekeke.. TETAPI.. Farhana adalah "gadis" yang sangat-sangat sukakan epal merah.. Epal merah mampu buat dia tersenyum sambil makan, sampai hilang tangkai hilang biji epal.. Sekian saja sesi pemberian tips percuma untuk memikat "gadis" dengan epal merah.. Harap maklum.. =p P/S: Eh.. Eh.. 4 perkataan "gadis" di atas dalam kurungan.. Ekekeke.. FOOT NOTE: Minyak naik 5 sen.. Bukan minyak angin, minyak zaitun atau orang minyak.. Minyak petrol derr.. Haish.. Tangki Atos aku pasti merindui minyak petrol sebab lepas ni aku nak isi guna MINYAK LINTAH jek.. Sure power kot.. Ooppss.. Tapi epal merah tak naik harga.. Jangan risau.. =p

Kalau Jiwa Tak Sesuai, Cinta Takkan Wujud?

Imej
Dulu-dulu, aku percaya cinta pandang pertama.. Tapi itu dulu.. Manusia berubah mengikut pengalaman dan kematangan usia.. Kini, aku tak lagi yakin cinta lahir melalui pandangan pertama.. Bagi aku, cinta yang benar-benar cinta lahir melalui satu jangka masa.. Melalui tempoh mulanya sebuah perkenalan, menilai hati budi, mengetahui segalanya tentang diri seseorang luar dan dalam, maka cinta akan lahir.. Yup.. Bagi aku, memang betul, tak kenal maka tak cinta.. Dalam fasa hidup aku kini, aku sedang mula untuk belajar dan menerima sesuatu.. Aku mula perlahan-lahan mengakui kebenaran kata-kata Kahlil Gibran yang satu ini.. Benar kata orang, kita belajar melalui pengalaman.. "Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun.. Cinta adalah kesesuaian jiwa.. Dan jika ianya tak pernah ada, cinta takkan tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.." Kesesuaian jiwa datang dari dua-dua jiwa.. Bukannya hanya satu jiwa.. Andai satu jiwa saja yang merasakan kesesu...

Seperti Yang Ku Jangka Terjadi

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu untuk semua.. Ini adalah entry berjadual yang aku taip pada pukul 4 pagi dalam keadaan mata layu-layuan.. Baru saja pulang membawa teman serumah ke Jabatan A&E Hospital Ipoh.. Oh ya.. A&E stands for Accident and Emergency.. Jabatan Kecemasan orang Melayu kita kata.. Ngee.. Dek kerana sakit perut yang berpanjangan, bimbang pula jadi apa-apa, maka aku cepat-cepat pecut ke hospital pukul 2.30 pagi.. Hampir sejam juga di sana.. Seperti yang aku jangka terjadi.. Ewah.. Dah macam tajuk lagu pula.. Nak dijadikan cerita, masa mendaftar aku gedik sekali nak ikut pergi kaunter.. Aku tengok abang MA di kaunter pendaftaran dah pandang aku.. Dalam hati macam boleh agak dan jangka apa soalan abang ni nak tanya.. Dan memang betul ditanya.. Aku yang disangkanya sakit.. Aigooo.. Abang.. Muka saya muka orang sakit ya? Masuk abang MA, jumlah keseluruhannya adalah 5 orang.. Semua kata muka aku, muka orang sakit.. Asal jumpa aku, mesti tanya aku sihat tak.. Kenapa ...

He's Younger Than You

Imej
Tajuk yang sinonim dengan tajuk entry Encik Adziim Mimpi cuma dipersembahkan dari kaca mata seorang wanita.. Entry She's Older Than You boleh aku katakan menarik dan setiap apa yang dikupas oleh Encik Adziim tepat dan kena pada sasaran.. Satu-satu dibangkitkan dan dijelaskan.. Erm.. Encik Adziim kini kerap bicara soal itu ya.. Ehem ehem.. Ada apa-apa ke? Katanya KIV dulu.. Nasib baik KIV dan bukan no komen.. Ngee.. Apa-apa pun, mahu ucapkan ribuan, jutaan terima kasih yang sangat banyak untuk Encik Radiographer ini atas bahan-bahan rujukan yang diberi.. Thanx a lot.. Dah ku go through satu persatu, sangat berguna.. Sehingga mendapat permintaan di kalangan rakan-rakan kelas yang lain.. Hik hik.. Terima kasih ya atas bantuan kamu.. Ekeke.. Inilah manisnya berblogging.. Apa yang ada dikongsi bersama.. Tettt!!! =p Entry ini berdasarkan pandangan wanita-wanita di sekeliling aku, kawan-kawan aku dan juga mak dan makcik aku.. Tidak termasuk aku sebab aku NO KOMEN!! Muahaha.. =p Pernah ak...

