Cahaya Yang Riang Gembira Punya Soalan Pada Junior Tahun Pertama.. Pelik Ke?
Assalamualaikum dear readers.. Jumaat tiba.. Hoyeh!! Weekend yang semua orang nanti-nantikan dah tiba.. Ikutkan perancangan ada pertemuan blogger samada Sabtu atau Ahad.. Harap-harap Joegrimjow punya schedule kosong untuk jumpa kami semua.. Al maklum saja, ahli perniagaan muda ini sentiasa sibuk.. Heeee.. =)
Balik kita pada tajuk entry.. Akhirnya termakbul juga hasrat nak berkumpul dengan junior tahun pertama MBBS UniKL RCMP.. Walaupun daripada 26 orang budak final year hanya 5 yang datang dan aku adalah salah seorang, tapi tetap rasa seronok dapat berkenalan dengan junior-junior semua.. Boleh dikatakan satu dewa kuliah penuh dengan junior yang jumlahnya lebih kurang 100 lebih..
Macam biasa, peluang sebegini takkan dilepaskan oleh kakak senior mulut becok ini untuk berucap di depan junior-junior.. Motif aku berdiri di podium satu saja.. Nak tanya, SIAPA SINI ADA BLOG.. Dewan agak bising sedikit tapi sayangnya respon yang diharapkan tiada.. Nampaknya masih ramai lagi yang tak ada blog.. Kena kerah buat blog patutnya.. Betul tak?
P/S: Janggal ke soalan aku? Aku rasa zaman sekarang dah ramai yang ada blog.. Kan kan kan?
Kawan aku menyampuk di belakang.. Budak-budak ni semua tak ada masa tulis blog, budak final year saja yang banyak masa layan blog.. Erk!! Terasa weh.. Hampeh betul kawan-kawan aku..
Masing-masing belum merasa kemanisan berblog macam apa yang aku rasa.. Macam apa yang aku dapat.. Dapat kawan, dapat ilmu, dapat asah skill menulis, dapat meronggeng sana sini, dapat "gaji sampingan", dapat cari jodoh.. Erk!! =p
Blog macam diari.. Kita catat apa yang kita rasa, kita tulis apa yang kita lalui, kita coret seribu satu perkara yang terlintas dalam benak fikiran kita.. Satu hari nanti bila kita teringin nak imbau balik kenangan dan kisah lama, kita online saja.. Dunia tanpa sempadan.. Ya tak? Aku nak sangat ajak junior-junior aku berblog..
Tapi.. Sesetengah orang masih lagi dengan persepsi, medical student mana ada masa untuk blog.. Buku, hospital, buku, hospital.. Itu life kita.. Tapi.. Sebenarnya blog yang menceriakan dan mewarnakan hidup aku yang aku rasa kadang-kadang amat men"stress"kan.. Heee.. Blogging is fun.. Seriously.. I mean it.. Fikir-fikirkan.. Till then.. Take care.. Happy weekend.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Ramai juga adik-adik juniorku yang kacak-kacak dan macho-macho belaka.. Hep hep!! Kakak senior!! Jangan gatal.. Behave!! Behave!! =p
Ulasan
tahu takpe.
ramai jugak kwn2 takde blog.
tapi ada jugak yg dah ada gara2 zami ajak dorang.
:)
best blogging neyh.
ley release tension.
di samping cari kwn2 baru.
:)
setuju ngn stetmen ana.. ekeke.. da tua-tua nnt ley on9 je kalo nak imbas lik citer lama.. nak nak entry zaman tengah angau.. wawawa..
nnt lg dah tua2 seronok juga baca balik cerita2 lama..ye dak?
Berblog memang best..setuju~
ehkekekkeke ...
boleh jumpa budak lucah2han
tp ttp berilmiah. ehhh?
keh3x
>>___<<
HAMPAGAS.
ekekeke~
owhh..part yg bertemu jodoh itu sangat clueless la doc..hehe..
tang footnote tu serius kelakar..hep2..kakak senior takleh main2 mata dgn junior..ensem sgt ke doc??nak kenalan sorang boleh?hahaha..