Rumah Terbakar Nampak Asap..

Imej
Hati terbakar siapa yang tahu.. Betul tak? Sama seperti mata menangis orang nampak.. Hati menangis tak ada siapa yang tahu.. Wajah ini mampu melakonkan sejuta watak gembira ceria.. Gerak tubuh malah tutur kata juga mampu menipu.. Yang tinggal hanya kesedihan yang cuba disimpan.. Disembunyikan jauh dalam sudut hati.. Mencari penawarnya agak terubat segala duka.. Penawar yang ada hanya pada DIA.. KepadaNYA kita berserah.. Dalam duka kita menghadapNYA.. Jangan dilupa waktu gembira, syukur jua kita kepadaNYA.. Akan jadi nanahkah luka yang disimpan.. Melakonkan watak gembira dan ceria setiap masa.. Sedang luka dalam hati menangis sendiri meratapi.. P/S: And I know, I'm really such a good pretender.. Huhu.. Insan-insan datang dalam hidup silih berganti.. Kenapa yang datang itu selalunya bawa kesedihan.. Menumpahkan air mata tapi bukan dari mata.. Tapi dalam hati.. Air mata yang melemaskan hati dalam diri sendiri.. Pasti akan tiba dan hadir depan mata.. Insan-insan yang mampu buat bibir t...

Kata Adik Picture Is Not Only About Pixel..

Imej
Assalamualaikum semua.. Entry kali ini aku mahu sampaikan salam penuh kesenian pula.. Ngee.. Semenjak terjebak dalam dunia penuh kesenian dek kerana pengaruh adik angkat yang seorang ini , aku jadi gila seni.. Seni fotografi.. Sampaikan aku cipta khas satu album di Facebook untuk minat yang mula bercambah ini.. Budak baru nak belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya.. Kalau saja ada kamera ribu riban, lama dah aku ke hulu hilir travel snap sana snap sini.. Apakan daya, yang termampu hanyalah teman setia ku si kamera telefon bimbit 3.2 MegaPixel.. Kamera digital aku dah selamat aku rosakkan.. Dengan berbekalkan kamera handphone inilah aku tarik kawan aku ke sana ke mari merayau di bandar Ipoh mencari sudut-sudut menarik untuk aku puaskan keinginan yang melonjak.. Ewah.. Berbual dengan makcik kesayangan seorang ini semalam tentang minat dan cinta baru aku pada fotografi, mengeluh dulu sebab frust cinta dengan manusia, makanya baik jatuh cinta dengan kamera dan gambar saja dan mengharapka...

Kalau Nak Jadi Stalker, Sila Jadi Sweet Stalker..

Imej
Assalamualaikum.. Salam penuh misteri di pagi Isnin.. Bukan misteri nusantara mahupun misteri mimpi Syakila.. Ini misteri baik punya!! Hoho.. Hey hey.. By the way.. Aku berjaya bertahan sampai pukul 5 pagi menyaksikan gol Iniesta.. Tahniah untuk Spain!! * * * * * * * * Tak tahu semenjak bila, di mana, apa, bagaimana, kenapa dan apa-apa saja, serasa diri sedang diperhati, gerak geri dalam perhatian dan jadi bahan santapan mata itu.. Sampaikan rasa mahu korek hidung pun kena cover dengan sebelah tangan lagi.. Lenguh tangan wa.. Okey.. Tipu.. Dalam alam maya, tak ada maknanya orang nampak kita tengah korek hidung ke korek apa.. Ya tak.. *LEGA* Sasaran? Facebook dan blog.. Macam mana tahu? Teknologi dah canggih manggih derr.. Hanya dengan satu jari dan kekunci ENTER pada keyboard, segala maklumat boleh anda dapati.. Senang kan? Guna jari pun boleh.. Entah apa yang dibelek, diselidik dan diskodeng di wall Facebook itu.. Blog? Cantik sangat ke blog aku? Apa ada pada entry-entry aku? Persoala...